Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 15 : Dugaan
"Berhentilah menangis Amm. Tak macho lah macam tu." Pujuk Megat Hakimi. Mana tidaknya, Megat Amran menangis macam budak-budak.

"Kenapa Amm ajak dia jogging! Kenapa Amm tolak dia?" Megat Amran tak habis-habis menyalahkan dirinya sendiri.

"Calm down Amm. Bukan salah Amm." Kata Amir. Dia lalu menunjukkan isyarat. Megat Amran menganguk. Dia berjalan beriringan dengan Amir ke taman hospital. "Tadi si Im telefon. Dia tanya bila kau nak ceraikan Nasha. Dia ugut kalau kau tak lepaskan Nasha dalam tempoh terdekat, dia akan pastikan kau takkan dapat Nasha dan dia pun takkan dapat Nasha."

"Dia sanggup pertaruhkan nyawa Nasha? Dia ada hati ke tak?" Amir jungkit bahu.

"Tarikhnya minggu depankan?" Megat Amran menganguk lemah. "Kenapa kau asyik ikut cakap tok wan?"

"Adalah sebab musababnya. Nasha pernah cerita tentang Engku Maria?" Amir menganguk. "Tok wan minta aku kahwin dengan anak Engku Maria, Kaira Alissa. Aku tak nak. Serius aku tak nak. Sogoklah cek berbilion juta sekalipun aku tak nak. Tapi tok wan cakap itu permintaan terakhir sebelum dia pergi."

"Aku faham. Cuba kau pergi jumpa tok wan. Mana tahu hati dia terbuka untuk terima Nasha dengan Sofia." Megat Amran menganguk.

~>♥♥♥<~

Megat Amran sudah punya kekuatan untuk bertentang mata dengan Engku Zahra. "Assalammualaikum tok..." Engku Zahra menjawab salam.

"Tok, Amm merayu. Amm tak nak kahwin dengan Kaira. Tolong tok..."

Engku Zahra terkejut. "Kamu dah kena pukau dengan anak Khaisara tu ke? Kaira tu keturunan baik-baik bukan macam Nasha. Asal usul entah dari mana."

"Baik? Cuba tok baca berita ni." Terbelalak mata Engku Zahra. Barita bertajuk Sabotaj Memakan Diri itu. Terang terangan yang Kaira pernah ingin menjatuhkan syarikat Azayfa.

"Amm, kamu pasti?" Megat Amran menganguk lemah.

"Tapi tok, Amm memang berniat nak lepaskan Nasha atas sebab ugutan dari rakan niaga kita, Tengku Irman. Dia jadikan Nasha 'tembusan' selagi Amm tak lepaskan dia." Engku Zahra menggeleng.

"Fasal tu, lebih baik Amm dan Nasha pergi luar negara. Keselamatan kamu berdua terjamin. Kita cuma kena putuskan panggilan rakan niaga." 

"Yeay! Sayang tok!" Englu Zahra hanya tersenyum. Apalah salah Khaisara sampai dia terlalu membencinya separuh mati. Semasa kematian Engku Aynnur, dialah tempat bermanja pada Megat Amran. Megat Amran tak pernah berahsia dengannya. Megat Amran juga punya pengaruh kuat di sekolahnya. 

Selamilah perasaanku 
Dengarlah degup jantungku
Sejuta onak duri
Satu satu berganti

Nada dering khas untuk Nasha berdering. Dah sedar ke?

Megat Amran : Assalammualaikum. Nasha dah sedar?

Nasha : Amm ingat Nasha ni siapa? I have a good news for you!

Megat Amran : Apa benda?

Nasha : I'm back considering all you to me, Megat Amran! All! Aku sebut tagline tu masa shopping dengan Im bukan dengan satu keluarga! You lied to me! You know who am I? I'm your wife! 

Megat Amran : And you now who am I! I'm your husband! 

Nasha terkedu. Amir tersengih. Mendengar segala bahan bualan mereka berdua. Sebab? Nasha memasang pembesar suara.

Nasha : Sorry Amm. Nasha cuma tak tahan sebab Amm sampai hati tipu Nasha. Tapi apapun, bacon and eggs terakhir tu memang sedap.

Amir : Ni mesti masa Sofia lari dari akukan?

Megat Amran : Kau curi dengar ke apa?

Amir : Nasha adik aku, suka hati akulah.

Megat Amran : Pembetulan, dia adik ipar kau. 

Nasha : Tapi Nasha dah anggap macam abang. Dia lebih melindungi Nasha dari Amm. Dialah paling panik masa buah hati Amm suruh Nasha minum air pil khayal tu.

Megat Amran : Amboi! Nak merajuklah. Bye!

Penggilan dimatikan. "Nasha, aku tahu kau akan terkejut dengan apa aku kata ni." Amir bersuara. Nasha mengangkat kening. "Im cakap, selagi Amm tak lepaskan kau, kau akan jadi tembusan dia. Nyawa kau terancam sekarang."

Nasha jelas tak menunjukkan riak terkejut. "Aku tahu. Biarlah nyawa aku terancam, aku kisah apa. Kalau takdir tu dah takdir. Siapa boleh ubah? Kalau aku mati, aku nak ucap terima kasih kat kau sebab selalu layan karenah aku. Kau tak ubah macam penyelamat aku. Kau juga selamatkan nama keluarga aku sebab lelaki tak guna tu lari. Kesian kakak. Kakak tak payahlah ingat sangat pasal dia."

"Tak baik kau cakap macam tu. Amm menangis macam budak-budak sebab kau kemalangan. Jenuh kami nak memujuk. Makin dipujuk makin meraung. Dia kerap salahkan diri sendiri. Kau beruntung dapat dia. Yang tak beruntungnya kakak kau Sofia ni. Dapat aku. Tiap hari cemburu tengok aku rapat dengan kau. Betul tak sayang?" Sofia jungkit bahu. Agresif. Wajahnya menunjukkan riak normal. Tak terasa.

"Kakak aku dah merajuk dah tu. Huwaaa!" Nasha menangis ala budak kecil. Bukan pura-pura tapi betul-betul!

"Assalammualaikum." Seseorang menolak pintu wad. Tengku Irman?

"Apa kau buat kat sini? Kau tahukan yang aku dah ada suami. Jangan kacau aku atau Amm lagi! Kalau tak, kau akan menyesal 17 keturunan!" Ugut Nasha. Tengku Irman senyum.

"Amm akan lepaskan Nasha jugak. Dia taruhkan nyawa Nasha." Kata-kata Tengku Irman tidak Nasha percaya walau sepatah.

"Kau yang pertaruhkan nyawa aku! Kau dengar sini, kau jangan mimpilah nak jadikan aku bini kau. Aku hak milik Megat Amran Megat Hakimi buat selamanya!" Perkataan terakhir ditekankan. Megat Amran tidak jadi mengetuk pintu. Hanya mendengar perbalahan kata.

"Ada Im kisah! One day, you'll be mine! Forever!" Pangg! Satu tamparan mengenai pipi kiri Tengku Irman. Sofia jelas terkejut dengan perlakuan adiknya.

"Forever,  she's mine. Tak perlu kau kacau keluarga aku lagi Im." Pintu ditolak seiringan kata-kata.

"Im, out! Dengarkan apa yang mereka berdua cakap? Kalau tak dengar, boleh korek telinga tu dengan jentolak." Sindir Sofia. 

"Megat Amran Megat Hakimi, Nasha Narissa is mine." Ayat terakhir itu jelas menaikkan api kemarahan Nasha.

"Pergi matilah kau! Kacau orang tak berhenti!" Lalak Nasha.

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^