Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 1: Pagi Yang Berpelangi
Aireen yang baru dua minit terbangun membaca doa selepas tidur. Itulah amalan yang setiap hari dibuat. Dia menjeling jam dinding yang tergantung di dinding biliknya yang bewarna ungu itu. 'Baru pukul 5:00 pagi. Hmm...' Aireen teringat sesuatu. Hari inikan hari lahir mamanya! Hmm... kena buat suprise ni! Aireen masuk ke dapur. Dia terjengket-jengket bagai seorang perompak. Dia terdengan bunyi air dari bilik mandi utama rumah banglo itu. Dia menyusup masuk ke dalam bilik air itu.

"Siapa awak?" Jerit kecil Aireen kedengaran. Orang itu berpaling.



"Kak Azi! Ni Faralah!"

 "Fara buat apa?" Aireen pelik. Nak kata adiknya itu buang air, kenapa tak guna bilik air di bilik sendiri?


 "Fara termuntah tadi. Fara nak buat hadiah untuk mama. Sambil tu Fara makan. Lepas itu, tersedak. Itu yang Fara tak sempat bergegas ke atas!" Hish, adiknya yang seorang ini memanglah!


 "Kakak nak masak kek untuk ibu. Pergi panggil Bibik Suzy dan Bibik Suzan." Dua bibik kembar yang sedang lena itu terbangun apabila terdengar bunyi di dapur.


 "Ya cik muda!" Tiba-tiba sahaja bibik berdua itu ada di tepi Aireen. Memang begitulah perangai bibik dari Indonesia itu. Jika diseru, pantas saja datang! Memang patuh!

 "Bik, kami mahu buat kek untuk mama. Bibik Suzy tolong Azi buat kek, Bibik Susan tolong Fara balut dan sediakan hadiah." Dua bibik itu menganguk. Aireen naik ke atas sebentar untuk mengejutkan papanya, Datuk Hazlim.

 "Papa, papa bangun!" Bisik Aireen. Datuk Hazlim terus bangun. Dia menganguk. Lantas berjengket keluar bilik.

 "Aireen, papa kena buat apa?" Tanya Datuk Hazlim.

 
"Papa tolong hias rumah saja. Kad hari jadi sudah di hantar minggu lalu." Datuk Hazlim menganguk. Lalu, tiga beranak itu memulakan tugas mereka bersama dua bibik yang sudah lima tahun bekerja di rumah banglo itu.

 ~>♥♥♥♥♥<~

"Huwaa!!!" Datin Danisha menguap. Setelah membaca doa, dia membuka pintu biliknya. Kemudian...


 "Suprise!" Datin Danisha terperanjat. Fara menghulur hadiah. Aireen pula menyuapkan sepotong kek ke mulutnya. Kelakuan Aireen diikuti Encik Hazlim dan Fara.~>♥♥

 ~>♥♥♥♥♥<~

 Suasana meriah di banglo milik Datuk Hazlim walaupun hujan renyai-renyai turun. Datuk Hazlim dan Datin Danisha sibuk melayan tetamu. Fara dan Aireen pula sibuk berbual dengan rakan dan saudara mara yang hadir. 

 ~>♥♥♥♥♥<~

 Hujan berganti pelangi. Dunia kembali cerah. Bibik Suzy dan Bibik Suzan sibuk mengemas. Aireen dan Fara menolong mereka membasuh alatan makanan. Setelah siap kerja dua beradik itu, mereka ke ruang tamu. Aireen mencapai surat khabar. Matanya terbuntang ke arah iklan sebuah pertandingan. 

 PERTANDINGAN MENCARI BAKAT 

  "Mama! Tengok iklan ni!" Puan Danisha bergegas ke sofa tempat anaknya duduk. Puan Danisha membaca iklan itu dia menggeleng. 


 Apakah sambungan ceritanya? Ianya akan disambung oleh Isya Qasyira. Semoga dia sihat untuk menulis. Nurul dah ok sikit. Selamat membaca karya kami!




f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^