Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 3 : Aku Nasha!
"Kamu ni Qiara, memalukan keluarga saja! Minggu lepas paksa si Nasha minum air entah apa-apa! Kelmarin, kamu hantar orang entah nak buat apa kat Nasha! Mana Daddy nak letak muka?" Qiara menundukkan wajahnya. Takut mahu bertetangan mata dengan Tan Sri  Syahmin yang garang.

Toh Puan Sri Raihani menggeleng. "Sebagai hukuman, Mummy dan Daddy akan tarik semua keistimewaan Qiara. Credit card, kereta and all. Kena cuci tandas, tak boleh pergi melancong and tidur dalam stor sepanjang Qiara masih bujang." Terkejut besar Qiara. Apa? 

"What? No way! Tak boleh, again tak boleh! Cannot!  It's mine!" Tan Sri Syahmin meregus.

Sekali huluran tangan, jangan berani nak melawan! "Serahkan semua kredit kad sekarang!" Mulut Tan Sri Syahmin menyinga.

Qiara mengeluh perlahan. Dia mengeluarkan semua kredit kad, tapi ada menyorokkan dua tiga krecit kad. "Bagi handbag tu."

Hi, Daddy ni ada psikik ke apa?

~>♥♥♥<~

"Amir, nasib baik Nasha dan Sofia selamat kalau tak ibu dah bla bla bla bla bla..."" Amir rasa mahu menyumbat telinganya dengan kapas. Hajjah Khadijah menbebel sekali, mesti tak nak lagi!

"Mak, tak payahlah nak marah Amir lebih-lebih. Kesian Nasha tengok. Dia bukan sengaja. Sebenarnya Nasha letak ubat tidur dalam air supaya dia tak risaukan buah hati dia." Nasha cuba untuk menyelamatkan Amir dari bebelan tanpa henti. Bila masa dia letak ubat tidur dalam air Amir. Unless...

Sofia yang merah muka. Sebab? Macam dia tak tahu buah hati tu siapa. "Luka Nasha tu teruk, kejap lagi kita pergi klinik. Risau mak tengok." Nasha tersengih. 

~>♥♥♥<~

Megat Amran termenung. Entah mengenangkan siapa. Mungkin tentang remaja yang dijumpainya petang tadi. Megat Amran mengangkat mukanya ke atas.

Megat Amran cuba mengejar Qiara, gadis yang dia kenali dari Twitter. Dan tanpa dijangka, dia terlanggar seorang gadis. "Hei, badak besi! Lari tu tengok orang sikit. Nasib baik aku okey. Kalau tak dah sekeh kepala kau."

Megat Amran pelik melihat Sofia."Sofia kenapa you kasar sangat? Tengok, I dah terlepas Qiara. You're just upset me!"

Bukk! Lebam biji mata Megat Amran. "Aku bukan Sofia! Aku Nasha! Aku eja lagi sekali, A.K.U  N.A.S.H.A dan kalau kau tak faham juga, aku eja English, I.M  N.A.S.H.A!!! Ni baru kakak aku, Sofia Safalissa." Sofia muncul di tepi Nasha.

Megat Amran jadi bingung. Erk? Sejak bila Sofia ada kembar? Oh Maria. "Hi Amm! Tak sangka boleh terserempak kat sini."

"Boo!" Entah suara dari mana menyergah Megat Amran.

"Opocot mak kau meletup jangan hati ku tertutup!" Ketawa terbahak-bahak Megat Hakimi.

"Yang anak papa termenung jauh tu kenapa? Nak meminang dah ke?" Megat Amran menganguk tetapi bukan selamba, nampak serius je, nampak serius je.

Megat Hakimi terdiam. Tanpa sepatah perkataan, dia melangkah masuk ke rumahnya. Megat Amran yang malas untuk bertanya meneruskan 'bayangan'nya. Kenangan 10 tahun dulu menjengah kepala.

Engku Aynnur ketawa melihat Megat Amran memuncung. "Kenapa Amm?"

Megat Amran bersuara. "Mamalah. Peluk perempuan tu kuat-kuat. Mama tak sayang Amm!"

