Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 12 : Berserah pada-Nya
Sejak Nasha kemalangan, Megat Amran mula menunjukkan perubahan. Makin POSITIF dan bukan NEGATIF ya! Tiap hari dia pasti melawat Nasha. Tidur pun di wad. Setiap hari pasti bawa sejambak bunga untuk Nasha. "Afternoon Nasha! Sihat? Amm sihat je." Penggunaan kau-aku bertukar menjadi Nasha-Amm. Berapa kali entah nak tukar!

Plan yang dirancang Nasha dan Sofia pula...

"Ayah, nampak Sofia tak?" Megat Iman menjongket bahu. Dan sekali lagi, telefon berdering. Megat Iman menjawab panggilan itu. 

"Amir, siap cepat. Nasha dan Amm kemalangan! Sofia dah ada kat sana. Ayah nak telefon papa dan tok wan."

Megat Amran menggeleng kepala. "Nasha, bila Nasha nak bangun? Dah dua bulan Nasha macam ni." Megat Amran mengengam tangan Nasha.

Tiada pergerakan. Nasha kekal berbaring dan diam. Matanya terkatup rapat. "Nasha, ni Amm ada beli birthday present untuk Nasha. Nanti Nasha dah sedar bukak tau! Amm buat special untuk Nasha!" 

Sofia yang melihat di muka pintu hanya menahan sebak. Ditahan tangis supaya tak didengari Megat Amran. "Nasha sempat sedar ke?"

Bee-do bee-do bee-do! Nada dering Despicable Me atau Minion berdering. Sofia melihat nama pemanggil. Tengku Irman?

Sofia : Hello.

Tengku Irman : Hello Sofia. Where's your sister? I call tak jawab-jawab.

Sofia : Huh, dia kemalangan.

Tengku Irman : What? I tak tahu pun.

Sofia : You tak ada kena mengena dengan keluarga Nasha. Ok bye.

Puas hati Sofia. Padam muka kau! "Sofia, apa Sofia buat kat situ? Masuklah." Suara dari dalam wad kedengaran. Sofia menguak pintu wad itu.

"Amm, Sofia ada sesuatu nak bincang dengan Amm." Megat Amran mengangkat kening.

Sofia menghela nafas. "It's about your wedding with my sister. Lagi empat bulan genap setahun kamu berdua bersama. Amm masih nak ikut perancangan Amm?" Megat Amran menganguk selamba.

"Dah fikir habis? Betul nak tinggalkan Nasha?" Megat Amran menganguk. Sofia merengus perlahan. "Whatever you say."

~>♥♥♥<~

Megat Amran melangkah masuk ke dalam wad Nasha. Di tangannya terdapat banyak beg kertas. Erk? Apa cerita pulak ni? Lelaki shopping? "Assalammualaikum Nasha! Amm ada hadiah untuk Nasha. For me, everyday is your birthday!" Megat Amran duduk di sofa sebelah katil Nasha.


Lama kelamaan, dia tertidur dan tanpa disedari, jari jemari Nasha bergerak perlahan. Sofia yang kebetulan masuk ke wad Nasha terlihat insiden itu. Pantas dia menjerit memanggil doktor yang merawat Nasha. "Doktor, doktor!"

Megat Amran yang tersedar akibat jeritan Sofia segera melihat keadaan Nasha. Nasha sudah mula membuka mata. "Encik Megat, tolong keluar." Megat Amran keluar dari wad itu. Sofia menghilang.

Tak lama kemudian, Megat Iman, Megat Hakimi, Amir dan Sofia datang semula. Beberapa minit selepas itu, Doktor Nazifa keluar dari wad Nasha. "Alhamdullillah, Cik Nasha sudah sedar. Tetapi berdasarkan perbualan saya dengan dia, dia hanya ingat beberapa orang sahaja tak termasuk Megat Amran, Engku Sofia, Megat Iman dan Megat Hakimi." Terkesima Megat Amran mendengar penerangan Doktor Nazifa. Kembar dan ayahnya sendiri pun tak ingat?

"Doktor, boleh saya temankan Nasha?" Doktor Nazifa menganguk. Megat Amran masuk ke dalam wad Nasha. Nasha kelihatan sedang membelek-belek hadiah yang diberi Megat Amran.

"Nasha, Nasha tak ingat Amm?" Nasha menggeleng dan mengurut dahinya. Terasa pening menguasai kepala.

"Tak silap saya, awak... ouch!" 

