Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 2 : Kembali atau...
Delisya mula belajar akan kesilapannya. Selepas mengikuti kaunseling, Delisya sentiasa mengikut rakan-rakannya berdating. Berdating kat mana? Kat rumah teres milik Delisya. Belajar dan belajar. Bukan belajar tentang pelajaran je, tapi belajar masak sekali tau! Sampai budak lelaki pun pandai masak dah! 

Di satu sudut, terlihat seorang jejaka tampan bersandar malas. Poyo doh gaya dia. Rasa macam nak muntah darah! "Delisya Deannz, apa lagi yang kau nak rahsiakan? Semua ada dalam poket aku." Dia berdialog seorangan.

Gambar di poketnya dikeluarkan. Comel betul Delisya masa kecil. Kulit putih. Mata biru kehijauan semula jadi. Mata dia sama macam mata perempuan yang tumpang rumah Toh Puan Sri Narisa masa mengandungkan dia. Namanya Rose Deannz. Sebab tu nama Deannz ada pada Delisya.

Nama sebenar Delisya ialah Delisya Wilis Deannz. Panjang tak? Tapi dipendekkan. "Cute gila! Siapa ni?" Kedengaran suara Dani memecahkan lamunan Firash.

"Delisya Wilis Deannz. Wilis nama mata biru dia yang comel tu. Deannz nama perempuan yang datang menumpang rumah mak long aku masa mengandungkan Delisya, Rose Deannz." Dani menjulingkan mata ke atas.

"Panjang betul. Maksud kau nama Wilis tu memang tersembunyi?" Firash memandang ke atas sementara.

"Tak, Wilis tu nama yang tak terdaftar. Hanya aku, arwah mak long, arwah pak long dan ummi aku je tahu. Kau orang kelima yang tahu. Jangan beritahu sesiapa. Tak fasal-fasal si Delisya tu menangis teringatkan arwah mak long dan pak long." Dani menganguk faham.

"Jomlah, Shafiah nak kau rasa nasi goreng pattaya dia." Firash berjalan terus ke meja makan. Nasi goreng pattaya yang dibuat Shafiah terhidang di atas meja.

"Makanlah. Ni first punya cubaan." Lembut Shafiah menyapa. Firash memulakan suapan. Ternyata...

"Uwek, uwek! Kenapa rasanya manis?" Manis? "Cuba rasa, Dani." Reaksi Dani juga sama. 

"Mungkin tersalah ambil garam kepada gula." Boleh jadi fakta kata-kata Aliea. Delisya diam memikirkan apa yang terjadi.

"Biar aku cuba elokkan." Delisya mengangkat pinggan itu kemudian membanya ke dapur. Lima minit kemudian, dia menghidangkan semula nasi pattaya itu. "Cuba rasa." 

"Sedaplah." Komen Firash. "Macam mana Delisya buat?"

"Letak garam sikit then gaul dan hidang semula." Semua menganguk. Rata-rata memuji Delisya. "Shafiah, percubaan kali pertama ni boleh dapat B. Cuba lagi sekali insyaallah jadi nama kelas kita." Semua ketawa. 3 APlus? "Masa untuk hidangan istimewa. Nasi pattaya dah ada, karipap daging dah ada, cupcake dah ada, tempoyak ada, ulam ada, nasi putih pun ada."

Semua ternanti-nanti hidangan istimewa yang pastinya dibuat Masterchef TBA. Delisya membuka penutup makanan yang mendebarkan. "Ini dia... ayam masak lemak! Kegemaran korang." Meleleh melihat ayam masak lemak. Sedap tu! Makan dengan ulam, tempoyak dan sambal belacan. Sedap!

"Esok semua puasa." Mendengar arahan Qiazara, yang lelaki mengeluh. Yang perempuan pula beryes-yes. 

"Tak boleh minggu depan ke Zaraa?" Soal Dani. 

"Boleh blah. Esok siapa yang puasa dapat makan stik dan chicken chop." Umum Delisya.

"Okey, kami puasa!" Serentak semua berkata.

~>♥♥♥<~

"Kakak Desha!" Delisya menjerit. Desharina terus memaling muka. Wajahnya memutikkan senyuman melihat TBA.

"Kenapa Dean?" Huhu, kenapa TMG panggil Delisya dengan nama Dean? 

"Kami nak tolong susun buku. Sebab hari ni kami puasa. Boleh kak?" Desharina menganguk.

"Dua orang rak dongeng. Empat orang rak novel remaja bahasa melayu. Empat orang jugak rak novel remaha bahasa inggeris. Selebihnya sastera, geografi, sejarah dan sains." Arah Desharina. Semua menganguk.