Megat Hakimi hanya menggeleng. "Amm nak makan cake tiramisu?" Soal Megat Hakimi.

Megat Amran menganguk. "Amm nak mama sayang Amm selamanya?" Engku Aynnur kelihatan serius. 

Megat Amran sekali lagi menganguk. "Angkat tangan kanan Amm. Mama nak Amm ikrar dan berjanji dengan mama. Ikut apa mama cakap." Megat Amran mengikut arahan insan yang mengandungkan dan melahirkannya.

"Saya, Megat Amran bin Megat Hakimi berjanji akan menjaga Nasha Narissa sebaik mungkin dan membahagiakannya." Megat Hakimi tersenyum.

"Saya, Megat Amran bin Megat Hakimi berjanji akan menjaga Nasha Narissa sebaik mungkin dan membahagiakannya buat selamanya." Siap tambah buat selamanya lagi!

"Aku dah janji dengan mama, tapi patutkah aku tepati?" Kau dah janji, kau patut tepati. Akal bijak Megat Amran memberi jawapan. Alah janji je kot, bukannya bersumpah. Kau nak kena belasah lagi? Ish, kacau daun betul hati kecil Megat Amran. 

~>♥♥♥<~

Nasha tersengih-sengih di depan laptop Apple yang dihadiahkan ayahnya. Oh, tengah berskype dengan Sofia! Dia dan Sofia dihantar oleh Megat Iman untuk menyambung belajar. Sengaja untuk menjauhkan mereka sejauh mungkin dari Engku Zahra. Nasha di New Zealand dan Sofia di Perancis.

Nasha : Kakak, Megat Amran tu macam mana?

Sofia   : Kakak cakap jangan marah tau!

Nasha : Cakap jelah!

Sofia   : Kakak dulu ada skandal dengan Amm tapi sebab dia playboy, papa suruh kami putus.

Nasha : Ooo... Engku Maria?

Sofia   : Dia kena cerai dengan ayah. Lepas itu tak tahulah apa jadi dengan dia. Tapi ada berita kat Buletin Utama, seorang wanita bernama Maria Tyara dijumpai mati di dalam sebuah kondo.

Nasha : Ibu tak pernah berdendam dengan perempuan tu. 

Sofia   : Kakak off dululah. Nak study, assalammualaikum.

Nasha : Waalaikumsalam.

Nasha menutup laptopnya. Faqihah, rakan sebiliknya menyapa. "Nasha, boleh ceritakan sikit salahsilah keluarga kau kat aku? Please!" Nasha menganguk.

"Mak Engku namanya Engku Zahra. Aku diharamkan oleh diri aku sendiri untuk memanggil dia dengan panggilan sebagainya. Sebab aku tahu dialah dalang sebab mak aku kena tinggalkan rumah. Dia bersubahat dengan Engku Maria, aku panggil dia Auntie Engku. Pernah sekali ayah dan ibu tinggalkan aku dan kakak dengan dia sebab urusan kerja di luar negara. Dia buat kami macam mangsa dera! Makan satu hari dua sudu nasi! Air pula satu gelas besar sehari. Kena habiskan dalam lima saat kalau tak, air tu dia siram kat rambut kami. Kakak pernah kena. Kami hanya boleh minum dan makan hanya waktu malam. Pagi petang kena berkurung dalam bilik. Bilik tu sempit dan tiada katil. Tingkap pun tak ada. Dia suruh kami tidur atas simen." Nasha minum air sebelum memulakan ceritanya semula.

"Selama sebulan kami kena dera. Kalau tak berkurung, dia suruh kami jalan macam ayam satu padang tiga pusingan. Memang kena seksa habis!" Faqihah menggeleng.

"Bila ayah tanya, dia tak ngaku tapi bila polis menyiasat, dia kena masuk lokap seminggu." Nasha menguap. 

"Aku ngantuk ah, esok jelah sambung." Faqihah menganguk.

~>♥♥♥<~

Tok, tok, tok! Kedengaran ketukan pintu di pejabat Megat Iman. "Masuk!" Muncul wajah Sofia. Sofia pulang satu semester lebih awal dari Nasha kerana sudah memulakan semester lebih awal. 

