
Bab 4 : Indahnya KL!
Pukul 12:30 malam...Zack sedang sibuk berWeChat dengan Haris.
Zack : Beb, dapat tak?
Haris : Tak.
Zack : Boleh dapat kat mana lagi?
Haris : Hmm... boleh cari kat Popular.
Zack : Novel tu limited tau beb.
Haris : Sedap mulut kau saja cakap novel tu limited!
Zack : Whatever! Aku tetap nak novel tu!
Ingatkan apa! Rupa-rupanya tengah cari novel! Hish, macam-macam pula Mr. Arrogant seorang ni!
Haris : Ok, aku belanja kau sepuluh buah novel tapi ada syarat!
Zack : Apa syaratnya?
Haris : Aku nak kau masuk Pertandingan Mencari Bakat tu! Kalau kau menang, aku hadiahkan lagi dua puluh buah novel. Amacam?
Zack : Fine! Oklah aku nak tidur. Bye.
Haris tidak membalas. Zack pelik. Pergi tandas mungkin. Zack menutup Galaxy Notenya.
~>♥♥♥♥♥<~
Aireen membuka tingkap kereta itu. Menara Berkembar Petronas membolosi pandangan Aireen. Syura di sebelah lena dalam mimpi. Dibuai-buai mimpi indah tak terkata. Mereka baru lepas window shopping. Huh! Mentang-mentanglah sebulan selepas Aireen dan Syura ke KL, Datuk Halim dan Datin Danisha mendapat gelaran Tan Sri dan Puan Sri! Aireen masih berkeras tidak mahu menjadi CEO Danisha Holding. Dia juga berkeras mahu jadi novelist! Dia bercita-cita punya pernebitan buku sendiri. Jika Auni tahu, pasti dia menentang sekeras-kerasnya! Tapi Aireen tidak mahu jadi lembu dicucuk hidung lagi!
Syura bergerak-gerak. Dia membuka tingkap. Syura menjerit sekuat hati. "Indahnya KL! Love you!"
"Kau gila ke perempuan?" Hon bertalu-talu diiringi suara kutukan. Syura memerah muka. Aireen ketawa tak berhenti.