
Oh My Drama!
Nak tahu tak? Nurul tak pernah suka drama Korea. Because Nurul tak berkenan sangat! Seriously, Nurul betul-betul tak suka. Amatlah tak suka! Bukan benci, tapi tak suka! Tetapi, telah ditakdirkan, pemilik nama Nurul Syifa (bukan nama sebenar) telah jadi seorang peminat drama Korea pada Khamis 26 Disember 2013 pukul 11:54 malam!
Menangis sampai habis dua kotak tisu malam tadi. Tajuk dramanya adalah...
WINTER SONATA!!!
Atau dalam bahasa melayu...
SONATA MUSIM SALJU!!!
Ceritanya memang sedih sangat! Cuba search di YouTube. Memang sedih sangat! Dan yang paling menyedihkan, Nurul tak jumpa episode 1! (Patut sedihkah?) Jadi Nurul terus ke episode 2. Watak yang paling Nurul benci ialah Chelin. Gedik! Chelin berebut Joong Sang dengan Yujin. Ayat yang Nurul tak boleh lupakan dari mulut Chelin,
"Joong Sang is mine."
Joong Sang cakap sepatah dengan Chelin pun tak nak. Menyampah betul! Nak publisitilah tu!
Sampai suatu hari, Joong Sang dah bersedia untuk ke America. Dan masa dia nak jumpa Yujin, dia kemalangan kemudian lupa ingatan.
Kalau nak tahu lebih lanjut, klik sini tau! Tak payah nak search dah. Yang dah search tu, nasiblah! Siapa suruh tak baca sampai habis?
Mama Nurul cakap, dulu masa mengandung Nurul, dia tengok cerita ni 5-6 jam sehari! Sebab tu Nurul berjangkit dengan penyakit mama Nurul.
Nurul ingat nak pinjam DVDnya dari Makcik Azni, kawan mama Nurul. Dia baik sangat! Mama pernah singgah rumah Makcik Azni. Tapi jiran Makcik Azni cakap, Makcik Azni dah pindah. Nak berkenalan dengan anak Makcik Azni pun tak sempat. Tapi mereka nak ke? Selepas Nurul lahir pun mereka dah 8-6 tahun.
Oklah, Nurul nak tonton Winter Sonata episode 3. Nurul tak faham sangat ceritanya so Nurul ulang balik ceritanya.
Bye semua, assalammualaikum!
Ikhlas dari hati,
Miss Nurul.