Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Simon White Dan The Wannakitty Gemuk
Bab 1: Mahu?

"Aduh! Kenapa pula dengan Internet ini! Baru sahaja mahu menjenguk Samora.com! Ishh!"gadis berumur 25 tahun bernama Simon White yang putih, gebu dan comel itu merungut sambil menghentak-hentakkan kakinya di atas lantai kayu itu.

"Apalah awak ini. Itulah. Saya suruh awak pergi ke cybercafe, awak tidak mahu. Selepas itu, mahu merungut pula. Sudah, mari kita ke cybercafe di Bandar Fore-Fore. Cepat bersiap."Liyona Josmani, rakan baik Simon yang sentiasa memberikan nasihat kepada Simon.

"Huh! Yalah."tiba-tiba lagu 'Royals' memanggil Simon. Simon dengan kelam-kabutnya menjawab. Tercampak-campak PearPhone dia. Tertera nama pujaan hatinya yang kacukan Korea itu, Ian Mulanaddin. Simon tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Simon: Assalamualaikum. Ada apa ya?

Ian     : Saya mahu berbincang sebentar dengan awak. Boleh kita keluar sekejap?

Simon: Err..

Ian     : Kenapa?

Simon: Err.. Boleh, boleh! Saya pergi sekarang juga! Mahu jumpa di mana?

Ian     : Hurmm.. Di kafe Marinuman, boleh?

Simon: Boleh. Dekat sahaja dengan rumah saya.

Ian     : Okey! See you there!

Belum sempat gadis putih seputih krim kek vanilla itu membalas kata, Ian sudah menekan butang End Call

"Lajunya! Tidak sempat mahu jawab!"si gadis itu merungut lagi.

"Hei! Cepatlah!"Liyona atau lebih selesa dipanggil 'Yoyo' itu menjerit memanggilnya daripada tingkap bilik milik Simon.

"Awak!"

"Saya di hadapan awaklah. Apa yang awak menjerit kuat sangat?"Yoyo mencubit pipi gebu Simon.

"Ian ajak saya ke kafe Marinuman. Boleh temankan saya? Please.."matanya yang bulat seperti anak patung itu dikelip-kelipkan.

"Yalah! Jom. Hari ini awak bawa kereta pula."Yoyo menghulurkan kunci keretanya kepada Simon.

"Baik!"

-_--_--_--_-

"Ian!"Simon melambai-lambai ke arah Ian. Ian membalas lambaiannya. Simon berlari-lari anak ke arah Ian.

"Jadi, awak sudah sedia mahu berbincang?"Ian bertanya kepada Simon.

"Okey!"

"Sudikah awak menjadi teman sehidup semati saya?"jejaka kacak itu menghulurkan sebuah kotak berwarna merah dan membukanya. Simon ternganga. Cepat-cepat dia menekup mulutnya.

"Sudi!"Ian menyarungkan cincin tersebut pada jari manis dan gebu milik si gadis itu. Ian meminta supaya simpan dahulu kotak itu. Mereka beredar. Setibanya di rumah, gadis comel itu membuka kotak tersebut dan mendapati bahawa ada nota kecil yang tertulis,

Aku sentiasa memikirkanmu,
Aku sentiasa mengharapkan supaya kau mencintaiku.

Aku..
Buah hatiku selama ini ialah engkau.
Aku harap selama ini                        

Dia perasan tulisan yang dihijaukan itu. Dia mengambil air dan membersihkan kesan hijau daripada 'highlighter' itu. Dan..

kau MENCINTAIKU 

Simon pengsan secara tiba-tiba. Yoyo panik lalu...

Bersambung..

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^