Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Bab 8 : Mungkinkah ku menilainya?
"Seronok date tadi adik?" Sofia mengusik Nasha dalam masa yang sama sengaja meletakkan lebih banyak kayu api supaya membakar api kemarahan Megat Amran. 

Nasha hanya tersenyum manis. "Seronok malah terlebih seronok! Cuba tengok rambut adik." Rambut Nasha ditilik. Hitam berkilat dan terlebih lurus!

"Bukan tu je, Im bawa adik pergi shopping..." Nasha menghela nafas. "Loius Vuitton, Prada, Gucci, Channel,  Corvette!"

Megat Iman menggeleng. "Wasiat ibu macam mana?" 

Nasha jongket bahu. "Itu tanya Amm. Nasha malas nak gaduh dengan Amm. Tapi Nasha pasti Amm tak terima."

"Kalau Amm terima?" Megat Amran bersuara.

"Only a year and shares owned by Amm. Dan kalau Amm putuskan hubungan sebelum setahun, syer tetap milik Amm. I will sign the document and zupp! The shares will owned by Amm." 

"Do yo think marriage is a game? Can pull yourself up and go?" Serius kata-kata Amm. Nasha menelan air liur.

"I want you to hate me and I can accept. I do not think so much about the shares. And I also do not think about the message mother and your mother. Point." Luluh berkecai hati Megat Amran. Barulah dia rasa macam mana sakitnya hati bila ditolak. 

"But..." Telefon Nasha berdering.

"Hah? Apa? Tak mungkinlah! Encik Ash dah tahu? Macam mana boleh runtuh pulak? Kan kita dah check tadi? Okey, bye." 

"Ayah, Amm, bangunan kat tapak di Nilai runtuh! Baru satu jam yang lepas." Wajah Nasha cemas.

"What? Ada yang tercedera?" Nasha menggeleng disoal Megat Iman. Janganlah badak besi marah aku! 

Pantas Sofia dapat membaca fikiran Nasha. "Badak besi? What's do you mean?" Nasha ketawa terbahak-bahak.

"Tanyalah buah hati kakak tu!" Usik Nasha. 

"Tolong sikit! Mentang-mentanglah..." Deringan telefon Nasha membuatkan ayat Amir tergantung.

"Apa? What happened exactly? How..." Bumm! Nasha jatuh terkulai. Satu dua menjak ni, Nasha asyik pengsan je! Sakit ke apa?

~>♥♥♥<~

Nasha terduduk. Kenapa dia rasa macam sejuk sangat? Digosok perlahan lengan kanannya. "Nasha..." seseorang menyapanya. Tetapi suaranya jelas sebak.

Nasha memandang sekeliling. Baru dia sedar bahawa Megat Amran yang menyapanya. "Kenapa sapa Nasha macam tu?" Nasha mengelip matanya. 

~>♥♥♥<~

Nasha tersedar semula. Baru perasan dia sedang diikat pada katilnya. "Are you okay, Nasha?" Anggukan membingungkan semua.

"Tadi..." Sofia menutup mulut Amir. 

"Tadi Nasha pengsan tu je." Celah Megat Amran.

"Ok... habis tu tali ni?" 

"Err... tali tu sebab takut tahu suprise yang kami buat." Sampuk Megat Iman. Nasha menganguk. Sofia melepaskan ikatanya.

Sofia memimpin Nasha. Setiap langkahnya terasa begitu, lambat. Apabila tiba saja di ruang tamu, muka Engku Zahra, Megat Hakimi, Qiara dan Megat Amran menghiasi mata hazel milik Nasha. Sofia mendudukkan Nasha. Mata Engku Zahra memandang tajam padanya. Nasha diam membisu. Nasha berbual dengan Sofia menggunakan kuasa psikik mereka. 

Tanpa sedar, sudah 15 minit mereka semua diam tak bersuara. Macam bisu dah! "Hakim, mana Mif? Ibu ada mesyuarat dengan Toh Puan Sri Nadya!" Suara Engku Zahra memetir. Megat Hakimi hanya memandang jam berjenama miliknya. 

Seseorang mengetuk pintu utama rumah banglo itu. Bibik Fatimah membuka pintu dan muka Encik Mif terjengul di muka pintu. "Maaf semua. Tadi jalan 'jem'." 

Semua menganguk. Cuma wajah Engku Zahra sudah seperti asam. "Sofia, kamu bangun." Arah Encik Mif. Sofia hanya mengikut. 

~>♥♥♥<~

Nasha berlari menuruni tangga. Aduh macam mana boleh lambat ni? Nasha duduk dan mencapai roti mufin di atas meja. Dikunyah selaju mungkin. Terus lupa sunnah menguyah 44 kali. "Lambat nampak? Nak tumpang?" Tersembur susu di mulut Nasha. 

Nasha memandang tajam wajah Megat Amran. "Needless. Kenapa tak hantar Qiara je? Your assistant?" Megat Amran meregus. Memang patut aku ikut cakap tok wan! Biar mati je terus perempuan ni!

"Nasha, you are my new assistant." 

"So? Nasha pergi office dengan Im je." Sejurus itu bunyi hon menghiasi telinga. Nasha mengambil beg tangannya. Megat Amran mendail nombor telefon Engku Zahra. 

Megat Amran : Tok, gagal. Apa lagi rancanggannya?

Engku Zahra   : Esok, kamu pastikan dia naik kereta tu. Bagi dia pandu. 

~>♥♥♥<~

Nasha diam memikirkan apa yang dia lakukan pada Megat Amran tadi. Huh buat apa aku nak fikir? Just buat pening kepala adalah! Kata-kata kepala Nasha dibalas hati. Junjunglah ego kau tinggi-tinggi Nasha! Dia racun kau baru tau! Kesian dia!

Whatever! Ada aku kisah? Dia yang junjung ego dia. Aku pula yang kena! Runggut kepala Nasha. Tapi tu dah kira kau tak nilai cinta dia. Lebih baik aku pergi hasut Amm tu! Biar dia bunuh kau!

Sejak aku duduk satu rumah dengan dia, dengan ikatan sah, kenapa aku benci dia? Apa salah dia kat aku? Kenapa aku buat dia macam ni?

"Nasha hari ni ada apa-apa meeting or something like that?" Megat Amran menyoal Nasha.

Nasha yang terkejut terus menggeleng. "Kenapa?"

Megat Amran hanya menganguk. "Nak ajak Nasha pergi lunch sama-sama."

"Needless. Nasha nak date dengan Im. It's better." Megat Amran masuk ke pejabatnya dan menghempas pintu sekuat hati. Bergegar terus!

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^