Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 14 : Hasutan Mak Engku
Mahu pekak telinga Megat Amran mendengar bebelan Nasha tak berhenti. "Kan Nasha dah cakap, fail tu lain kali jangan letak merata-rata! Tak pasal-pasal sekarang dah hilang! Walaupun Amm yang hilangkan, Nasha yang kena marah dengan ayah! Lain kali jangan asyik sibuk dengan tv aje! Bla, bla, bla, bla!"

"Sorry, Amm tak sengaja. Kalau Amm sengaja dan tahu Nasha bebel macam ni, Amm dah ambil dah fail tu. Nasha ni bebel macam ibu pulak!" Nasha diam. Dia terus berlari naik ke tingkat atas. 

Bumm! Pintu dihempas kuat. Esakan kedengaran. Megat Amran segera berlari naik ke bilik Nasha. "Nasha, sorry. Amm tak sengaja sebut nama arwah ibu. Berhentilah nangis. Kesian ibu kat sana. Dah jangan nangis. Keluarlah." Nasha tetap tidak keluar dari biliknya. Makin kuat esakannya adalah.

'Kena telefon Amir ni.' Megat Amran mendail nombor Amir.

15 minit kemudian, Amir dan Sofia tiba. "Kenapa dengan Nasha?" Soal Sofia.

"Tadi Amm tersebut nama ibu." Sofia menganguk. Patutlah Nasha sedih. Sofia melangkah naik ke bilik Nasha. Diketuk beberapa kali.

"Nasha, adik, keluarlah. Janganlah sedih. Kesian Amm. Dah lah kena bebel dengan Nasha. Ni dia kena susah payah nak pujuk Nasha pulak. Dah lah, keluar dik. Kalau adik keluar, nanti kita pergi lawat kubur ibu." Pintu dibuka. Sofia memimpin Nasha.

"Sorry Amm. Nasha over sangat." Megat Amran menganguk.

"Tak ape. Kita pergi kubur dulu lepas tu kita pergi KLCC ok?" Mereka semua menganguk tanda setuju cadangan Megat Amran.

~>♥♥♥<~

"Nasha, tak nak beg lagi ke?" 

"Tak naklah. Bersepah beg yang Amm bagi kat Nasha dalam bilik." Sofia menganguk. Ye tak ye jugak, Megat Amran hampir habiskan duit RM 30 000 untuk Nasha.

"Jomlah pergi Konikuniya. Nasha nak beli pen magis." 

"Novel?" 

"Boleh jugak. Tapi nanti tak boleh beli online..." 

"Siapa cakap tak boleh? Belilah berapa ribu pun kalau online." Nasha tersenyum lebar. Dia, Megat Amran, Sofia dan Amir berjalan ke arah kedai buku itu.

Sampai di situ, Nasha terus mencapai semua buku yang dia mahukan. Ulat bukulah katakan. "Belilah banyak sikit. Boleh isi dalam perpustakaan." Nasha menganguk. Semua buku dibolot. Dah Megat Amran yang belanja. Sebuah novel ambil dua buah. 

"Balik ni, buka laman web Kedai Blink. Nasha nak beli semua pakej!"

"Whatever you want dear..." Ucapan itu hanya bergema di dalam hati.

~>♥♥♥<~

"Amm, Nasha. Ni dah beli buku, rak buku, meja mekap, meja belajar and semua ni, takkan nak biar je kot?" Soal Sofia. Amir dari pergi membeli belah tadi sampai pulang ke rumah diam membisu.

"Ingat nak gotong royong tapi takut kakak dengan Amir penat." 

"Tak adalah. Kami tak penat. Betul tak Amir?" Ayat terakhir ditinggikan tonnya. Amir yang kelihatan asyik tersenguk-senguk macam nak tidur cepat-cepat menganguk.

"Kalau macam tu, Sofia dengan Nasha tolong susun-susun buku. Amir bawa pergi naik atas." Arah Megat Amran.

"Amm pulak?"

"Goyang kaki." Selamba Megat Amran menjawab. Dia duduk di sofa sambil di tangannya terletak remote Astro.

"Megat Amran!" Veto suara Nasha menguasai rumah itu. Megat Amran terus melompat. Riak wajahnye jelas terkejut mendengar jeritan Nasha. Ketawa terbahak-bahak Amir melihat situasi itu.

"Ok! Amm masak makanan special. Tujuh jenis makanan." Nasha tersenyum. Tahu takut.

"Barulah fair. Lain kali, jangan main-main dengan si Nasha." Kata Amir.

