Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 1 : Bye, ibuku...
Pagi datang lagi. "Wey Nasha cepatlah sikit! Tupai kesayangan kau ni dah tunggu!" Memang Amir ni macam, datang tak beri salam, pergi nak-nak sendiri. Selamba akal Nasha buat peribahasa. 

Nasha menuju ke dapur untuk menyalami ibunya. "Ibu hari ni Nasha nak makan ayam kari ibu. Boleh?" 

Khaisara berat hati untuk menganguk. "Insyaallah nak. Nanti ibu minta abah belikan." Abah yang dimaksudkan adalah Haji Hamid, bapa kepada Amir yang sudah dianggap ayah untuk Nasha. Jika Haji Hamid dipanggil abah, Hajjah Khadijah dipanggil mak. 

Nasha memberi salam dan meminta maaf atas semua kesalahannya. Rasa tidak sedap hati bertamu di ruang berbentuk hati di jasad Nasha. Perlahan Nasha menuju ke arah kereta Honda City berwarna kelabu milik Haji Hamid. Keluarga Haji Hamid memang kaya. Mereka juga baik hati dan tidak busuk hati. 

Mereka juga yang membantu Nasha dan Khaisara. Kini sudah genap 10 tahun Khaisara dan Nasha tinggal di Melaka. Semuanya atas bantuan keluarga Haji Hamid.

~>♥♥♥<~

Nasha dan Amir menyalami tangan Haji Hamid. Senang hati tua Haji Hamid. Dia kagum dengan Nasha yang tabah. Walaupun kasar, Haji Hamid kasihan Nasha yang tidak merasa kasih sayang seorang ayah. Haji Hamid mengeluh.

Nasha dan Amir masuk ke dewan peperiksaan. Rasa berdebar di hati. Nasha menuju ke meja yang terletak nama dan nombor gilirannya. Dan tiba-tiba...

Buk!!! Nasha hampir jatuh, tetapi ada seseorang sempat menghalangnya. "Apa masalah kau Qiara? Asyik nak kacau aku je! Nasib baik Amir ada. Huh!"

Qiara memuncung. Kenapa Amir ni asyik ambil berat pasal Nasha je? Benci! Benci! Benci! "Sorry ya. I tak nampak you tadi. Yang you terpegun macam patung kenapa?"

"Kau jangan kurang ajar Qiara! Jangan berani kau nak kacau dia lagi! Kalau tak, nahas kau aku kerjakan!"

Qiara mencebik. "Alah, dia adik angkat you je not you girlfriend. I'm jealous! I kan girlfriend you." Mahu muntah Nasha melihat Qiara membuat aksi menggoda. 

Amir menggeleng. "No, she's is my girlfriend!" Nasha seperti terkena kejutan eletrik. Qiara pula terpegun. Nyata mereka berdua terkejut dengan kenyataan Amir. 

Nasha malas mahu berbicara panjang. Nasha menolak Amir ke tepi lalu duduk di tempatnya.

~>♥♥♥<~

Habis ujian Add Math, Nasha terus ke tandas. Qiara dan konco-konconya menggekori Nasha. Nasha masuk ke tandas. Qiara merempuh pintu tandas. 

Nasha jelas terkejut. Dah la dia tak ada ilmu. Macam mana ni? "Hai, Nasha." Qiara menyapa.

"Kau nak apa?" Nasib lidah lancar lagi.

Kiera mengunci pintu tandas. Qiara senyum sinis. "Aku nak Amir!" 

"Oh, Amir. Kau ambil la sendiri. Amir bukan aku punya. Dia mak abah dia punya. Dah jangan kacau aku." Sambil lewa Nasha mengeluarkan ayat berani mati.

Qiara mengeluarkan sinar matanya. Tiba-tiba, seseorang mengetuk pintu tandas. Kiera membuka pintu. Dan batang hidung Tina masuk dengan membawa tali dan kain. 

Kiera mengikat tangan dan kaki Nasha. Nasha cuba melawan. Tetapi tidak boleh kerana Tina mengacu pisau padanya. Fana pula memaksa Nasha meminum sebotol air mineral. Entah apa dia campur. Tiba-tiba...

Pum! Seseorang merempuh pintu tandas. Alamak! Cikgu Haimin! "Apa yang kamu buat pada Nasha Narissa?"