"Kakak, tadi Aleef buah hati kakak cari kakak." Desharina sudah merah muka. "Dia cakap nak minta dokumen buku-buku baru dan nama pustakawan dan murid yang terlibat dengan TMG." Desharina menganguk.

"Macam mana Delisya tahu Aleef tu buah hati kak Desha?" Kening diangkat. Tak nak jawablah tu. 

"Dah Delisya adik kan..." Delisya menzip mulutnya semula. "Adik angkat." Jauhnya beza. Tapi kalau ikut DNA...

"Kalau dah adik kandung tu cakap jelah." Tempik Shafiah. Delisya jongket bahu. Langkah dituju ke rak dongeng. Boleh curi-curi baca buku dongeng.

~>♥♥♥<~

"Eh, stop!" Adam menjerit tiba-tiba. Serentak itu semua berhenti dari berjalan. "Where's Izzat and Alisya?" 

"Kat sini!" Izzat dan Alisya keluar dari makmal komputer. "Tadi cari disket diari Alisya." Semua menganguk.

"Hurm... korang tahu tak kenapa hari ni Zaraa suruh kita puasa?" Soal Firash. Delisya tersengih. Dia memang tahu. "Hari nikan birthday Delisya. Betul tak Dani?" Dani teranguk. Dia tahulah.

"Ikut khatulistiwa." Ujar Delisya. "Esok kita keluar pergi Sunway. Nak main ice skating."

"Aku tak nak! Seram dude! Jatuh terhentak kepala mati!" Jerit Amier tiba-tiba. Delisya sudah mengepal penumbuk.

"Mulut lu jangan celopar sekali gua tumbuk melayang!" Badan Amier yang kecil itu memang senang melayang. Tiup sikit dah melayang!

"Apa kata kita pergi Genting je?" Cadang Hanie.

"Hurm... boleh jugak." Angguk Delisya.

~>♥♥♥<~

"Kalau korang nak dating dua-dua pergilah. Aku nak jumpa Tengku." Tengku? Siapa Tengku?  Bukan Tengku Adam Kamil The Wedding Breaker tau! Nak tahu? Nama penuh dia Tengku Hakeem Hazrif. Double H. 

"Nak kena buli dengan Tengku lah. Tak boleh. Tak dibenarkan. Titik." Larang Firash. Tapi sayang, Delisya dah chaw dulu.

"Tapi bukan Tengku dekat Manchester ke?" Semua memandang Adam. "Bila masa dia balik?" Firash pantas mendail nombor Hakeem.

"Dia still dekat Manchester." Semua tercengang. Delisya nak jumpa siapa sebenarnya?

"Hanie ikut dia. Jangan sampai hilang jejak!" Arah Adam. Masing-masing cemas. Hanie terus berlari mengikut Delisya. Yang lain cepat-cepat memakai cermin mata hitam dan mengepung dari depan dan belakang. Delisya ni kadang-kadang susah nak faham. Kejap ya kejap tak. 

Semasa semua risau akan Delisya, Shafiah monyok. Benci dengan perhatian yang terlebih terhadap Delisya. Ikutkan hati, dia tak mahu ikut ke Genting Highland sekali. Tetapi lepas dipaksa tetap terpaksa. Firash memberikan perhatian lebih kepada Delisya. Tahulah Delisya tu adik dua pupu dia. Dua pupu je kot. Bukannya adik kandung!

Delisya berhenti tiba-tiba. Terasa diri diekori. Atas bawah depan belakang dia pandang. Tapi tak cam ahli-ahli TBA. Sebab Delisya ni amnesia sikit. Nasib nama sendiri tak lupa. Delisya menyambung perjalanannya ke sebuah restoran. Delisya duduk di meja yang sudah ada penghuni. Tak mungkinlah. Itu...

Rose Deannz!!!

Firash cam muka itu. Deannz pernah datang ke rumahnya untuk bertanyakan tentang Toh Puan Sri Khalisya. Deannz berkawan baik dengan Puan Sri Khalisya. Dari University Cambridge lagi. Hanie dan Nazrin mengambil tempat dekat dengan Delisya dan Deannz. Deannz petah berbahasa melayu.

"Kak Deannz sihat?" Kedengaran Delisya bertanya.

"Sihat Delisya. Kakak dah masuk Islam sekarang. Kakak dah berhijrah. Tapi nama kakak kekal Rose Deannz." Jawab Deannz tenang. "Kamu datang ke sini dengan siapa Delisya? Masakan berseorangan."

