Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 10 : Sia-sia
"Na..." Telefon berdering. "Ok. I got to go Nasha." Nasha hanya menganguk. Ingatkan pergi pintu rupanya pergi dapur.

Megat Amran keluar dengan membawa segelas susu. "Drink this milk. Lepas tu naik atas terus. Nanti pengsan kat sini susah pula. Nanti pergilah shopping dengan Sofia." Nasha diam. Dia mencapai susu di tangan Megat Amran. Diminum sehingga tiada lagi titis. "Ok, Amm pergi dulu." Nasha hanya menganguk. 

Dia naik ke biliknya di atas. Bukan atas bumbung ya! Kepala terasa pening. Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama pemanggil yang tertera adalah... Megat Amran? Baru pergi tadi dia dah telefon aku?

Nasha : Kenapa Amm?

Megat Amran : Jangan pernah kau ingat aku cinta kat kau!

Panggilan dimatikan. Telefon di tangan Nasha jatuh. Kepala yang pening tak dirisaukan. Nasha mencapai apa yang dapat dia capai lalu dihempaskan. Terjerit-jerit Nasha. Kalau orang gila Tanjung Rambutan nampak, mesti dah bingung dah.

Bik Lin yang melihat cuba menenangkan Nasha. "Nasha, duduk. Tenangkan diri." Nasha masih tak tenang. Bik Lin segera menelefon Sofia. Cemas wajahnya melihat Nasha yang sudah seperti dirasuk.Sofia dan Amir tiba. Mereka pantas naik ke bilik Nasha. 

Bilik Nasha bersepah-sepah. Dah macam kena serang puting beliung! Nasha pula duduk termanggu. Entah kenapa dengan dia. 

"Nasha, kenapa ni? Adik..." Sofia memegang bahu Nasha. Nasha diam. Dia terus memeluk Sofia.

Mulutnya mula bergerak. Dia berkata-kata. "Kakak, Nasha tak boleh tunaikan permintaan kakak. Sorry." Sofia mengusap perlahan kepala adiknya.

"Tapi kenapa? Im ugut Nasha ke? Ke Amm buat hal?" Duga Sofia."Tak, Nasha nak pergi buat masa yang lama. Nasha nak tenangkan diri Nasha. Please." Sofia buntu. Apa maksud kembarnya? Dia hanya menganguk.

~>♥♥♥<~

Sofia mundar mandir. Pening kepala Megat Iman dan Amir. Apasal pula ni? "Sofia, cuba kamu bawa duduk sikit? Ni tak, ke hulur ke hilir macam zirafah tak bertuan. Siap garu dagu macam ada masalah negara!" Sofia duduk setelah diarahkan.

"Nasha, Nasha cakap dia nak pergi satu tempat. Dia mungkin duduk situ sampai satu tahun. Sofia peliklah. Nasha ni sejak bila asyik moody, sensitif sangat! Mungkin sebab..." Apahal lah dalam keluarga ni asyik ada telefon berdering? Sofia mengangkat panggilan tak berperikemanusian itu.

Sofia : Kenapa?

Megat Amran : Mana Nasha?

Sofia : Dia pergi luar negara.

Megat Amran : Bila?

Sofia : Hari kedua Amm tak balik rumah.

Megat Amran : Ok bye.

Sofia menghempaskan telefonnya. Nasib baik tepat kena sofa. Kalau tak dah berkecai dah! "Tak guna! Dia tak tanya langsung mana Nasha menghilang!" 

"Sofia, esok jelah fikir. Sekarang masuk tidur." Arahan Megat Iman dipatuhi Sofia.

~>♥♥♥<~

Faqihah memandang rakannya itu. "Wei, berhentilah menangis. Kalau kau asyik menangis je, nanti kau tak sihat. Kau jangan nangis lagi erk? Kita pergi sini untuk beribadah. Terima kasih erk sebab kau sudi keluar duit bawa aku pergi sini." Nasha mengesat air matanya. Dia menganguk.

"Faqi, kau sorang je tahu apa yang aku bagitahu ni. Aku nak kau tahu, apa yang aku buat semua ni bukan untuk suka-suka. Kau sorang je yang aku kenal tak pernah jumpa Tuan Megat..." Faqihah terkejut.
"Kenapa kau panggil..." Faqihah tidak menghabiskan ayatnya. Takut Nasha menangis lagi.

