
Cerpen Nurul : Cinta Sepasang Sahabat
Ini cerpen yang Nurul tulis. Harap suka!
"Aina Nurain tunggu!" Aina memaling. Izzam? Buat apa dia kat sini? Bukan ke dia tak datang hari ini? Aiman mungkin? Tapi bila difikirkan semula, dia di taman bukan di sekolah! Aina mengayuh basikalnya makin laju. Izzam tak mengalah. Dia memecut basikalnya. Izzam hanya beberapa langkah dari Aina. Aina mengayuh makin laju. Tiba-tiba...
Bush! Darah memercik ke sana ke sini. Aina hanya mampu melihat. Izzam di hadapannya tersungkur! Izzam menolaknya dan menjadikan diri mangsa langgar lari. Aina pantas memandang nombor plat kereta yang melarikan diri tadi. Lalu memangku Izzam. Dia menjerit kuat. Dia menangis. Kalau dia berhenti tadi, mesti Izzam tidak akan jadi begini! Aiman dan Nina kembar Izzam dan Aina mendekati mereka berdua. Aina juga sudah pengsan.
★ ★ ★ ★ ★
"Izzam, maafkan aku!" Sesuatu mengoncang tubuh Aina. Aina cuba membuka mata. Pemilik nama Nanina Ain tersenyum. Aina bangun. Di hadapannya ada makanan. Dia mahu mengambilnya tetapi tangannya terkulai. Nina mengambil makanan itu lalu menyuapkannya ke dalam mulut kakak kembarnya itu. Aina tetap makan walaupun rasa bubur yang dia makan itu tawar.
Nina sedih melihat kakaknya. Sudah dua minggu Aina begitu. Tidur, makan. Walaupun begitu, Aina tetap mengagahkan diri mengambil wuduk untuk solat. Setiap kali Aina tidur, Nina akan menunggu Aina tidur. Mahu berkata pun Aina tak bisa. Tak bermaya wajahnya sentiasa pucat.
★ ★ ★ ★ ★
"Kak In, Izzam dah sedar!" Aina hanya tersenyum hambar. Tak bisa buat apa-apa. Dia masih trauma. Nina ingat Aina akan sihat pabila Izzam sihat tetapi jauh sekali reaksi Aina. Nina sudah tidak mampu buat apa-apa.
"Nina, Izzam itu siapa?" Nina terkejut. Tak mungkin kakaknya sudah hilang ingatan! Tak mungkin!
Tok, tok, tok!
Pintu bilik si kembar itu diketuk. Seseorang membuka pintu. Remaja lelaki yang berkerusi roda masuk. Izzam tersenyum. "Aina aku dah sihat!" Aina hanya menganguk.
"La, ni ke Izzam yang Nina cakap? Kakak ingat Nina cakap Iman." Izzam mengeleng sambil mendekati Aina. Sebuah kotak kecil berbentuk hati dikeluarkan. Ia dibuka.
"Aina Nurain, hari ini umur kau 19 tahun. Sudi tak..." Aina menganguk. Tiba-tiba semua masuk ke bilik itu.
"Izzam, majlis kamu lusa. Aina terima tak?" Aina dan Izzam menganguk.
★★★TAMAT★★★