Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Prolog Jangan Kau Pilih Aku
Fatin Khaisara yang sedang sibuk berskype  adik kandungnya yang sedang melanjutkan pelajaran terganggu dengan ketukan pintu. "Masuk."

Lembut saja suaranya tetapi kuat. Kelihatan madunya yang masuk dengan membawa satu sampul besar. Tersenyum bibirnya yang jelas membawa maksud jahat. "Kenapa ya Kak Maria? Ada apa-apa yang Khai boleh tolong?"

Ketawa Maria Tyara terhambur. Kedengaran kuat dan terkekek-kekek. Nasib baik Khaisara sudah off Skype  kalau tidak, mesti adiknya fikir pejabat itu berhantu. Bukan niat Iman nak beristeri dua. Ini semua paksaan Engku Zahra! Selepas seminit, ketawa Maria terhenti. Dia melempar sampul tadi ke muka Khaisara. Khaisara diam.

Dia membuka sampul itu. Ada tiga keping gambar di dalam sampul itu. Khaisara jelas terkejut selepas melihat gambar-gambar 'puaka' itu. Ia gambar Khaisara sedang berpelukan dengan Zaim. Ketika itu Khaisara hampir di langgar sebuah kereta. Nasib Zaim sempat menariknya ke tepi jalan.

"Kau nak aku tunjuk gambar ni dekat Iman?" Khaisara menggeleng. Maria tersenyum sinis. Mulutnya kembali bercakap. "Kalau begitu kau kena dengar cakap aku, atau..."

Khaisara tidak sanggup mendengar sambungan ayat Maria. "Baik Kak Maria. Khai akan ikut. Asalkan jangan Kak Maria tunjuk gambar tu dengan Iman. Apa saja akan Khai tunaikan!"

Maria tersenyum simpul. Gembira dengan ayat dari mulut Khaisara. Maria menepuk tangannya dua kali. Mulutnya bergerak. "Aku nak kau pergi tinggalkan Sofia dengan aku dan bawa Nasha pergi jauh."

Khaisara menggeleng. "Tiada pilihan lain ke Kak Maria? Khai sanggup buat apa saja! Jadi mangsa dera pun tidak mengapa."

Maria tersenyum sinis. "Kau ada tiga pilihan. Aku tunjuk gambar ni kat Iman, kau bawa Nasha pergi atau orang yang kau sayang akan jadi debu yang hilang masuk kubur."

Khaisara sudah tidak mampu. Terpaksa pilih juga. "Khai pilih no. 2." 

"Sekarang aku nak kau bagi RM 500 ribu dekat aku. Aku ambil dalam akaun kau jelah. Bagi card dan nombor pin." Cepat saja Khaisara mencapai dompetnya. Dia juga menulis nombor pin yang diminta.

"Malam ni juga, kau dan Nasha berambus!"

~>♥♥♥<~

Ayat-ayat Engku Maria Tyara tak boleh hilang dari ingatan Khaisara. Sentiasa dikenang ayat-ayat itu. Benci pada Engku Maria tak pernah bertamu. Yang ada hanya rasa terkilan yang teramat. Ya, rasa terkilan. 

Khaisara mencapai frame di atas meja solek. Dipeluk sekuat hati gambar itu. Rasa macam nak masuk dalam gambar tu je terus! 

Nasha melihat perlakuan ibunya di celah pintu. Sedih dan air mata bertamu lagi. Selepas 21 jam pergi jalan-jalan cari orang lain untuk jadi mangsa keluar air mata, datang balik. Kenapa tak blah je terus! 

"Wey Nasha, air sirap aku mana? Cakap nak study sama-sama. Tak jamu aku apa-apa ke?" Ish, kenapalah 'tupai' ni asyik kacau aku je? Orang tengah sibuk layan perasaan boleh pula jerit macam hantu. Memang saja nak rasa baran aku. Getus hati Nasha.

"Wey tupai, kau senyap sikit boleh tak? Kejaplah aku nak goreng cucur dengan buat air sirap. Kalau kau haus sangat, minum je air mangkuk tandas tu!" Kan dah kena ayat berani mati aku tu.

Amir diam. Air mangkuk tandas? Erk! Tengok je dah rasa macam nak muntah! Eewww! Tak ingin aku nak minum air mangkuk tandas. 
Nasha duduk bersimpuh di atas pangkin. Jelas menghidangkan cucur udang, cucur ikan bilis, cucur badak dan air sirap juga teh 'o'. "Sempat kau buat! Ke kau dah buat awal-awal then simpan dalam peti ais?"

Sinar kemarahan muncul di mata Nasha. "Macamlah kau tak tahu apa aku buat. Aku dah letak racun dalah cucur-cucur tu. Air pula aku letak ubat tidur supaya kau tidur kat pangkin ni sorang-sorang."

Tersembur air sirap ke muka Nasha. Memang nak kena mamat ni! Bukk! Sejurus sesiku maut khas untuk Amir, Amir mengaduh sakit. Nasha senyum sinis. "Wey, kau ni dah kenapa? Salah kau juga kau mandi air mulut aku. Siapa suruh kau bagitahu dekat aku ada racun apahal?" 

Tersengih-sengih Nasha. Salah aku ke? Itu soalan yang bermain konda-kondi di dalam kepala Nasha. "Wey, kau ingat ayah kau ke? Kasihan kau."

Nasha termanggu. Perlu ke Amir keluarkan topik itu? "Hurm... Amir, aku tak ada niat nak sakitkan hati kau. Kau tolong jangan ingatkan tentang tu. Nanti kakak kembar aku yang akan kena penyakit rambut merah dia."

Amir kebingungan. Rambut merah? Maksudnya apa? Nak tanya ke tidak? Tapi nanti moody pula. Biarlah. "Aku pun tak ada niat nak buat kau sedih. Kau ada kakak kembar? Yahooo! Tak kempunanlah aku nak kahwin jenis kau ni! Mesti kakak kau lembut tak macam kau!"

"Apa-apa jelah tupai. Aku nak belajar. Esokkan paper last. Esok add mathskan?" Amir menganguk. 

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^