"Sambung jelah."

Faqihah menghabiskan ayat itu sekali nafas. "Kenapa kau panggil suami kau Tuan Megat bukan Amm?" Faqihah sudah maklum dengan panggilan itu.

"Aku takkan lagi anggap dia suami aku. Lepas setahun aku duduk kat Makkah ni, aku pergi Jordan. Aku nak jauhkan diri sejauh mungkin dari dia.Aku menyesal sebab janji aku pada kakak tak tertunai. Faqihah, kau pun tak ada sesiapa. Kau ikutlah aku ya?" Faqihah menganguk. "Jomlah kita pergi jalan-jalan. Aku nak makan. Lapar. Tahu, L.A.P.A.R tahu!" Berapa kali entah nak ulang tahu.

~>♥♥♥<~

"Amm, kenapa tak cari Nasha?" Sofia dan Amir cuba menguji Megat Amran. Mahu tahu jawapan Megat Amran. 

"Perlu ke? Amm lagi sanggup cari Atlantic dari cari Nasha." Megat Hakimi yang turut sama menguji Megat Amran tak semena-mena menampar anak tunggalnya itu.

"Megat Amran! Nasha tu pergi sebab kamu! Kalau apa-apa terjadi pada dia, kamu yang bertanggungjawab!" Kemarahan Megat Hakimi membara. "Kalau kamu tak jumpa Nasha dalam masa terdekat, kamu jangan harap akan dapat walau 1% pun syer Azayfa! Papa akan pastikan syer itu jatuh ke tangan Sofia!" Keras amaran Megat Amran.

"Not going to happen,  papa! Walau apa pun terjadi, Amm takkan cari perempuan tak guna tu!"


"Kau bukan sepupu aku yang dulu! Kalau apa-apa terjadi kat Nasha, kau orang pertama aku cari!" Penggunaan Amm-Sofia bertukar kepada kau-aku. Drastik perubahan Sofia. Tak semena-mena, Sofia keluar dari bilik itu dengan menghempaskan pintu sekuat hati. 

~>♥♥♥<~

"Amm, mana Nasha?" Kak Yas masuk ke pejabat Megat Amran. Hanya Kak Yas pekerja yang memanggil Megat Amran, Amm. Kak Yas juga rapat dengan Nasha selaku setiausaha Megat Amran.

Megat Amran diam tak menjawab. Termenung. Itulah yang sedang dilakukannya. Kak Yas terus mengetuk meja Megat Amran. "Mana Nasha Tuan Megat?" 

Megat Amran terkejut. "Na... Nasha..." Megat Amran tergagap. Sofia yang kebetulan masuk menyambung ayat Megat Amran.

"Nasha sambung belajar." Kak Yas melirik mata Sofia.

"Really?"

"No."

"So?"

"Dia lari sebab Amm." Kak Yas menganguk. 

"Amm tak cari dia?" Sofia hanya menjongket bahu.

~>♥♥♥<~

"Wey, aku rasa nak balik Malaysia. Nak tengok kakak dengan Amir." Faqihah hanya menganguk.

"Aku on je."

~>♥♥♥<~

Nasha menarik nafas sekali. Didail nombor Sofia.

Nasha : Assalammualaikum. 

Sofia   : Waalaikumsalam. Siapa ni?

Nasha : Ni adiklah.

Sofia   : Adik kat mana? Risau kakak! Hari tu Nasha cakap nak pergi jauh je. Tak beritahu tempat. Kakak nak merajuklah.

Nasha : Untuk ubati rajuk kakak tu, Nasha balik Malaysia okay? Lusa. Nasha dah beli tiket.

Sofia   : Tak cukup.

Nasha : Kita kenakan Amir?

Sofia   : Setuju!

Nasha : Kali ni susah sikit. Kakak kena letak sesuatu dalam air dia.

Sofia   : Ubat tidur macam Amm buat?

Nasha : Yup macam Tuan Megat buat.

Sofia   : Tuan Megat? Maksud adik?

Nasha : Err... kita rancang nanti jelah. Adik sakit perut bye!

Panggilan dimatikan. 

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^