Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 6 : Pertandingan Mencari Bakat?
Syura tersenguk-senguk di depan Galaxy S2 miliknya. Dia sibuk sangat berWeChat dengan seseorang yang menggunakan nama Haris Aiman atau nama sebenarnya Akeem Haris. Syura berhenti menaip tatkala Haris mewujudkan tentang Pertandingan Mencari Bakat. 

Haris : Awak ada baca berita tentang Pertandingan Mencari Bakat? 
Syura : Yup! Kawan saya sertai. Saya nak sertai but malulah.
Haris : Kalau awak masuk nak jadi Miss Right apa?
Syura : Miss Right Photography!
Haris : I will be Mr. Right Photography to!

Syura terlopong.  Tak sangka kawan barunya juga meminati fotographi! 

Syura : Awak masuk?
Haris : Masuk!
Syura : Kalau macam tu saya pun nak masuklah!
Haris : Bolehlah kita bersua muka sekali lagi!
Syura : Oklah awak, saya mengantuk. Esok kita WeChat lagi.
Haris : Ok, Assalammualaikum! 
Syura :  Waalaikumsalam!

Syura menghempaskan diri ke atas katil. Mahukah dia bersua muka dengan Haris? Dia mengelamun. 

Tut, tut, tut, We The Wannakitty, always cute and pretty

Lagu tema The Wannakitty berkumandang. Kelihatan Alisha menghantar mesej. Ia berbunyi,

'Syura, nanti berkumpul kita berkumpul kat KLCC. Semua The Wannakitty ada. Auni pun ada.'

Malas Syura mahu membalas. Dia terus tidur.

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^