
Bab 9 : I Hate You!
Setelah pulang dari New York, Aireen sudah fikir masak-masak. Dia tetap akan masuk Pertandingan Mencari Bakat itu juga walaupun Zack juga menyertainya juga sebagai Mr. Right Novelist! Oh, tak sangka betul ia akan terjadi! Nasib baik Hana si ratu gosip tak mengesannya! Dia dalam bahaya kini! Oh, tak mungkin terjadi. Mr. Right Novelist adalah orang yang paling dibencinya! Zarif Zackwan, I hate you! Aireen Ainazi binti Tan Sri Hazlim akan menyingkirkan Zarif Zackwan bin Tan Sri Hakimi! Aireen mencapai komputernya. Tugasan pertama Pertandingan Mencari Bakat untuknya adalah membuat sebuah novel yang tebalnya lebih 500 mukasurat. Masa yang diberikan adalah lima bulan. Tiga pun Aireen boleh buat. Aireen jenis yang tak suka menangguh kerja. Aireen juga bijak. Walaupun mengambil jurusan akauntan, itu tidak menghalang Aireen menjadi novelist.
Dulu walaupun The Wannakitty nakal, tetapi mereka fasih berbahasa Inggeris dan mereka juga bijak. Berlainan benar dengan The Wannababes! The Wannakitty mementingkan fesyen dan pelajaran. Kedua-duanya diseimbangkan. The Wannakitty juga disenangi guru tetapi tidak murid-muridnya. The Wannakitty sering membuli mental pelajar Sri Permata. Mentang-mentanglah mereka bertujuh pelajar paling kaya di Sekolah Sri Permata! Ish, ish, ish!
Syura melanglah masuk ke dalam bilik Aireen. "Aku pun masuk Pertandingan Mencari Bakat yang kau masuk itu. Aku jadi Miss Right Fotographer. Dengan Haris..." Syura tersenyum sendiri bagai pesakit mental Tanjung Rambutan. Aireen menggeleng. Haris, Haris, Haris tak habis-habis!
Aireen tetap terus menulis novelnya. Novelnya bertajuk Playboy Bandar VS Diva Kampung. "Boleh atau tidak kau tak kacau aku? Aku nak tulis ni." Syura menganguk lalu keluar dari biliknya. Malas mahu melanggar dingin Aireen.
~>♥♥♥<~
Zack berbaring di katil bersaiz King miliknya. Memikirkan tentang wanita yang berkawan dengan Syura itu. Wanita sangat cantik dan comel. Dia juga Miss Right Novelist. Dia pula Mr. Right Novelist. Sepasang! Zack tersenyum-senyum. "Tak! Aku tak boleh jatuh cinta! Aku dah janji dengan Sha. Tapi, tak salah kalau aku lepaskan Sha. Hihihihi..." Zack tersenyum jahat. Di kepalanya difikirkan bagaimana mahu mengetahui tentang wanita yang dia langgar di Sunway Lagoon hari itu. "Encik Fakim!" Dialah penganjur Pertandingan Mencari Bakat. Pasti dia tahu semua biodata pesertanya! Yes!