"Tak perlu ingat diri Amm. Just call me Amm okay? I'm your husband. Hadiah yang Nasha belek tadi, Amm yang bagi. Suka?" Nasha tersenyum dan menganguk. Keychain, rantai dan gelang tangan tertulis nama Nasha Narissa, crown bunga, beg-beg Loius Vuitton dan giant bear yang memeluk teddy bear. Sweet. Ucap Nasha dalam hati.

"Thanks honey." Ayat itu di sebut untuk kali kedua. Berdesing telinga Megat Amran.

"Nasha, Nasha ingat kejadian dua bulan lalu?" 

"Tak berapa pasti. Benda terakhir Nasha ingat, Amir datang pujuk Nasha dekat beranda. Mana Amir?" Nasha mula membahasakan namanya. Apa fasal mamat tu yang kena sebut? Hati Megat Amran memarakkan unggun api.

"Kejap, Amm panggil dia." Megat Amran keluar dari wad Nasha. "Siapa yang nama dia Amir Zafril, masuk wad. Nasha panggil. Engku Sofia Safalissa kalau nak masuk sekali pun masuklah. Tapi jangan nangis sebab Nasha ingat buah hati Sofia je." Megat Amran melawak.

Amir tersengih lalu menjeling isteri kesayangannya itu. Ditarik tangan Sofia. "Kami masuk dulu. Amm, masuklah balik. Tak rindu Nasha ke?" Megat Hakimi dan Megat Iman ketawa mendengar ayat terakhir Amir. 

Melihat pipi merah Megat Amran, Megat Hakimi menyambung usikan. "Pakai blushing ke Amm?" 

"Aah, Nasha pakaikan mekap tadi." Balas Megat Amran. 

Sementara acara sesi lawak buat lawak di luar wad, Nasha dan Amir sibuk berbual. "Kau betul tak ingat dia siapa?" Nasha menggeleng.

"Really tak ingat?" Celah Sofia.

"Sikit, Safa..."

"Engku Sofia Safalissa a.k.a kakak, twins Nasha dan dia yang selalu ikut rancangan kau kenakan aku. Dua bulan lalu aku naik gila tengok dia tak ada kat rumah ayah sebab rancangan kau." Nasha tersengih."Kat rumah kau jelah sembang. Aku nak panggil 'madu' kau. Amm kahwin lagi satu lepas satu bulan kau asyik tidur je." Sofia mencubit lengan Amir.

Mata Nasha membulat. "Habis tu, buat apa dia kahwin dengan aku?"

"Amir gurau jelah. Dia maksudkan husband Nasha. Betul tak Amir?" Amir menganguk sambil tersengih.

"Wait, wait. Kakak tinggal." Tangan Sofia ditarik semula. Amir hanya menjongket bahu lalu keluar dari wad.

"Kakak, macam mana Nasha boleh kahwin dengan Amm?" Sofia tersenyum.

"Wasiat ibu dan mama err, Auntie Aynnur..." Mulut Nasha membulat. Dia menganguk.

Tiba-tiba seseorang masuk. Siapa lagi kalau bukan Megat Amran. "Duduklah, Amm. Sofia nak beli makanan untuk Nasha. Nasha nak makan apa?"

"Anything. Sementara tu Nasha nak belek hadiah." Megat Amran tersenyum. Sofia menganguk.

"Amm, kenapa Nasha duduk kat sini?" Megat Amran menelan air liur. Alamak apa aku nak bagitahu ni? Nanti kalau dia benci kat aku, habislah...

"Err... sebenarnya, Amm, Amm, Amm..." Megat Amran tergagap-gagap.

"Amm nak bunuh kau." Amir yang masuk selamba melempar kata.

"Aku suruh kakak tak balik ru... aduh!" Keadaan sekeliling kabur. Nasha pengsan.

~>♥♥♥<~

"Nasha, hari ni shopping nak tak?"

"Up to you. Nasha tak kisah. Lepas belajar masaklah." Nasha berkata sambil memotong bawang. Baru nak belajar masak?

"Bungee Jump!" Aktiviti memotong bawang terhenti. Megat Amran ketawa. Dia tahu yang Nasha gayat.

"Ta... tapi..." 

"Nasha gayat kan?" Nasha menganguk.

"Kalau macam tu, kita pergi shopping..." Megat Amran menarik nafas. "Loius Vuitton, Gucci, Prada, Channel, Covette!"

Nasha ketawa. "Macam pernah dengar je." Dia mengangkat sebelah kening.

"Nasha yang sebut dulu bila..." Bibir diketap.

"Bila?" Soal Nasha.

"Err, shopping satu keluarga, ya ya, aah.." 

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^