Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post


Bab 3 : Si perahsia, Delisya Deannz
Delisya asyik termenung dari tadi. Firash yang melihat jadi tak senang. Apa kena pulak dengan Delisya ni. Nanti Datin Nina tuduh dia buat apa-apa dekat si Delisya. "Delisya kenapa ni?"

"Nothing." Delisya menjawab tetapi mukanya tetap terhadap pada jendela bilik. Firash memikir sesuatu. Langkah di hala ke meja belajar Delisya. Dikeluarkan sekeping gambar.

"Cakap kalau tak Firash bakar gambar ni!" Delisya menoleh. Alamak ai! Tu gambar terakhir dia dengan Hareef Danial, anak saudara arwah Puan Sri Khalisya a.k.a buah hati dia!

"Okey, Delisya beritahu but not now." Firash sudah pasang pemetik api. "Okey duduklah dulu. Delisya beritahu." Firash tersengih. Tahu takut!

~>♥♥♥<~

Datin Nina memandang Delisya yang dari tadi hanya termenung. Stik dihadapannya langsung tak disentuh. Ni mesti Firash buat apa-apa. "Dear, kenapa ni?" Delisya menggeleng perlahan. "Firash?" Firash geleng.

"Delisya tak sihat je." Jawab Delisya. Pandai betul kaver! Padahal nak menangis je.

"Penipu. Dia kena buli lagi ibu!" Delisya memandang Firash di sebelahnya. Lengan Firash terus dicubit. "Sakitlah!" 

"Delisya, siapa buli adik?" Disebabkan Firash tiada adik, jadi Delisya jadi mangsa kena panggil adik.

"Firash yang buli. Tadi dia nak bakar gambar Delisya." Ambik kau! Pepandai pecahkan rahsia aku.

"Firash, kamu ni memang sengaja kacau adik kamu. Kalau dia buat lagi, beritahu ibu. Ibu denda dia jadi pembantu adik." Firash mengingati apa yang dibuat Delisya pabila didenda menjadi pembantu Delisya. Delisya tak pernah suruh dia buat apa-apa. Dia yang suruh adalah.

"Semalam pun dia buat ibu." 

"Firash Mikhael... perlu atau tidak?" Firash hanya menganguk. Kena hukum lagi...

~>♥♥♥<~

TBA memandang Delisya. Bukan lagi pelik perangai si Delisya ni. Semalam punyalah diam, hari ni macam ngelak je. "What happened to you Delisya?" Soal Adam.

Tetapi soalan tak berjawab. "Delisya, mesyuarat." Aakif datang menegur Delisya. Delisya menganguk.

"Mesyuarat dengan badan tertinggi ke?" Aakif menganguk. "Jadi... kak Desha pun ada ke?" Aakif memandang Delisya sekilas.

"Yup. Awak kira bertuah dapat jadi ketua pengawas pusat sumber sekolah. Sepatutnya, Desharina tapi peliknya dia tolak. Nak jadi penolong macam buah hati dia." Delisya ketawa kecil. 

"Did you mean your twins?" Aakif menganguk. Twins dia? Aleef?

Firash, Nazrin dan Hanie memerhati Delisya dan Aakif. Timbul rasa sakit hati. Mudah sungguh Delisya ketawa di tangan Aakif. Hati Firash pula rasa cemburu. Rasa suka pada penolongnya merangkap adik dua pupunya mula berbuih. Tetapi dia sedar, perasaan itu perlu dipadam sebelum diketahui Shafiah. 

~>♥♥♥<~

Di bilik mesyuarat...

Firash yang juga badan tertinggi pengawas hanya mampu melihat Delisya yang mudah ketawa bila bersama dengan orang lain yang pastinya bukan ahli The Blinky A. Lagi-lagi apabila bersama Hakeef. Mungkin Delisya teringatkan Hareef. 

"Mesyuarat kita akan dimulakan sebentar lagi. Diminta semua diam." Terdengar suara Qiasara, setiausaha pengawas berucap pendek. Semua diam. Yelah, Qiasara tu garang. Boleh kena rotan kalau dengan dia!

Puan Nadrah dan Puan Nadzirah sudah masuk ke bilik mesyuarat. "Diminta Delisya Deannz ke hadapan." Delisya berdiri.

"Assalammualaikum w.b.t rakan-rakan. Berdirinya saya di sini untuk memberitahu tentang drama untuk mengutip dana untuk menambah buku-buku dan..." mereka dikejutkan dengan jeritan seseorang di luar bilik mesyuarat. Delisya kenal suara itu. Hanie! Delisya terus meluru keluar dari bilik itu.

~>♥♥♥<~

Delisya duduk memangku Hanie yang pengsan. Apa sebenarnya yang terjadi? Hanie menjerit dan pengsan tiba-tiba. Pandangan dihalakan pada Nazrin yang baru keluar dari perpustakaan di depan bilik mesyuarat. "Nazrin, kenapa dengan Hanie? Apa dah jadi sebenarnya? Drama apa ni?" Nazrin menggeleng. Seingatnya, TBA tiada merancang apa-apa. Melainkan...