Qiara pantas menjawab. "Sebenarnya kami terjumpa Nasha terikat kat sini. Betul tak Nasha?"

Nasha pantas menggeleng. Qiara dan konconya patut didenda! Amir mendekati Nasha lalu melepaskan tali yang mengikat tubuh Nasha. "Are you okay? Aku risau tau! Nasib kau selamat. Untuk pengetahuan kau, air yang Fana bagi tadi dah campur pil khayal. Aku nampak tadi."

Nasha hampir menangis. "Nurin Qiara, Fatin Afana, Atina Faqihah, Akiera Durani dan Faita Mayesa, kamu berlima akan diambil tindakan yang berat!" 

Qiara menjeling Nasha setajam lidah. Tapi apalah yang mampu dilakukan. Kalau Tan Sri Syahmin tahu, memang 'masak'lah!

~>♥♥♥<~

"Assalammualaikum! Khai oh Khai! Kak Ija ada bawa makanan sikit untuk Khai dan Nasha." Hajjah Khadijah masuk melalui pintu dapur yang sememangnya berhubung dengan rumah keluarga Haji Hamid. 


"Waalaikumsalam. Terima kasih Kak Ija. Oh, asam pedas ikan cencaru! 'Sodap' ni! Terima kasih kak." Hajjah Khadijah tersenyum lalu menganguk.

"Khai masak apa?" Prihatin sungguh Hajjah Khadijah!

"Masak ayam kari. Si Nasha tu mengidam." Mulut Hajjah Khadijah membulat. Dia lalu pulang ke rumahnya.

Khaisara mengacau ayam kari itu. Dia terbatuk-batuk tanpa henti. Hajjah Khadijah yang terdengar dari rumahnya segera ke rumah Khaisara. Kelihatan Khaisara sudah jatuh terjelupuk. 

Hajjah Khadijah memangku Khaisara. "Kkkkakkk Iiijaa... rararasanya pepenyakit Khai susudah sasampai kemuncaknya." Hajjah Khadijah membisik kalimah syahadah ke telinga Khaisara. Tersekat-sekat Khaisara mengikut. Selesai saja bacaan, Khaisara menutup matanya perlahan.

"Bang! Khaisara!" Terkocoh-kocoh Haji Hamid masuk ke dalam rumah Khaisara.

"Innallillah wa inlillah hirojiun..." Haji Hamid mengucap panjang. Nampaknya penyakit barah Khaisara sudah membunuh.

~>♥♥♥<~

Nasha berjalan beriringan dengan Amir. Mukanya pucat tak bermaya macam darah tak mengalir. Amir pula yang risau. Dah la jalan terhuyung-hayang. Mana orang tak risau? Lagi-lagi Nasha dah terminum sedikit air yang dimasukkan pil khayal. "Nasha..."

Tidak sempat Nasha berpaling, dia sudah pengsan. Dah la sekolah tu tinggal mereka saja murid yang ada. Entah kenapa Haji Hamid lambat mengambil mereka hari ni. Sudah pukul 4 petang! 

"Nasha kau okay tak? Nasha! Nasha kau jangan takutkan aku." Apa aku nak buat ni? Getus 
hati Amir. "Nasha sorry, aku terpaksa. Ni darurat."

Amir mendukung Nasha. Kalau tak darurat, tak ingin aku dukung kau. Detik Amir. Dalam perjalanan ke bilik kecemasan, Nasha tersedar. Tapi keadaan kabur. Amat kabur. "Amir, apa kau buat?"

Amir terkejut. Perlahan dia meletakkan tubuh Nasha di atas kerusi panjang. Nasha bangun dari baring. Di matanya jelas mengeluarkan sinar kemarahan. Tak semena-mena, Nasha menampar Amir. "Sakitlah pandai!"

Nasha tersenyum puas. "Yang kau pepandai dukung aku apa hal?"

Amir mencebik. "Dah darurat. Aku risau tau! Ikutkan hati kalau aku tau kau tampar aku, aku letak je kau kat tengah jalan kasi kena langgar. Sampai hati kau. Aku nak merajuklah."

