
Bab 3 : Bertolak ke KL
Dua hari sebelum ke KL..."Assalammualaikum, Aireen! Dah sedia? Aku gila tak sabar!" Suara Syura kedengaran amat teruja. Rumah mereka bukan jauh dari KL pun. Shah Alam. Dekat sangat! Dan memang kawasan KL. Angin taman bertiup.
"Waalaikumsalam! Kau macam kacang lupakan kulit pula! Jurusan aku pun dah habis juga."
"Sorry aku kacau kau. Sabarlah brader! Rilek brader, brader rilek. Hahaha..." Ketawa Syura kedengaran.
"Dah aku nak baca Azayfa. Best gila beb!" Aireen meneruskan pembacaannya. Kebetulan pula, dia membawa laptop Applenya bersama. Syura pula diam seketika.
"Tulisan Iffah AR ke?"
"Hmm... aah."
"Aku pun bawa lappy juga! Aku nak baca blog..." Aireen yang sedang makan epal hijau menyampuk.
"Triple S?" Syura tersengih lalu menganguk. Suasana diam semula. Setelah hampir dua minit, Syura berkata.
"Amir macam mana? Kau nak tinggalkan dia macam tu saja?" Aireen menganguk.
"Dia playboy. Macamlah dia kisah." Amir dan King Adrian watak novel Playboy itu Suami Aku? sama saja.
"Betul juga! Aku setuju. Kau dapat maklumat tentang The Wannakitty? Apa khabar Auni? Rindunya kat dia! Macam mana aku, kau, Arisya dengan Alisha masih berhubung? Apa pula khabar Tengku Akmal?" Bertalu-talu soalan yang ditanyakan Syura.
"Hey! Kau ingat aku kaunter pertanyaan ke? Ok, aku jawab! Aku dapat sikit maklumat saja. Auni dah tunang dengan seorang lelaki. Haniz dah kahwin dengan sepupu dia. Namanya Hakimi. Hana aku tak tahu. Tengku Akmal aku tak dapat apa pum berita."
"Oooo..."
"Dah, aku nak balik rumah. Nak kemas beg."
"Ok bye!"
~>♥♥♥♥♥<~
Sehari sebelum ke KL...
"Aireen dah conferm ke?" Datin Danisha bertanya. Aireen menganguk.
"Mama dah belikan rumah teres untuk Syura dan Aireen tinggal. Jangan bagi orang sewa!" Aireen menganguk. Rumah itu juga pasti untuk Fara. Aireen bukan sahaja membawa sebuah beg tarik tapi tiga buah beg tarik. Nampaknya aura The Wannakitty masih hidup dalam diri Aireen.
"Aireen, peti besi dah ada kat sana. Ada lima mama pasang."
"Ok, mama."
~>♥♥♥♥♥<~
Keesokan harinya...
"Bye, mama. Love you! Nanti kalau mama tak ada kerja, datanglah. Aireen tak kisah."
"Terima kasih, Aunty. Sebab bagi Syura tumpang kat sana. Nanti Syura bayar ansur-ansur."
"Tak payahlah Syura. Aunty dah anggap Syura macam anak Aunty dah. Hani jangan risau. Aunty akan jaga sebaik mungkin!" Janji Datin Danisha.
"Cik muda, kereta sudah siap." Pak Hamzah memberitahu.
"Oklah mama. Aireen pergi dulu. Assalammualaikum!" Datim Danisha menjawab salam. Selepas bermuah-muah, kereta jenama Honda itu meluncur di jalan raya.