"The Five S! Nazrin, tadi Sofy ada keluar?" Tebak Delisya. 

"Tak ada. Dia masih kat bilik tayangan. Kawan-kawan dia pun sama. Dari tadi Zaraa dan Adam perhatikan mereka. Seorang pun tak keluar." Delisya menganguk.

~>♥♥♥<~

"Sebab darah je? Innalillah kau ni Hanie! Buat kejut aku je!" Hanie tersengih. 

"Sorrylah. Aku lupa nak beritahu korang. Aku mabuk darah." Delisya tersenyum. Hanie dipeluk.

"Korang semua ni kalau tak ada aku, semua dah macam orang mabuk. Tak boleh nak urus diri sendiri! Kalau nak pergi mana-mana, mesti berdua. Asalkan jangan erm, erm sudahlah." Ha'ahlah cik Delisya. Jangan berdua-duaan lelaki perempuan sudahlah.

~>♥♥♥<~

Keesokan harinya....

Setelah diberitahu Delisya, mereka memulakan pengambaran. "Delisya, tengok buku watak." Delisya menggeleng.

"Tak boleh!" Firash angkat kening. Tak nak ek?

"Tak nak tak apa. Tapi kalau Firash peluk nanti..." 

"Firash buatlah kalau berani. Nampak tu." Shafiah dan ahli TBA yang lain melambai. Delisya membalas lambaian mereka. Firash mendengus kasar. 

Delisya mendekati Hakeef. "Hakeef, ni dia watak yang saya dah atur." Hakeef menilik watak-watak itu.

Watak untuk drama Ariana Rose

Ariana Rose - Desharina Darisya
Tengku Adam Kamil - Aleef Zafril
Harith - Hakeef Zafuan
Liyana - Delisya Deannz
Ramzul - Firash Mikhael

"Watak tambahan awak uruskan boleh tak?" Hakeef menganguk. Delisya tersenyum. Mata mereka bertemu.

"Ehem, buat drama nampak?" Serentak ahli TBA berkata. Ish, kacau line betul!

"Drama? Ha'ah. Drama Ariana Rose. Ada masalah?" Selamba Delisya menjawab.

"Sampai hati kau. Sejak jumpa buah hati baru, kami pun kau tak hiraukan." Adam bernada merajuk.

"Eh, tolong sikit! Buah hati aku dua orang je kat dunia. Tak ada siapa boleh ganti mereka. Walaupun mereka dah mati..." ayat terakhir mengubah nada.

"Dahlah. Kalau kau meratap lagi, roh mereka tak tenang." Delisya menganguk.

"Hurm... aku dengan Hakeef pergi dulu. Kokurikulum petang ni don't worry. Aku bawak makanan. Tapi sekarang kita tak boleh borak. Aku ada kerja. Ulalala guys!" Delisya berlalu bersama Hakeef.

~>♥♥♥<~

Lakonan mereka mendapat sambutan terhangat. Betul-betul sama seperti dalam televisyen! Dan lakonan yang paling mendapat pujian, pastinya lakonan Desharina dan Delisya. Cool!

~>♥♥♥<~

"Aku pergi dulu." Ahli-ahli TBA sudah tarik muka masam.

"Kau ni kan, tak pernah nak ada masa untuk kami! Asyik-asyik Hakeef. Waktu petang kau tak keluar rumah! Kami cari top-top kau pergi berbasikal dengan Hakeef dengan abang kembar dia! Kau tahu tak, bahaya! Aku ulang lagi sekali BAHAYA! Kalau apa-apa jadi kat kau, apa kami nak jawab dengan kak Deannz? Lebih baik kau keluar dari kumpulan ni terus! Pergi menggedik dengan Hakeef!" Terkedu Delisya mendengar kata-kata Nazrin.

"Korang yang nak kan? Aku pergi! Fine!" Delisya terus melangkah. Kali ini tiada siapa pergi mengintip. 

"Nazrin, tak baik kau cakap dia macam tu. Delisya tu kalau merajuk bukan senang nak pujuk dia. Tak percaya tanya Firash. Firash pernah bergaduh dengan Delisya enam bulan!" Alisya menegur. Nazrin diam.

"Aku kisah apa. Korang sendiri nampakkan? Dia setiap masa nak berkepit dengan Hakeef je." Nazrin bersuara.

"Terpulang. Aku nak jumpa Delisya dan minta maaf kat dia. Kalau korang tak terima dia sama macam korang tak terima aku!" Alisya berdiri mengejar Delisya. Sudah!

"Aku pun nak pergi!" Hanie dan Syakira berkata serentak. Mereka terus mengikut Alisya dan Delisya. Adam tepuk dahi.

"Masalah besar betul lah! Daripada 17 jadi 13! Apa kau dah buat ni Naz?" Qiazara bersuara.

