Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 15 : Finale
"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu..." Sebaris sudah cukup. Aireen sudah lupa liriknya. Dia terus menyapu. Tiba-tiba...

"Aireen, mana Aireen letak komputer Zack?" Aireen menepuk dahi. Dia cuba bergurau dengan suami tersayangnya tu. "Aireen letak dalam tandas." 

Zack sebenarnya sudah ada di belakang Aireen. Dia meniup perlahan leher isterinya. Aireen      berasa tidak selesa. Ketika Aireen memandang ke belakang, Zack merangkak perlahan ke depan Aireen. Di mukanya tersarung topeng muka hantu. Aireen berpaling semula. Aireen hampir mahu menjerit tetapi mulutnya pantas ditekup oleh Zack. Zack menunjukkan tanda diam dengan meletakkan jari telunjuknya di mulut Aireen.

"Aireen, Zack nak makan nasi lemak Aireen." Zack mengelip-ngelipkan matanya. Aireen menganguk. "Boleh, tapi Zack kena tolong." Zack menganguk.

Aireen memandang jam yang terletak di dinding dapur. 6:30 pagi. "Zack tolong rebus telur dengan potong bawang." Zack menganguk. Sudah dua kali dia menganguk macam burung belatuk. Mereka membuat kerja masing-masing. Sambil itu, mereka berbual mesra. Sebelum...

"Uwek!" Aireen muntah. Sudah empat bulan bersama Zack, tak pernah muntah pun? Peliknya! 

Zack cemas. "Aireen, kenapa?" Sekali lagi Aireen muntah. Kali ketiga Aireen muntah, dia terus mengsan. Zack panik. Dia mengeluarkan Galaxy Notenya lalu menelefon Syura. Dia pantas memapah Aireen ke dalam kereta. Lalu dia membawa Aireen ke hospital. 

~>♥♥♥<~

Haris dan Syura sudah tiba di hospital. Begitu juga Toh Puan Sri Danisha dan Tan Sri Hazlim. Doktor keluar dari wad yang menempatkan Aireen. "Tahniah! Isteri awak mengandung dua minggu!" Zack meraup mukanya. Alhamdullillah...

"Tapi ada kemungkinan, ia kembar tiga!" Kembar tiga? Mampukah Aireen bertahan? Kembar tiga tu! Zack, Haris, Syura dan ibubapa Aireen masuk ke dalam wad. Aireen gembira melihat wajah semua pelawat yang datang.

Zack duduk di sebelah Aireen. Dia mengengam tangan Aireen kuat. "Aireen, kalau Aireen nak apa-apa Aireen cakap saja! Zack tunaikan! Aireen sebut saja! Guna mulut saja." Aireen tersenyum.  Pasti suami kesayangannya itu takut jikalau Aireen meninggalkan dirinya seorang diri.

Syura pula sedang sibuk dengan telefonnya. Apa lagi kalau bukan menyampaikan berita bahawa Aireen mengandung pada The Wannakitty. "Nanti The Wannakitty datang. Auni pun ada! Lagi satu, dia nak lahirkan bayi lelaki dalam bulan depan!" Terujanya Syura! Haris pula tersenyum melihat gelagat isterinya. Untuk pengetahuan, majlis perkahwinan Zack dan Aireen juga adalah bersama Haris dan Syura!

"Bila Reen keluar?" Toh Puan Sri Danisha bertanya. "Esok." Aireen menghadiahkan senyuman manis untuk mamanya.

~>♥♥♥<~

Syura dan Aireen berbual mesra. Mereka sedang menunggu masa untuk Encik Fakim mengarahkan mereka pulang. Walaupun kini mereka adalah lawan, mereka tak kisah siapa menang atau kalah. Persahabatan tetap akan terjalin sampai bila-bila.

Encik Fakim masuk ke bilik menunggu. "Good luck Novelist and Photographer!" Semua menganguk sporting.


f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^