Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 1 : Menyendiri?
Izzat tak habis-habis mencuri pandang Adam. Nak ditegur mood Adam tengah tak baik. "Kenapa kau jeling aku dari tadi? Dah jadi gay ke apa?" 

"Tak ada maknanya. Cuba tengok Delisya tu." Pandangan Adam muntah pada Delisya. Gadis itu hanya melihat burger keju yang di bawa Aliea. Aliea pandai membuat makanan ringan. Sampai burger double cheese yang dibuat Aliea juga sama rasa dengan McDonald's! 

Wajah Delisya muram sejak beberapa hari selepas mereka semua pulang dari berjalan-jalan. Tanya lima patah dijawab sepatah. "Guys, I need to go." Delisya sudah menghabiskan burger kejunya. 

"Nak pergi mana?" Soal Firash. 

"Jumpa boyfriend." Nadanya kedengaran serius kerana suara Delisya lemah. Delisya mengatur langkah ke Pustaka Dongeng. Yang lain hanya memerhati. 

"Hanie, pergi ikut dia." Hanie cepat-cepat menghabiskan burger kejunya lalu berjalan perlahan mengikut Delisya. Cermin mata hitam dipakai. Sekolah Amansara bebas nak pakai baju apa pun. Jangan melebih sudahlah. 

Hanie memerhati Delisya. Dia nampak Delisya duduk semeja dengan The Mistik Girls. Hanie mencuri dengar.

"Dean, kamu pasti mahu ikut kakak pergi misi. Bahaya Dean." Terang Desharina

"Dean cuma tak tahan dengan TBA. Mereka seolah langsung tak hiraukan Dean. Dean macam halimunan kak."

"Dean, biarkan mereka. Be happy. Ingat tak sipnosis novel yang kakak bagi tu? Single is simple, double is trouble." Kata Qiasara.

"Happy? Dengan membahayakan diri akan mengundang perasaan happy tu kak." Tenang Delisya berkata.

"Dengan ikut misi bilik 504? Kamu jangan main-main Dean. Itu bukan bahayakan diri tetapi nak bunuh diri!" Delisya tersentak.

"Jadi apa Dean nak buat?" 

"Jaga diri. Terus jadi setiausaha TBA. Cari seseorang yang boleh hiburkan Dean sementara tiada akak." Delisya menganguk perlahan. Hanie yang mendengar berasa terpukul. Jadi selama ini TBA pinggirkan Delisya? Langkah Hanie menuju semula ke meja makan TBA. 

"Delisya cakap nak ikut misi bilik 504 yang ada potret berhantu tu. Tapi kak Desha tak bagi. Selama ni dia terpinggir." Setelah melabuhkan punggung di sebelah Nazrin, dia berkata.

"Memang patutlah. Kita dating dengan orang, dia dating dengan buku. Dating dengan dapur. Cik Cute, Cik Cute..." keluh Alisya.

"Rindu dekat Akmal kot." Semua memandang Firash. "Akmal Rayyan tu sepupu kami. Dia dengan Delisya rapat. Tapi Akmal kat New Zealand. Entah ingat entah tidak dengan Delisya." Terang Firash.

"Kesian dia." Keluh Adam. "Dia datang!" Dengan gerak longlai, Delisya melabuhkan duduknya di sebelah Aliea.

"Aliea, salad." Aliea menganguk. "Ni meeting tak ajak aku." Di wajah Delisya langsung tiada senyuman.

"Eh mana ada kami meeting. Best date?" Delisya langsung tak membalas pertanyaan Nazrin. 

"Jangan tanya soalan sensetif boleh tak? Macam korang tak tahu aku jumpa siapa! Malaslah nak lepak dengan korang. Aku chaw dulu." Semua menelan air liur. Delisya ni dah kenapa? Datang bulan ke?

~>♥♥♥<~

Study group petang itu, Delisya tidak hadir atas alasan nak mengait. Tak masuk akal! "Dia tak waras dah kot." Semua memandang Shafiah. "Aku rasa je."

"Erk, tu bukan Delisya ke?" Tunjuk Dani. Delisya datang jugak akhirnya. "Datang pun kau." Delisya senyum hambar.

Sepanjang berbual, Delisya langsung tak bercakap apa-apa. "Delisya dah jumpa tunang Delisya?" Delisya jongket bahu.

"Tunang?" Baru tingkatan tiga dah ada tunang? 

"Dah ada depan..." mulut Delisya ditekup Firash. Delisya menganguk baru dilepaskan tekupan. "Dah ada depan mata. Dalam dunia fantasi. Korang takkan faham."

"Akmal Rayyan?" Teka Hanie.

"Nope." Pendek jawapan Delisya. "Anything? Kalau tak ada boleh aku bukak hadiah." Hadiah? Semua tertanya-tanya. "Hari ni  aku dapat buat spaghetti fishball je. Aku tak sihatlah."

"Okeylah ni. Lain kali tak sihat tak payah masak." Pesan Adam. Spaghetti fishball itu disuap ke mulut.

"Dah kebiasaan. Demi rakan yang selalu ada dekat hati aku." Mereka terus membisu. Tidak pasti itu pujian atau sindiran. "Tu pujianlah." Delisya tersenyum. 

"Makanlah banyak-banyak. Esok korang dah tak jumpa aku dah." Semua memandang Delisya.

"Kau nak pergi mana?" Soal Dani.

"Pergi dunia fantasi." Semua merengus. Eee, dia ni!

~>♥♥♥<~

Semua berdebar. Menunggu Puan Akifa mengumumkan keputusan peperiksaan. "Tahniah kepada The Blinky A. Kamu bertujuh-belas mendapat tempat 20 ke atas. Cikgu akan umumkan lima ke atas iaitu tempat teratas. Tempat kelima, Qiazara. Tempat keempat, Adam. Tempat ketiga, Nazrin. Tempat kedua, Shafiah dan tempat pertama Hanie. Tempat ke-20 ialah Delisya. Prestasinya kurang memuaskan."

Semua terkejut. Selalunya Delisya antara lima terbaik. Apa dah jadi? 

~>♥♥♥<~

Delisya terus memecahkan segala pasu di biliknya. Segala barang dilempar untuk melepaskan tekanan. The Blinky A cuba membuka pintu bilik Delisya tetapi hasilnya sia-sia. 

Delisya membuka pintu. Hanie terus dipeluknya. "Dahlah..." Hanie memujuk. "Kami tahu kau tertekan. Tapi jangan macam ni. Relaks, chill." 

"Aku jatuh! 20 tempat wei! Mana aku tak stress? PMR pun nak dekat." Bahu Delisya ditepuk Syakira. 

"Relaks. Kami akan bantu kau. Tapi berhentilah bersendirian. Menyendiri. Kami tahu kau stres sebab tak ada pasangan." Syakira tersenyum memandang Delisya.

"Aku tak perlu ada jodoh kalau ada korang." The Blinky A tersenyum. Terharu mendengar kata-kata Delisya.

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^