Firash yang diam dari tadi tak berani berkata-kata.  Seram rasanya. Elina, Dani, Izzat dan yang lain kekal diam. "Oh, sekarang aku pulak disalahkan? Great! Aku pulak yang jadi mangsa! Salah dialah! Kita tak dia hiraukan! Kalau korang sayangkan dia sangat, pergi kejar dia! Tapi ingat, selangkah korang kejar dia, korang bukan kawan aku!" Adam berdiri.

"Wow! Taruhkan persahabatan nampak! Aku tak sangka. Ini Nazrin Fareez yang aku kenal sejak tahun satu!" Nazrin sudah mengengam penumbuk. 

"Astagfirullah halazim. Nazrin, Adam. Kenapa dengan kamu berdua? Mana Delisya?" Deannz yang kebetulan ada di sekolah itu menegur.

"Kakak, Nazrin halau Delisya tadi." Elina bersuara. Deannz menggeleng.

"Kamu semua dah 16 tahun. Fikirkan sendiri." Deannz berlalu. Deannz sebenarnya adalah pemilik sekolah itu. Deannz juga ketua PIBG sekolah itu.

~>♥♥♥<~

Delisya berkurung di dalam bilik. Di sekolah juga dia tak masuk kelas. Dia pergi perpustakaan bawah tanah. Mengurung diri sambil membaca buku. Bila loceng pulang sudah bunyi, tunggu lagi 20 minit baru keluar. Nasib kunci perpustakaan dia yang pegang.

Firash bagai mahu memecahkan pintu biliknya. "Firash, kau jangan kacau aku! Kau sama je macam diorang!" Tangisan kedengaran. 

"Delisya keluarlah. Nazrin datang nak minta maaf." Tangisan terhenti.

"So? I don't care. Maaf takkan ubah apa-apa." Nada dikuatkan sedikit. 

"Delisya keluarlah. Aku minta maaf. Sorry. Kalau kau tak nak maafkan aku tak apa asalkan kau masih berkawan dengan TBA." 

~>♥♥♥<~

Delisya diam. Dipaksa duduk semeja dengan ahli TBA, ikutkan hati memang dia tak nak. Tapi gambar dengan Hareef ada dengan Firash. Memang jadi tawanan. "Hanie, bola jaring nanti, kau ganti aku ok? Aku rasa tak sihatlah." Hanie meletakkan tangan ke dahi Delisya. Panas. Muka pucat. 

"Hurm, aku GK. Kau tahukan, aku bukan mahir sampai boleh jadi GA." Hanie beralasan. Tetapi Delisya dah buat muka comel. "Ok, ok." Kini mata Delisya tertancap pada Alisya. Kemudian pada Elina dan berhenti pada Shafiah.

"Kenapa kau pandang aku, Elina dengan Fia macam tu?" Soal Alisya. Delisya senyum.

"Jadi seseorang yang lebih berahsia, itu impian aku." Ayat Delisya tanda dia tak mahu memberitahu sebabnya.

~>♥♥♥<~

Delisya memandang wajahnya di cermin. Pucat. Delisya tersenyum. Dah lama jugak tak shopping. Nombor Adam didail.

Delisya : Assalammualaikum Adam!

Adam : Waalaikumsalam. Ni alih-alih telefon kenapa? Rindu?

Delisya : Tak ada maknanya! Nanti beritahu TBA, esok shopping. Bosan ah duduk rumah.

Adam : No prob! Bye, assalammualaikum.

Delisya : Waalaikumsalam. 

Hati Delisya berbunga riang. Yeay! Langkah diatur ke ruang membaca. TBA pun ada? "Adam Aiman!!!"

~>♥♥♥<~

Muka Delisya kembali monyok. Makin lama makin sensetif pulak budak ni. "Sorrylah. Janganlah sensetif sangat." 

"Okay." Pendek balasan Delisya. Apa entah salah Adam sampai dia merajuk sakan! "Korang, hari ni kita pergi Sunway Lagoon boleh tak? Aku teringin main Bungee Jump lah."Semua menganguk.

"Delisya, Hakeef datang..." mendatar suara Firash. Delisya memaling.

"Delisya, tolong saya periksa dokumen..." Delisya senyum.

"Dokumen majalah dan buku di perpustakaan. Betul tak?" Hakeef tersengih.

"Betul. Jomlah, Cikgu Nadrah nak hari ni." Delisya menganguk.

"Sorry, ni aku tak dapat elak. Jangan merajuk." Semua menganguk. Faham.

~>♥♥♥<~

Desha tak habis-habis ketawa. Kelakar melihat Delisya berjalan ala model. "Delisya duduklah balik. Nanti kita jadi sayur sawi kita kalau tak siap kerja!" Hakeef menganguk.

"Ok kakak tiriku sayang!!!" Firash yang mendengar dari sebalik pintu terkejut. Kakak tiri? Ooo... lupa pulak. Ibu Delisya isteri kedua. Isteri pertama dah cerai.

"Kakak tiri rupanya. Nama pun nak sama. Double D." Firash berdialong berseorangan.




f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^