"Err, Sofia, Nasha cuba pergi tengok ikan koi kat luar tu. Belum makan lagi kot." Arah Amir. Sofia menarik tangan Nasha ke luar rumah.

"Aku cuma nak beritahu kau sesuatu. Qiara yang kau kenal tu, pernah buat sesuatu kat Nasha." Bisik Amir. "Dia hampir nak bunuh Nasha. Bukan tu je, dia pernah hantar orang datang rumah Nasha. Masa tu aku ada kat sana sebab mak suruh aku jaga Nasha dengan Sofia. Sepatutnya aku dah tak bernyawa." Terang Amir lagi.

"Kau tak pernah cerita pun." 

"Dulu aku mati-mati ingat yang kau hanya nak syer tu. Sebab tu aku tak bagitahu. Kau jadi lepaskan dia?" Megat Amran menganguk. Amir merengus. 

~>♥♥♥<~

"Finished!  Yeay!" Sorak Nasha. Dah macam budak kecil! 

"Tik tik hujan turun hujan turun. Tik tik titis membasahi bumi." Lagu ala Nursery rhymes itu  sering bermain di mulut Nasha setiap kali hujan turun.

Dia dan Sofia turun ke bawah. Mereka terus berlari keluar. "Ya allah! Main hujan? Mereka ni dah kenapa? Demam baru tahu!"

"Salah ke? Amir, kau kenal aku kan? Dulu kau yang selalu teman aku main."

"Nasha, kau ingat?" Cepatnya ingatannya kembali!

"Kakak nak cemburulah macam ni." Sofia memuncungkan mulut. Boleh ikat reben!

"Amm jomlah main sama!" Nasha berteriak. Megat Amran menggeleng. Tak nak aku! Demam nanti siapa nak uruskan Azayfa? 

Nasha yang melihat Megat Amran menggeleng berhenti bermain hujan. Tak nak main? Tengok teknik aku. Nasha pura-pura pengsan. Dapat dirasa dirinya didukung seseorang. Terdengar pula bebelan tak berhenti. "Jangan main hujan! Kan dah jadi macam ni! Dah demam dah! Bla bla bla..."

~>♥♥♥<~

"Kamu dengar ni Amm, tok dah tentukan jadi kamu ikut! Itu permintaan terakhir sebelum tok mati. Kamu kena ikut! Masa depan kamu lebih cerah bersama Kaira." Siapa Kaira? Kaira ialah anak kepada Maria yang sudah tiada lagi.

Tak ingin aku kahwin dengan dia! Buat dosa aje kerjanya. Pakai punya seksi. Lainlah Nasha. Sopan je. "Tapi tok..."

"Hidup Amm, tok uruskan." Panggilan dimatikan. Salah seribu kali salah dari mimpi aku. Tok memang bersubahat dengan Maria. 
~>♥♥♥<~

Nasha terduduk. Melepas aku hidang stik Amm semalam. "Dah bangun Nasha?" Nasha menganguk. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. "Semalam Nasha pengsan. Lain kali jangan main hujan. Badan Nasha panas malam tadi."

"Tak pergi office?"

"Sofia suruh jaga Nasha. By the way, jom teman Amm pergi jogging. Keluar peluh sikit." Nasha menganguk.

"Boleh jugak. Nasha siap sekarang. Amm tunggulah kat bawah. Bekal, air dah siap?" Megat Amran menganguk. Dia menuruni tangga tetapi tak berhenti di ruang tamu tapi ke bilik bacaan. Dia lalu duduk di belakang rak di satu sudut yang tersorok.

Sesuatu di keluarkan dari poket. Loket. Loket yang diserahkan oleh Engku Aynnur padanya. Gambar Nasha diletakkan bersebelahan dengan gambarnya. 

Nasha tercari-cari. Dipanggil nama Megat Amran berkali-kali. Panggilan kali ke-7 terasa seperti seseorang memakaikannya rantai. "Amm? Cantiknya!"

Megat Amran tersenyum lega. Nasib Nasha suka. "Ini, mama yang bagi. Jomlah pergi jogging. Berapa round?"

"Tiga!" Megat Amran menganguk. 

~>♥♥♥<~

Nasha berhenti mengejut. Wekk! "Okay tak?" Nasha menganguk. Dia meneruskan larian. Mereka merentasi jalan.

Nasha yang pening-pening lalat melintas tanpa dia sedar sebuah lori meluncur laju. Megat Amran menolak Nasha ke tepi. Kepala Nasha secara tak sengaja terkena batu. "Ya allah Nasha!"

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^