
Bab 12 : Hati Bertaut
Aireen merenung Zack dalam diam. Tidak dia sangka, jejaka poyo di hadapannya adalah seorang yang baik. Teramat baik. "Cool, Aireen. Nanti-nantilah layan perasaan tu. Ok, tarik nafas then lepas. Huh, you can do it Aireen!" Zack mengangkat muka. Matanya bertemu mata Aireen. Betullah, dari mata turun ke hati. "Hurm... kenapa Aireen? Are you okay?" Suara merdu Zack terkeluar.
Aireen menggeleng. The Wannakitty sudah mengintai di celah bukaan pintu. Yelah, manalah tahu ada jadi apa-apa. "Hurm... ada benda penting yang perlu Aireen tahu?"
Zack menganguk. Kata-katanya membuatkan Aireen terdiam. "Sebenarnya, Zack suka kat Aireen."
Aireen tak tahu mahu bereaksi bagaimana. "Zack, Aireen sendiri tak tahu kenapa. Sebenarnya Aireen..."
~>♥♥♥<~
Zack memandu kereta itu. Haris disebelahnya sudah mahu bersorak keriangan. Zack memandu ke Sri Permata. Haris gementar tak terkata. Ok, stop! Berhenti bermain kata! "Haris, Syura, dah sampai." Syura turun. Haris macam nak terkencing dalam seluar. Takut sangat!
Haris turun juga. Dalam ketakutan tahap kedua paling tinggi, Haris menlangkah masuk. Syura sedang bersalaman dengan ibu bapanya. "Mama, papa, ni Haris."
Haris cuba berlagak tenang. "Uncle, Aunty, saya datang nak lamar Syura." Datin Fatin menganguk. Datuk Hazim pula merenung Haris bagai mahu menelannya. "Kamu boleh jaga Syura? Apa nama penuh kamu? Asal dari mana? Umur berapa tahun? Kerja apa?" Bertalu-talu soalan dari Datuk Hazim.
Datin Fatin menggeleng. "Pa, bagilah dia duduk dulu. Syura, pergi buat air." Syura menganguk lalu menghadiahkan Haris senyuman manis. Haris duduk.
Haris manarik nafas lalu menjawab soalan Datuk Hazim. "Saya boleh. Akeem Haris bin Datuk Kamil. Saya dari Kuala Lumpur. 24 tahun. Saya bakal CEO Haris Holding." Sekali nafas, Haris menjawab semua pertanyaan Datuk Hazim.
Datuk Hazim tidak menunjukkan sebarang reaksi. Seminit sudah berlalu. Syura sudah meletakkan dulang teko dan cawan di atas meja. Datuk Hazim tersenyum lalu menganguk. Datin Fatin pula sudah sibuk bertanya tentang mas kahwin. "Berapa mas kahwin yang kamu nak beri pada Syura?"
Haris diam. "Lebih kurang RM 5 ribu." Datin Fatin dan Datuk Hazim menganguk tanda setuju. Ia dah cukup.
~>♥♥♥<~
Jikalau Haris sudah selesai, Zack pula baru tiba di rumah milik Tan Sri Hazlim. Aireen melangkah masuk. Toh Puan Sri Danisha dan Aireen berpelukan. Tan Sri Hazlim memerhati Zack dengan lirik matanya. Zack sudah berdebar-debar. Bagai mahu pengsan rasanya! "Papa, mama. Ini Zarif Zackwan."
Zack bersalaman dengan Tan Sri Hazlim. Aireen sudah naik ke atas bersama Fara. "Kamu anak Tan Sri Hakimi bukan?" Zack menganguk dalam kepelikan. "Untuk pengetahuan kamu, uncle dan ayah kamu kawan baik. Kamu bakal CEO Kiara Holding bukan?" Zack menganguk.