"Ikut suka hati kaulah tupai! Malas aku nak layan kau. Boleh gila aku." Amir berjalan ke kantin. Mahu merajuk. Kalau aku tahu dia buat macam ni kat aku, tak adanya nak bela dia. Lebih baik aku komplot dengan Qiara sekali. Getus hati Amir.

~>♥♥♥<~

"Abah kenapa lambat?" Haji Hamid serba salah.

Nasha pelik melihat Haji Hamid tak menjawab. 'Err... Amir mana?"

Nasha menjongket bahu tanda tidak tahu. Tiga minit berdiam dan, Amir muncul.

"Nasha, harap Nasha boleh terima apa yang abah nak cakap." 

Nasha mengangkat sebelah kening. Tapi dalam masa yang sama, rasa berdebar dan tidak sedap hati mengetuk pintu hatinya. "Ibu Nasha dah tiada..."

Nasha terkejut. "Tak! Abah tipu! Abah tipu!" Nasha tak memberi peluang untuk dirinya percaya dengan kenyataan Haji Hamid.

Haji Hamid mengeluh perlahan. Dia lalu menyuruh Nasha dan Amir masuk ke dalam kereta.

~>♥♥♥<~

Sofia merebahkan tubuhnya di atas katil bersaiz queen. Dia mengalihkan pandangannya ke jam dinding. Sofia mengambil keputusan ke perpustakaan dahulu. Perlahan dia menuju ke bilik membaca.

Sofia duduk di tempatnya setelah tiba di bilik membaca. Hai, semalam dah khatam dua buah, hari ni khatam sebuah jelah. Ucapan akal Sofia pasti akan membuatkan Sofia tertidur. 

Sofia mencapai buku Aku Mahu Saiz XL. 10 mukasurat dan.... mulalah nyanyian 'zzzz' dari Sofia.

~>♥♥♥<~

Sofia merasakan di di Pulau Nami sekarang. Kerana tempatnya nak sebiji dengan Pulau Nami. Dan yang pasti, sekarang musim luruh atau Autumn. Sofia membuat putaran. Dan bila putarannya tepat di belakang, dia ternampak susuk tubuh yang menghilangkan diri selama 10 tahun lamanya. 

Sofia berlari memeluk susuk tubuh itu. "Ibu, kenapa ibu tak balik? Ibu tahu tak, kakak rindu sangat dengan ibu. Adik mana bu?" 

Khaisara tersenyum. Muncul susuk tubuh seseorang dan mukanya seiras dengan Sofia. "Alalalala... kasihan kakak. Peluk ibu kuat-kuat supaya terbayar semua 'hutang' ibu." Khaisara memeluk si kembar itu. Sungguh kuat dan erat tetapi tak sekuat kasih sayang sesama sendiri.

"Kakak kena janji dengan ibu yang kakak akan jaga adik kalau ibu dah tiada. Janji?"

Sofia pelik dengan kata-kata insan yang begitu berbakti padanya. "Insyaallah ibu. Ibu jangan cakap macam tu. Nanti kakak dengan adik sedih. Kan adik?" Bayangan Nasha menganguk.

Perlahan-lahan bayangan Khaisara dan Nasha hilang. "Ibu, adik!" Jerit Sofia sekuat hati. Dia mahu memeluk dan berceloteh lebih lama bersama ibu dan adiknya.

Dia menoleh ke depan. Kelihatan adiknya perlahan menuju ke arah dirinya. Nasha mencapai tangan Sofia. "Kakak, jom ikut adik pergi rumah adik dan ibu."

Nasha memimpin Sofia. Sekelip mata, mereka sudah ada di sebuah rumah teres. "Adik, siapa yang kena tutup dengan kain kapan tu? Kenapa semua orang sedih-sedih? Adik nak kenakan kakak ya? Adik ni dari dulu sampai sekarang sama je. Hahahahaha!"

Nasha mengeluh perlahan. "Kak, ibu dah tiada kak. Ibu dah meninggal."

Zupp! Sofia tersedar dari tidur. Bagai ada kejutan eletrik mengejutkannya. Dia mengucap panjang.

~>♥♥♥<~

Nasha tiba di perkarangan rumahnya. Ramai mengucapkan takziah. Nasha berlari masuk ke ruang tamu. Nyata benar kenyataan Haji Hamid. Rasa dunia hilang graviti. Nasha jatuh.

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^