Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 19 : Masih Adakah Peluang Kedua
"Happy birthday Nasha!" Suara Megat Amran mengejutkan Nasha yang sedang mengelamun.

"Apa-apa jelah. Nasha dah besar, buat apa celebrate birthday lagi?" Dengus Nasha. Dah seminggu tak keluar bilik. Asyik-asyik drama aptasi novel! Asyik-asyik novel! Nasib baik Ilya dan Miqa masih terjaga.

"Up to you."

"Amm, Nasha keluar kejap." 

"Pergi mana?" Soal Megat Amran.

"Jumpa Im." Megat Amran menganguk. Rasa dia tersalah dengar. Mungkin Nasha nak jumpa Faqihah. "Nasha cakap nak jumpa Tengku Irman! Bukan Faqihah!"

Megat Amran memaling pandangannya ke arah Nasha. "For?" Nasha kenyit mata. Mulut Megat Amran membulat.

~>♥♥♥<~

"Aku dah ada anak boleh atau tidak jangan kacau keluarga aku?" Nasha meletakkan beg tangannya di atas meja. Nasib nada masih rendah.

"Kau nampak ni?" Sekeping gambar diberikan pada Nasha. Nasha melihat tidak percaya. Matanya berair. Nasha menggeleng.

"Tak... tak mungkin. Gambar ni tipu." Nasha menafikan apa yang dilihat di mata. 

"You see with your eyes Nasha. Apa yang dinafikan lagi?" Tengku Irman tersenyum. Dapat juga butakan mata Nasha.

"No! You're lied to me!" Gambar itu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Tengku Irman tersenyum. Janjinya sudah tertunai. Janji akan merobohkan mahligai Nasha dan Megat Amran.

~>♥♥♥<~

Nasha melemparkan gambar itu ke muka Megat Amran. Air matanya mengalir. "Apa motif Amm sebenarnya?" Megat Amran kaget.

"Nasha..." Nasha menggeleng. Tak perlu penjelasan. Kedua tangan Nasha ditarik. Di gengam. Air mata Nasha dikesat. "Sorry. Of course you want know the truth right?" Nasha menganguk.

"Gambar tu tipu. Sumpah. Only loser do like that. Sejak Nasha datang dalam hidup Amm, semuanya berubah. Sikap playboy Amm buang. Sikap prihatin dengan Nasha Amm tanam. Really. Cuma kadang-kadang, sifat Nasha yang suka menempik, tak pemaaf dan pemarah buat Amm jadi marah dan hilang kesabaran. Nasha suka sorang-sorang lepas tu meracau tengah malam. Setiap malam, Amm jaga Nasha. Takut kalau Nasha sakit atau apa." Panjang lebar penjelasan Megat Amran. Nasha memukul bahu Megat Amran.

"Ok, if I forgive you, Nasha nak Amm tunaikan satu permintaan Nasha." Megat Amran angkat kening. "Kita pergi honeymoon." 

"Tak boleh." Nasha sudah angkat kaki. Megat Amran menarik tangannya. Di dudukkan Nasha di sofa. "Gurau jelah..." Megat Amran mencubit hidung Nasha.

~>♥♥♥<~

"Baguslah, mereka dah berbaik. Alhamdullillah." Ucap Megat Hakimi. Megat Iman tersengih-sengih. Berguna jugak idea CCTV tu.

"Kalau arwah Aynnur dan arwah Khaisara ada, mesti mereka dan berpelukan sekarang." 

"Mereka dah pergi Abang Iman. Apa lagi kita nak buat?" Megat Iman tersenyum sumbing.

~>♥♥♥<~

"Pergi Switzerland, Paris, Australia and Makkah? Bestnya. Amir bawa kakak pergi New York dengan New Zealand je kot." Gurau Sofia. Cemburu mendengar destinasi bulan madu Megat Amran dan Nasha. 

"Amir, kau bukan cakap dengan aku dulu kau nak bawak kakak pergi lima tempat ke?" Perli Nasha.

"Betullah lima tempat. Airport, New York, airport kat New York, New Zealand dengan airport kat New Zealand." Sofia menarik telinga Amir.

"Ulang sekali lagi kalau berani."

"Sorry... bulan depan kita pergilah lagi. Kali ni Amir janji Amir bawak pergi butik LV." Sofia bersorak. Hanya Megat Amran yang monyok.

"Kenapa Amm?" 

"Ilya dengan Miqa macam mana?"

"Kakak boleh jaga." Tiga patah yang menenangkan Megat Amran. Bahu Nasha dipeluk mesra.

"Eee... gelilah." Manja nada suara Nasha. Megat Amran meniup leher Nasha. Mengekek Nasha ketawa. Comel. "Dahlah, geli." Megat Amran berhenti. 

"Nasha jangan gerak. Jangan gerak..." Megat Amran memandang Nasha. "Dah tak ada." 

"Apa yang tak ada?" Soal Nasha pelik.

"Perangai kasar Nasha..." Nasha mencubit lengan Megat Amran. Megat Amran mengaduh.

"Nasha nak tahu tak?" Nasha mengangkat kening. "Gambar tu memang tipu. Amm memang playboy tapi dia tak pernah buat macam tu. Kakak dah kenal Amm 23 tahun lamanya." Nasha menganguk. Dia tahu...

~>♥♥♥<~

"Macam mana plan aku tak menjadi? Amm tak layak untuk Nasha." Marah Tengku Irman. Kaira yang mendengar mahu saja mencili mulut Tengku Irman.

"Tengku, Nasha hanya layak untuk Tengku. Kaira tahu. Dan hanya Kaira yang layak untuk Megat." Tengku Irman tersenyum. Kaira selalu menyokong dirinya. Mereka juga bagai adik beradik. 

~>♥♥♥<~

Megat Hakimi tersenyum. Nombor Nasha didail.

Megat Hakimi : Assalammualaikum Nasha.

Nasha : Waalaikumsalam papa. Kenapa alih-alih telefon Nasha ni? Nak cakap dengan Amm ke?

Megat Hakimi : Amm mesti tengah tidur. Hal yang papa bagitahu dengan Nasha ni rahsiakan pada Amm.

Nasha : Insyaallah...

Megat Hakimi : Kaira dengan Im kemalangan.

Nasha : Innalillah wa Innalillah hirojiun. Kaira anak Engku Maria?

Megat Hakimi : Ya. Papa ada meeting sekarang. Kirim salam pada Amm. Assalammualaikum. 

Nasha : Insyaallah, waalaikumsalam.

Megat Hakimi menarik nafas lega. Harapnya Amm tak tahu...


f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^