
Prolog The Normal Crew
Assalammualaikum! Nurul ada buat cerita baru. Tajuk The Normal Crew. Sipnosisnya ada di bawah!
Dahulu semasa mereka berumur lima tahun, mereka riang bermain. Mereka berenam. Mereka berpisah tatkala baru lima tahun bersahabat. Dyana Daeanz, Nurul Farhana, Danish Daniel, Muhammad Iman Aiman, Afif Hilmi dan seorang. Tetapi siapa dia?
Bagaimana? Teruja mahu membaca? Nantikanlah. Buat sementara ini, Nurul sajikan Prolognya dulu. Happy reading all!
Dyana mengalami mimpi itu lagi. Enam orang kanak-kanak riang bermain. Dyana menjadi permerhati. Dyana kelihatan bergaduh bersama dengan seorang budak lelaki. Seorang budak perempuan dan tiga orang budak lelaki ketawa. Tiba-tiba, seorang budak lelaki dilanggar sebuah kereta. Dyana pengsan. Bup!
Dyana terbangun. Dia sekali lagi mengalami mimpi itu. Ah, buat apa mahu difikirkan? Dia harus bersiap. Dia bakal ke sekolah baru esok. Sekolah Menengah Sri Intan yang bakal membuka lembaran baru dalam hidupnya.
Tok, tok, tok!
Bunyi ketukan pintu menghentikan lamunan Dyana. Puan Dania masuk ke dalam bilik serba biru itu. Sungguh mendamaikan. "Awal Fi bangun. Ibu baru nak kejutkan Fi. Cepat jom solat cepat! Basuh muka..." Dyana buat-buat batuk untuk menghentikan celoteh ibu kandungnya itu. Dyana memotong. "Lepas itu solat, sarapan mandi, kemas bilik, ada lagi?" Puan Dania tersenyum sambil menggeleng. Itulah kelebihan Dyana Daenz atau nama sebenarnya Tengku Dyana Daenz. Dyana ada bau-bau bacang dengan keluarga DiRaja di London. Daenz adalah nama keluarga mereka. Walaupun nenek moyang Dyana sudah jadi umat Islam, nama Daenz tetap akan dikekalkan. Untuk pengetahuan semua, Dyana ini campuran London-Singapore-Malaysia.
~>♥♥♥<~
Farhana menatap wajah-wajah di bingkai gambar itu. Farhana langsung tidak mengenali walau seorang pun dari mereka. Dia teringat tentang mimpi yang sering dialaminya. Ya, semua wajah di dalam mimpinya menyerupai wajah di bingkai gambar itu. Puan Aina kata, itu sahabat baiknya. Tetapi pabila Farhana bertanya nama mereka, Puan Aina terdiam tak menjawab. Farhana sentiasa berdoa agar mereka akan bertemu lagi. Air mata mengalir dari kelopak mata Farhana. Yaya, adik Farhana pelik melihat kelakuan kakaknya. "Kak Fa, kenapa Kak Fa menangis? Yaya ada buat salah ke? Yaya minta maaf." Subhanaallah, mulia sungguh hati budak berumur empat tahun itu.
Farhana mengesat air matanya. Walaupun air matanya tidak mengalir lagi, matanya masih merah. "Mana ada Yaya buat salah. Kakak menangis sebab kepala kakak pening. Dah, tidur cepat. Nak susu tak?" Yaya menganguk. Farhana ke dapur untuk membuat susu coklat yang digemari adiknya. Farhana memang seorang kakak yang baik. Semua adiknya dimanjakan. Sebut saja nak apa, pasti Farhana tunaikan!
~>♥♥♥<~
"Tengku Danish Daniel, berhentilah main game! Beg kamu dah siap ke? Kalau dah, cepat turun makan!" Sekali lagi veto suara Puan Riana memenuhi rumah baglo itu. Daniel mengeluh. Hish! Daniel ini kerjanya main game, online, tidur dan macam-macam lagi benda tak berfaedah dia buat! Oh, harap muka saja kacak dan ada lesung pipit tapi pasal pelajaran, jangan harap dapat 90% ke atas. Markah paling tinggi paling dia dapat pun 86% saja. Nasib paling rendah masih dalam golongan A!
Daniel segera memasukkan segala alat tulis dan buku miliknya ke dalam beg. Dia lalu menuruni anak tangga ke tingkat paling bawah. "Mama, boleh tak lain kali jangan panggil Tengku? Daniel tak sukalah. Ok?" Puan Riana hanya menganguk. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya yang berada di atas meja. Dia baru sahaja lepas membeli belah.
Sebuah bingkai gambar berukir. Itulah dia benda dari beg tangan itu. "Daniel, mama nak bagi kamu ini. Gambar kamu masa kecil. Simpan sebaik mungkin. Jangan bagi Rafael rosakkan." Daniel hanya menganguk ala kadar.
~>♥♥♥<~
Iman menunggang basikal itu. Dia menuju ke satu arah. Penat dia mengayuh. Dia baru pindah ke Sri Intan. Dia baru lepas bersiar-siar. Malas mahu melayan konflik yang berlaku di rumahnya. Kakaknya yang mahu berkahwin tetapi ibu bapanya pula yang sibuk. Ibunya selalu mengata tentang isteri baru ayahnya!
Dia berhenti menunggang basikal itu. Dia perlahan-lahan mendekati tempat duduk di taman yang disinggahinya itu. Terasa dia pernah datang di situ. Bermain bersama enam orang budak yang lain. Dia teringat tentang bingkai gambar yang dijumpainya ketika mengemas barang untuk berpindah.
Tiba-tiba seekor kucing menggesel manja di kakinya. Iman mendukung kucing itu. Iman memang sukakan kucing. Di rumahnya, Iman sudah membela tiga ekor kucing. Merekalah peneman tatkala tiada siapa di rumahnya.
~>♥♥♥<~
Afif melenyakkan tubuhnya di katil. Penat sungguh! Pemindahan rumah yang memenatkan! Itulah tajuk yang bakal ditulis di diari. Afif bangun dari katilnya perlahan. Dia menyelongkar kotak miliknya. Dikeluarkan diarinya. Dia memulakan coretan. Setelah habis mencoret, dia membelek-belek diarinya. Dia membuka helaian yang ada gambar enam orang kanak-kanak. Empat lelaki dan dua perempuan. Salah seorang dari mereka adalah Afif.
Afif menutup matanya. Terbayang sesuatu memori. Zupp! Afif bangun mengejut! Beg sekolahnya tak siap lagi!