
Bab 10 : Aireen!
"What? Zack nak putus? No way! Mesti ada perempuan lain! But, Zack not a playboy. Kena call dia!" Sha menekan laju keypad Galaxy S4 yang dihadiahkan Zack.
Sha : Dengar ni. Siasat kenapa Zack nak putus.
Haris : It's not my business!
Sha : Please!
Haris : Siasat sendiri. Ok, bye!
Siapa lagi yang harus diharapkan Sha selain Haris? Huh... wait for a minute! Bukan ke Zack masuk Pertandingan Mencari Bakat? Yup, Sha! Penganjurnya Encik Fakim! Detik hati Sha. Pantas Sha mencari nombor lelaki itu. Soalannya, kenapa Zack nak putus. Hati Sha kuat mengatakan bahawa Encik Fakim juga terjerumus! Ya!
~>♥♥♥<~
Zack mematikan panggilan telefon. Dia membaca semula data tentang wanita yang dilanggarnya yang ditulis tadi.
Nama penuh : Aireen Ainazi binti Tan Sri Hazlim
Umur : 24 tahun
Tarikh lahir : 24 November 1989
Nama pena : Aireen Purple
Nombor telefon : 01X-XXXXXXX
Umur dan tarikh lahir Aireen sama seperti Zack. Zack teringin berkenalan dengan Aireen. Tetapi dia takut. Tapi buat apa takut? Dia ada ciri-ciri suami mithali! Kaya raya dan kuat agama. Cuma nakal sedikit. Tapi mampukan Aireen menerima Zack? Soalan itu berlegar di fikirannya.
~>♥♥♥<~
Syura tersenyum-senyum. Yeay, esok dia akan berjumpa Haris! Esok dia akan duduk semeja dengan Haris. Mereka akan berbincang tentang cabaran seterusnya! Lagipun, ini suku akhir. Dia dan Haris juga Aireen dan Zack layak ke suku akhir. Tak sabarnya menatap senyuman Haris yang setaraf Tom Cruise! Oh, cair!
Jikalau Syura gembira tahap tersenyum-senyum sendiri bagai pesakit mental Tanjung Rambutan, Aireen pula sudah susah hati. Mahukah Zack berbincang dengannya? Tak fasal-fasal pasangan lain elok berbincang, mereka berdua bergaduh! Dan yang pasti, Aireen akan memulakannya. Esok kali pertama mereka duduk semeja tetapi bukan berbincang jauh sekali berbual malahan bergaduh adalah! Huh, nasib novelnya dah siap. Covernya sudah direka Syura. Tugasan Zack pula, harapan Aireen janganlah punah! Huh, tarik nafas lepas.
~>♥♥♥<~
"Ah! Aireen Ainazi? Anak Tan Sri? Ah, pastinya aku kalah! Dia tu cantik menawan, malaysia-london, siap ada bau-bau bacang Ratu Elizabeth lagi! Huh! Ini tak boleh jadi! Aku kena sabotaj dia! Hehehe..." Sha tersenyum jahat. Dia sudah ada rancangan yang bakal membuatkan Aireen ingat sampai bila-bila. Hahahahahahaha!!!
~>♥♥♥<~
Zack menekan keypadnya. Dia cuba menelefon Aireen untuk menanyakan sama ada tugasan Aireen sudah siap atau belum. Aireen pelik apabila jejaka poyo itu tiba-tiba menelefonnya.
Zack : Assalammualaikum.
Aireen : Waalaikumsalam. Siapa di sana?
Zack : Mr. Right Novelist, jejaka kacak yang terlanggar awak kat Sunway Lagoon dan juga kita pernah jumpa di majlis resepsi Iman dan Auni.
Aireen : Zarif Zackwan? How dare you!
Zack : Yup, it's me!
Aireen : Ok, stopped! Jangan buat darah saya menyirap! Awak nak apa?
Zack : Menyirap? Oh, saya nak minum air sirap!
Aireen : Zarif Zackwan, cepatlah! Novel saya tak siap lima bab!
Zack : Kalau macam itu, kita jumpa di McDonald's yang berdekatan rumah awak. Kita siapkan sama-sama.
Aireen : Baik. Kita jumpa nanti. Assalammualaikum, bye!
Zack : Waalaikumsalam.
Perbualan mereka terhenti. Zack tersenyum. Rasa mahu melompat gaya Ribena! Yeay! Yahoo! Di hati Zack, bergema-gema sorakan kemenangan.