Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 5 : Ia takkan terjadi!
"Nasha!" Ish! Siapa pula buat telinga aku pekak ni?

"Kalau bakal suami buat pekak pun salah ke?" Bakal suami? Nasha terus terduduk. Terkejut Megat Amran yang berada di sebelahnya. 

"So macam mana?" Ya Allah! Dengan Mak Engku sekali ada kat sini? Tapi pelik juga, Mak Engku senyum kat aku. Alamak memang jadi mangsa deralah aku macam ni!

"Amm... boleh bagi Nasha seminggu? Please." Buat pertama kalinya, Nasha bercakap dengan nada lembut. Memang dah tertawan dengan Amm ke apa?

"Ayah, Papa, Abah, Mak, Amm, Mak Engku, boleh tinggalkan Nasha dengan kakak dan Amir?" Semua keluar dari bilik Nasha.

"Adik suka kat dia ke?" Sofia menyoal Nasha. Pelik pula tengok Nasha cakap lembut-lembut. Jangan-jangan dah kena pukau dengan Amm atau Mak Engku atau kedua-duanya sekali!

Nasha diam. Tak tahulah apa jadi dengannya tadi. "Apa yang ibu suruh, kena buat. Nasha dah janji. Boleh Amir dan kakak keluar? Panggil Amm..."

Megat Amran masuk. "Amm ikhlas ke?"

Megat Amran ketawa. "Yang Nasha bendul sangat kenapa? Mestilah Amm ikhlas. Sebab Amm dah janji dengan mama macam ni, 'Saya Megat Amran bin Megat Hakimi berjanji akan menjaga Engku Nasha Narissa sebaik mungkin dan membahagiakannya buat selamanya'." Siap angkat tangan dia ikrar.

"Sebenarnya, Amm tak sanggup nak tipu Nasha. Tok Wan yang suruh. Tapi Nasha, di lubuk hati Amm ni, Amm terlebih ikhlas." Ketawa Nasha melihat gelagat Megat Amran. Tetapi nampak macam dia betul-betul ikhlas. Masa aku baca surat wasiat yang ibu sorokkan mati-mati aku ingat Amm tak akan ikut wasiat. Dalam hati aku cakap, ia takkan terjadi! Sampai mati!

"Amm... ia takkan terjadi." Megat Amran bingung.

"Apa yang takkan terjadi?"

"Nasha takkan tolak lamaran Amm. Itulah yang takkan terjadi." Nasha tersenyum.

"Yeay!" Megat Amran keluar dari bilik Nasha. Semua tertanya-tanya. "Nasha terima!" Amir memandang tidak percaya. Bodoh sungguh Nasha! Dia boleh terima lamaran Megat Amran? Tak mungkin.

~>♥♥♥<~

"Dia mudah sangat kena tipu tok wan. Tapi, Amm betul-betul suka kat dia. Tok wan tak marahkan?" Engku Zahra menggeleng.

"Lagi senang, tak payah Tok wan nak paksa Amm. Kalau Amm nak tau, tok wan tak pernah benci dekat ibu Nasha. Cuma Maria yang tutup mulut tok wan. Bodohnya tok wan." Engku Zahra mengeluh. 

"Tok wan, boleh tak buat majlis minggu depan?" 

"Tak sabar sangat ke?" Megat Amran hanya menganguk. Engku Zahra menggeleng.

~>♥♥♥<~

"Adik, are you sure?" Nasha hanya menganguk. Amir pula melirik mata Nasha. 

"Nasha, apa mereka dah buat sampai kau jadi macam ni? Risau aku!"

"Yang patut kau risaukan kakak aku! Aku yakin apa yang ibu tentukan, pasti ianya yang terbaik. Kalau mereka jadikan aku hamba pun tak apa. Aku tak kisah. Entah kenapa perasaan aku rasa lain je bila tenung mata Amm." Dah sah-sah kena pukau! 

"Rasanya betul firasat aku. Kau memang kena pukau."

"I don't care. Aku tak kisah. Lagipun aku rasa salah aku juga sebab kasar sangat." 110% memang si Nasha ni kena pukau. 

"Adik, jangan paksa diri adik."

"Okay. Tapi makin si Amir ni tuduh Amn bukan-bukan, selagi tu adik akan paksa diri adik." Amir diam. Salah Megat Amran dia pula yang kena tempias?

"Ok, it was your choice." Mengalah juga pasangan ni. 

~>♥♥♥<~

"Kenapa tak ambil nasi minyak?" Soal Megat Amran ketika mereka duduk untuk acara makan beradab. 

Tersengih-sengih Nasha. "Ada allergic. Kalau makan boleh sakit perut sebulan." Mulut Megat Amran membulat.

~>♥♥♥<~

"Nasha, Amm ada apa-apakan Nasha? Dia ada sakitkan hati Nasha?" Nasha menggeleng.

"Kakak, Nasha dah cakap. Dia tak ada niat! Malah dulu, dia yang sudi datang dengan Mak Ngah tolong Nasha dengan ibu! Sudahla! Malas Nasha nak layan kakak dengan Amir ni. Nasha dah cakap Amm baik tak ada niat! Ini kakak yang sentiasa menyokong Nasha? Ini ke Amir yang sentiasa ambil berat tentang Nasha? Kalau nak ambil berat tentang orang, jangan jaga tepi kain orang!" Sofia tergamam. Tidak sangka adiknya sungguh kasar. 

"Sofia, pedulikan dia. Dia tak ada niat pun nak cakap macam tu dengan sayang. Nanti kita soallah Amm. Kan Sofia rapat dengan Amm?" Sofia hanya menganguk.

★☆★☆★☆

Sorry sebab pendek. Nurul sakit perut. Jadi tak ada masa nak tulis panjang-panjang. Kena siapkan awal sebab Khamis nanti dah nak sekolah.

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^