Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 4 : Tom & Jerry
"Termenung jauh nampak!" Faqihah mencuit Nasha. Nasha tersengih. Dia memalingkan semula pandangan ke tingkap kapal terbang. Perlahan-lahan, kapal terbang itu mendarat. 

"Faqi, boleh tak aku pinjam phone kau? Powerbank aku dalam beg tarik. Malas nak cari. Boleh tak?" Faqihah menganguk. Setelah mereka keluar dari kapal terbang,  Faqihah menghulur Galaxy Mini miliknya kepada Nasha. Nasha mendail nombor Sofia.

Nasha : Assalammualaikum kakak.

Sofia   : Waalaikumsalam. Nanti acting elok-elok tau!

Nasha : No problem! Mesti dia kena habis! Adik tunggu kat Secret Recipe tau!

Sofia   : Okey, bye! Assalammualaikum! 

Nasha : Waalaikumsalam.

"Thanks Faqi!" Faqihah mengenyit mata. Setelah berlaga-laga pipi, mereka berpecah. Nasha menarik beg tariknya. Cermin mata masih belum dibuka. Panas.

Setelah tiba di Secret Recipe, kelihatan semua ahli ada! Awal betul sampai! "Assalammualaikum." Nasha bersalaman dengan semua yang ada di situ kecuali Amir dan...

Megat Amran? Siap bawa bunga lagi! Bunga tu nak bagi siapa? Nasha duduk di sebelah Sofia. Mereka berbisik sesama sendiri. "Amir, kenapa aku telefon ada perempuan lain jawab? Aku telefon malam tadi sebelum bertolak." Mata Sofia malaser. Amir diam. Dia terus memeriksa telefon bimbit canggihnya.

"Aah kau ada telefon dan ada orang jawab. Sofia..." Megat Iman yang bersubahat dengan Sofia dan Nasha memandang Amir. Sofia pula mula ingin bersuara.

"Amir, siapa perempuan tu ha? Beritahu sekarang! Adik ada rakam suara perempuan tu?" Telefon dicucuk powerbank. Dia menggunakan suara Faqihah. Macam mana dia boleh rakam? Telefon canggihkan?

Video suara dipasang. "Hello siapa ni?" Itulah suara yang keluar.

"Amir, sampai hati you!" Sofia mencapai beg tangannya. Amir cuba mengejar Sofia tetapi di halang Megat Iman. Nasha keluar dari Secret Recipe untuk mengejar kembarnya. Setelah jauh dari Secret Recipe, mereka ketawa terbahak-bahak. Pasti Amir sedang disoal siasat. 

"Pucat muka dia tadi! Pandai kakak acting! Malam nanti duduk sebelah Nasha. Biar je dia terkontang-kanting. Hahahaha! Jomlah masuk. Buat-buat tampar dia tau!" Sofia menganguk.

Mereka masuk semula ke Secret Recipe. Sofia menyuaikan mukanya. Dia mendekati Amir tetapi tidak sampai hati mahu menampar buah hatinya. Dia hanya duduk dengan muka cemberut. "Amir, sekarang jujur dengan ayah. Siapa perempuan tu?"

"Amir tak tahu ayah! Betul! Sumpah! Sepanjang malam tadi Amir dengan Sofia je kat bilik membaca. Betul tak Sofia sayang?" 

Sofia menggeleng. "Tak! Amir ada keluar. Dia cakap nak jumpa kawan." 

Nasha mengambil giliran. "Amir, kau jangan main-main! Siapa perempuan tu? Ni ke Amir yang aku kenal. Hari tu bukan main berromance dengan kakak. Kau memang cari pasal dengan aku! Mak, abah." Hajjah Khadijah hanya menggeleng menjiwai watak. Sebenarnya, semua yang duduk kat meja tu bersubahat kecuali Megat Ammar yang tidak tahu apa-apa.

"Amir, mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi! Jom Nasha, biar akak drive. Ayah, papa, abah, mak, Sofia dengan Nasha balik dulu. Assalammualaikum." Amir terpinga-pinga. 

Di dalam kereta, Sofia dan Nasha ketawa. Berjaya mengenakan Amir. Mana tak seronok, dapat kenakan Amir? "Sorry Nasha, acting kakak tadi tak jadi sangat. Kakak tak sampai hati nak tampar dia." Nasha menganguk.

"Acting kakak tadi dah bagus sangat! Tergamam terus dia!! Nanti ikut rancangan tau! Nanti dapatlah akak dengar ucapan Romeo dia." Sofia menunjukkan ibu jarinya. Wah! Tak sabarnya!