"Ha, Sofia! Pergilah masuk pejabat suami tu. Kesian dia sorang-sorang." Megat Iman mengusik Sofia,

"Sekejap lagilah. Ayah, ingat tak! Esok adik balik." Megat Iman menepuk dahinya.

"Lupa! Nanti ajak Amir pergi ambil adik. Dah pergi jumpa Amir." Selepas mendapat arahan, Sofia melangkah masuk ke dalam pejabat Amir. Sepatutnya dia dikahwinkan dengan Syahir tetapi Syahir memutuskan hubungan mereka disaat akhir. Dalam kelam kabut, Nasha mengambil keputusan untuk mengambil Amir sebagai abang iparnya. Ayah setuju begitu juga Sofia.

Sofia menolak pintu. "Err... Amir, I tahu you tak ikhlas ambil I sebagai isteri you. So..." 

Amir yang terkejut dengan kedatangan Sofia berdiri mendekati Sofia. "What do you mean, honey? Adakah maksud sayang, sayang nak ce..." Ayat Amir tepat mengenai telinga Sofia. Dia kini betul-betul di sisi Sofia.

"Amir, kalau you memang tak ada perasaan dengan I, you tahu. Kita kahwin pun sebab terpaksa. Sebab adik. Saya tahu adik ugut awak. I minta maaf." Sofia membuka cincin bertahta berlian di jari manisnya. Sekali gus meletakkannya di atas meja pejabat.

Amir mencapai cincin itu. "I yang tiada perasaan kat you atau you yang tak ada perasaan kat I? Kalau betul you tak boleh terima I, kenapa you terima lamaran you? Hah, Engku Sofia Safalissa?" Amir menunduk.

"Jadi, you memang ada perasaan kat I?" Sofia tidak memaling ke belakang.

"Tak, tak pernah ada. I cuma ada perasaan kat adik you tapi lepas I jumpa you, perasaan yang lebih kuat datang. Jadi... Engku Sofia Safalissa sudikah kau menjadi suri di hatiku?" Amir mencapai tangan Sofia. 

Muncul idea di kepala Sofia. Dia masih mahu mendengar kata-kata romantik dari Amir. Sofia merentap tangannya. "Oh, selama ni kau sentiasa fikirkan aku! Hey, tak payahlah nak jadi Romeo. I can't believe you! Selama ni aku tunggu kau, baru sekarang kau nak mengaku!" Perbualan ganti nama I-you menjadi kau-aku.

Tergamam Amir. Rasa macam nak meletup! "Dear, give me a chanche."

"You heard here! I could never love you! Probably never, but I discouraged you did not romance! I hate you!" Sofia keluar dari pejabat itu. Amir tunduk ke bawah lantai.

"Sofia, I can receive. Go, I not the best for you." Sofia memaling. Dia mencapai kedua lengan sasa Amir supaya dia menghadap Sofia.

"Amir, can you hear what I want to say." Amir mengangkat mukanya.

"You're the best for me. Thanks for loving me. I love you. Thank you for accepting me in your heart. Even if you just love these, my love for you is stronger." Terpegun Amir mendengar kata-kata Sofia. Sofia ada taraf nak jadi Juliet!

Tanpa Amir sedar, dia terpeluk Sofia. "Ehem! Amir kau lepaskan kakak aku sekarang. Aku belasah kau nanti baru kau tahu! Yang kau pergi peluk kakak aku apa hal? Tahulah korang tu mahram, tapi kalau ye pun nak buat 'peraduan', malam nanti milik kau dan kakak aku. Tak ada siapa nak kacau." Sergah satu suara.

Alamak! Amir memang online Skype dengan Nasha. Memang patutlah Nasha ada kat situ! "Adikkkkkkkkkkk!!!"

Jeritan Sofia jelas menggerunkan Nasha. "Err... Nasha off. Dulu bye, Assalammualaikum!" Gambar Nasha hilang. 

"Ok, sayang. Sofia pergi dulu. Nak jumpa bf." Amir tunduk sekali lagi. 

"I mean, Allysha, bff Sofia. Ok bye, sayang." 

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^