"Oh, Delisya datang dengan kawan-kawan baik Delisya. Mereka baik sangat kak. Sejak kejadian yang melibatkan maut tu, merekalah yang banyak beri semangat dan motivasi. Tetapi kejadian helikopter yang terhempas tu still ada dalam kepala." Sayu nada Delisya. Deannz memegang bahunya.

"Tabah. Arwah Khalisya memang baik. Dia cantik, sama seperti kamu. Mata dia tak ikut kamu. Ikut kakak. Biru kehijauan." Delisya menganguk. Nasib mutiara matanya belum tumpah. "Minggu depan kita jumpa lagi. Ingat, PMR itu adalah penentu hidup kamu sama ada berjaya atau tidak. Kalau kamu berjaya dan SPM pun kamu berjaya, insyaallah syarikat Cardya Holding akan jatuh ke tangan kamu."

Delisya menganguk. Selepas bersalaman dengan Deannz, Delisya termenung di situ. Hanie mula mendekati Delisya. "Del, tadi kami cari kau. Kat sini kau rupanya! Jomlah pergi naik roller coaster!" Hanie terus menarik tangan Delisya. 

"Kejaplah."

~>♥♥♥<~

Delisya menunduk. Dia seakan melarikan diri dari tenungan Shafiah. Shafiah merenungnya tajam. Malah lagi tajam dari renungan ahli. Dia tahu semua marah padanya. Merisaukan orang lain! Tengku Hakeem Hazrif masih di Manchester. "Straight to the point. Kau jumpa siapa tadi?" Suara Dani kedengaran serius.

"Aku tak jumpa sesiapa. Aku pergi makan." Harapnya semua percaya.

"Ok, kami percaya." Pendek kata Danish. Nafas lega ditarik. Muka diangkat semula. 

~>♥♥♥<~

Masa yang ditakuti muncul akhirnya. Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah sudah tiba! Tetapi bagi TBA, anggap sahaja peperiksaan kedua besar ini adalah sebuah pertandingan. Bila ada pertandingan siapa yang nak kalah? Mesti nak menangkan?

~>♥♥♥<~

Rehat itu, ahli-ahli TBA amatlah bertuah! Terlalu bertuah! Mana taknya, Delisya membawa nasi lemak kerang untuk mereka! Dan yang pasti nasi lemak Delisya tida letak santan. Boleh tertidur masa menjawab nanti! "Makanlah banyak-banyak. Petang ni study aku bawak makaroni je ok? Kalau makan banyak-banyak petang nanti ngantuk pulak."

"Makaroni? Baru semalam aku mengidam nak makan makaroni." Ujar Adam.

"Kau perempuan mengandung ke nak mengidam?" Gurau Firash. Belum sempat Adam membalas loceng sudah berbunyi. Nasib semua sudah makan.

~>♥♥♥<~

Dua bulan kemudian...

Semua murid PMR berdebar-debar. Seram rasanya. Adam mengambil keputusan untuk melihat list murid yang mendapat 8A. Peluh mula menitik. 20 orang mendapat 8A.

Murid Yang Mendapat 8A (20 orang)

1. Nur Hanie Syafia (3 Aktif)

2. Delisya Deannz (3 Aktif)

3. Adam Aiman (3 Aktif)

4. Aliea Alysya (3 Aktif)

5. Shafiah Nor Faqikah (3 Aktif)

6. Norul Syakira (3 Aktif)

7. Danish Daniel (3 Aktif)

8. Qiazara Betrisya (3 Aktif)

9. Daniel Haikal (3 Aktif)

10. Nur Elina (3 Aktif)

11. Amier Fakri (3 Aktif)

12. Azzat Syakir (3 Aktif)


13. Alisya Balqis Cempaka (3 Aktif)

14. Nazrin Fareez (3 Aktif)

15. Syukri Zackwan (3 Aktif)

16. Firash Mikhael (3 Aktif)

17. Maisya Humaira (3 Aktif)

18. Siti Sophiea (3 Baik)

19. Sofy Qaliesyia (3 Baik)

20. Adriena Nasifa (3 Dedikasi)

Adam terkaku. Sofy Qaliesyia? Tak mungkin! Sofy kembali? Lagilah tak mungkin! Adam yang kaku tadi terus berlari ke perpustakaan di mana tempat TBA berkumpul semasa dia ke foyer tadi. 

Tiba di perpustakaan, dia termengah-mengah. "Kenapa Adam?" Soal Qiazara.

"Sofy kembali!"




f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^