~>♥♥♥<~

Nasha dan Sofia duduk di meja makan. Menunggu Megat Iman membaca doa. "Aamiin!" Sofia makan buah-buahan saja. Nasha pula hanya minum Nescafe. Setelah selesai, mereka berdua naik ke bilik Sofia dan Amir. Sofia menunggu di atas katil. 

Amir masuk. "Sofia... abang tak tahu langsung, betul!" Sofia tak memaling mukanya. Hanya termangu. "Sofia..." Sofia membuka cincin di jarinya. "Sofia, ikut abang sekarang!" Amir merentap tangan Sofia. Sudah sakit hati dengan perangai Sofia yang melebih. 

Sofia 'merampas' semula tangannya. "Tak nak! Kau yang salah! Buat apa nak dengar cakap kau lagi? Tak ada guna!"

Amir menghela nafas. "Sofia, kalau Sofia..." Tak sempat Amir menghabiskan ayat, Sofia sudah berlari keluar dari bilik itu. 

Amir mengejar Sofia. Tangan Sofia dicapai. Kali ini, tidak pula Sofia melawan. Sofia hanya mengikut Amir. Mereka masuk ke dalam bilik semula. "Sofia, abang minta maaf tapi betul, abang tak tahu langsung. Memang abang ada keluar tapi nak jumpa Amm."

"So? Ingat Sofia makan kata-kata abang tu? Sofia bagi abang last chance.  Jujur."


Amir menghela nafas. Bersedia dengan kata yang bakal dikeluarkan. "Abang minta maaf. Sumpah abang tak tahu!" Sofia diam tak bersuara.

"Abang ingat ucapan maaf boleh lembutkan hati Sofia? Kalau abang nak tahu, Sofia lebih rela bunuh diri dari maafkan abang. Abang tahu tak? Lima tahun Sofia dengan Perancis, Sofia ada balik cuti. Ada ke abang hujankan kata-kata romantik dekat Sofia?" Macam pernah dengar je ayat-ayat tu. Mesti Nasha yang cerita kat Sofia.

"Amir Zafril, I love you!" Sofia melarikan diri. 

Sesi bermain kejar-kejar diperhatikan Nasha. "Kakak, kerja Nasha dah selesai. Nasha pergi dulu." Nasha keluar dari bilik itu. Entah mana dia menyorok.

~>♥♥♥<~

"Adik, hari ni Uncle Mif akan bacakan surat wasiat. Nanti Tok Wan datang. Duduk sebelah kakak tau nanti." Nasha menganguk. Dia sudah mengetahui isi surat wasiat itu. Lagi 15 minit, Mak Engku dan Megat Amran akan datang.

Dan masa yang ditunggu telah tiba. Encik Mif juga sudah tiba. "Saya akan memulakan bacaan."

Semua menganguk. "Ia ditulis oleh Engku Fatin Khaisara dan Engku Aynnur Batrisya. Megat Amran bin Megat Hakimi haruslah mengahwini Engku Nasha Narissa untuk mendapat bahagian 80% dari saham Azayfa Holding. 10% milik Engku Nasha Narissa dan lagi 10% milik Engku Sofia Safalissa.  

Perkahwinan mesti kekal hingga lima tahun. Jika Engku Nasha Narissa meminta cerai dari Megat Amran, 30% saham Azayfa Holding adalah milik Engku Nasha Narissa dan selebihnya milik Megat Amran. Dan jika Megat Amran yang menceraikan Engku Nasha Narissa, 60% saham Azayfa Holding adalah milik Engku Nasha Narissa dan lagi 20% adalah milik Megat Amran.

Dan jikalau kedua-duanya tidak mahu bersatu 100% saham Azayfa Holding jatuh ke tangan Engku Sofia Safalissa." Terbeliak mata Engku Zahra. Ia tak boleh jadi! 

"Hurm... Amm nak cakap sesuatu." Encik Mif memberi Megat Amran peluang. 

"Amm cuma nak cakap, dari masa Nasha tumbuk mata Amm, Amm memang berniat untuk mengahwini Nasha." Terlopong semua yang ada di situ. Tetapi, jauh di lubuk hati Amir, Amir pasti ia kerana saham.

"Jadi... Engku Nasha Narissa, sudikah kau menjadi suri di hatiku?" Huh, suri di hati ke suri rumah a.k.a bibik? Unless...

Nasha sudah merah muka. Semua memandangnya. Nasha berdiri. "Amm... Nasha bukan tak sudi nak terima cuma..." Nasha pengsan secara tiba-tiba.

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^