
Bab 16 : Suami Isteri Pemenang Mencari Bakat
Aireen menyapu sampah lagi. Zack yang melihat merampas penyapu itu dari Aireen. "No, no, no Aireen! Zack tak benarkan Aireen buat apa-apa. Zack nak Aireen berehat sahaja. Biar Zack yang sapu. Zack nak Aireen selamat dengan anak kita. Ok?" Aireen memuncung. Dia menuju ke sofa lalu mengambil novel remaja tulisan Ain Maisarah di atas meja kaca. Zack cuba memujuk isterinya. "Aireen nak makan aiskrim Haagen Dasz tak?" Bersinar mata Aireen. Dia menganguk setuju. "Boleh tapi ada satu syarat."
Aireen mengeluh. "Apa?"
Zack ketawa melihat Aireen. "Aireen tak boleh buat apa-apa langsung. Ok!" Aireen menganguk demi aiskrim Haagen Dasz yang sedap.
~>♥♥♥<~
Aireen dan Zack pulang ke rumah mereka. Aireen kelihatan sungguh gembira kerana Zack membenarkannya memborong semua buku yang dia mahu di Konikuniya. Apalagi, seronoklah Aireen! Boleh goyang kaki sambil baca novel. Tiba-tiba, telefon Zack berbunyi.
Zack menjawabnya. "Nisha Nurain. Adik Zack. Aireen kenalkan?" Aireen menganguk. Budak itu pendiam dan pemarah.
"Dia nak apa?"
"Dia kata dia nak datang rumah." Aireen menganguk.
~>♥♥♥<~
Nurain masuk ke dalam rumah serba indah itu. Huh, sayangnya abang dia pada Aireen! "Hurm, Ain dengan Aireen sembanglah dulu. Zack ada kerja. Ain, tengok-tengokkan Kak Aireen. Dia mengandung." Zack tersenyum.
"Congratulations!" Sepatah perkataan tanpa senyuman.
Zack keluar. Nurain kelihatan diam. "Kak, saya minta maaf." Aireen pelik.
"Kenapa minta maaf?"
"Kalau saya ada buat salah kat akak. Saya minta maaf awal-awal." Nurain tersenyum. Mereka berdua berpelukan.
~>♥♥♥<~
Aku kini bahagia bersama Zack si jantung hati
Daripada membenci, kami rupanya saling menyintai
Tak pernah aku sangka
Syura dan Haris pun bahagia kini
Syura sudah melahirkan seorang bayi perempuan
Namanya Harisna Asyira
Aku pun dah ada anak
Kembar tiga pula itu!
Dan mereka lahir pada hari jadi aku dan Zack!
Satu lelaki dan dua perempuan
Yang sulung
Nama yang lelaki Aiman Akimy
Dia double A sama seperti aku
Yang perempuan pula yang dipanggil Angah
Namanya Qaisara Qalyana
Double Q
Yang bongsu sekali gabungan nama aku
Dan Zack
Namanya Ainan Zurani
Aku dan Zack juga memenanggi Pertandingan Mencari Bakat
Aku juga kini sedang mengandung anak keempat dan kelima
Kembar lagi
Coretan Aireen terhenti. Zack masuk ke dalam bilik mereka diikuti si kembar yang berumur 8 tahun kini. "Kimi, Sara dan Ina nak apa ikut papa pergi bilik?" Akimy menunjukkan gigi putihnya. Begitu juga Sara dan Ina.
Akimy menarik nafas. "Kimi, Sara dengan Ina lapar. Nak suruh papa masak, nanti papa masak maggi je." Manja suara Kimi. Walaupun sudah berumur 8 tahun, dia kadang-kadang serius kadang-kadang manja. Si kembar tiga itu juga kuat bersaing. Setiap tahun naik pentas ambil hadiah. Matapelajaran terbaik semua mereka bolot. Tiada satu pun tinggal. Tidak bagi peluang pada sesiapa langsung. Mereka juga rajin bersedekah dan belanja kawan. Zack sering beri RM 30 seorang untuk belanja sekolah.
Zack menganga. "Hei, papa pandai masak tau! Cakap je nak apa, papa masakkan!" Ina pantas menggeleng.
"Tak nak! Ina, Angah dengan Along tak nak makan nasi hangit!" Zack mengejar Ina.
"Yelah mama masak. Nak makan stik kan?" Kimi, Sara dan Ina menganguk. "Kalau macam tu, kena tolong papa buat nasi goreng ok? Pergi tanya Kak Ain, nak makan tak?" Nurain tinggal bersama Zack sementara mencari si jantung hati.
Ok, kini habislah kisah Zack dan Aireen.
★★★TAMAT★★★