
Bab 9 : Tak perlu cuba
Tok, tok, tok! "Masuklah Amir." Kaki Amir melangkah. Takkan nak soal siasat aku lagi? Kali ni kalau soal siasat lagi, memang aku mengamuk besarlah jawabnya!
Amir tenang. Dia duduk di atas kerusi di depan Megat Amran. "Lain kali kalau kau nak masuk, masuk jelah. Tak payah nak ketuk. Kau abang ipar aku kan?" Kening diangkat sebelah. Nasha yang mendengar dari depan pintu pejabat itu mencebik.
Abang ipar? Nasib baik dia bukan macam Im tu, kalau tak dah kena dah. "Aku cuma nak tanya buat kali terakhir. Kau jangan mengamuk pula! Aku dah baca minda kau tu. Nasha yang kat luar tu naik menyampah kau panggil aku abang ipar. Ok, serius. Betul kau suka kat Nasha?" Nasha menelan air liur. Ek eleh mamat sorang ni! Memang aku suruh kakak merajuk dengan dia lagi baru tahu siapa aku!
"Tak. Aku dah rancang nak lepaskan dia lepas genap setahun. Orang tu dah tolak nak buat macam mana? Buat sakit hati adalah." Mengaku jelah kau suka kat Nasha tu. Nasha tu tak susah kena pujuk. Cuma suruh si Sofia tu hilang kejap, habis cerita.
Nasha di luar itu dah melompat. Yeay! Senanglah macam ni! "Nasha, seronok lompat nampak!" Dhia melawat Nasha. Nasha menyengih.
~>♥♥♥<~
"Tok, tak payahlah buat macam tu sekali. Boleh mati! Tak pasal-pasal pula pasangan James Bond tu syak macam-macam! Just biarkan je dia. Hurm okeylah, bye." Tanpa sedar, saat berganti minit. Minit berganti jam. Jam berganti hari. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Sudah dua bulan Megat Amran dan pemilik mata hazel Nasha Narissa tinggal satu bumbung.
Megat Amran lebih banyak berdiam. Juga Nasha. Makan bersama pun hanya beberapa kali sebab dipaksa bapa masing-masing. Jika tak berbicara, bergaduhlah jawabnya.
~>♥♥♥<~
Malam itu penampilan Nasha sudah setaraf hantu pontianak. Dengan baju dan seluar slack hitamnya, muka disapu bedak sejuk dan rambut separas pinggang dibiarkan lepas tanpa disikat, boleh pengsan sesiapa yang melihat!
Nasha menuruni tangga. Terasa lapar pula perut! Tiba di meja makan, kelihatan Megat Amran sedang menghidangkan semangkuk sup ekor, sepinggan ayam kunyit dan nasi panas. Ni kes apa pula? Lelaki memasak? Memang Megat Amran suka memasak. Semua makanan yang dimasak memang menjilat bibir! "Nak makan sekali Nasha?"
Nasha teragak-agak mahu menganguk. Megat Amran sudah menyenduk nasi untuk dirinya. Perut pun dah lapar, terima jelah. "Thanks." Megat Amran menganguk.
Nasha memulakan suapan. Megat Amran hanya melihat Nasha. Nasha pelik. Apa aku kisah? Dia dah masak sedap-sedap, apa salahnya aku makan? Husband sendirikan? Kata diri Nasha yang memang mengidam sup ekor. Husband? Mengaku pula!
"Kenapa Amm tiba-tiba masak? Mana Bik Lin?" Megat Amran tersenyum.
"Salah ke? Tambahlah lagi. Biar berisi sikit badan Nasha tu. Macam Sofia. Tak gemuk tak kurus. Lagi satu, Amm boleh mati tengok Nasha pakai macam ni! Dah macam..." Nasha menjeling Megat Amran. Jelingannya tajam. Setajam lidah yang bulat dan tak tajam.
~>♥♥♥<~
Nasha bangun dari tidurnya. Apahal semua ada dengan dia pula? Eee... kenapa ni? "Nasha tak bangun dari tidur tiga hari. Tapi nadi Nasha masih berdenyut."
Mendengar jawapan Sofia, Nasha menjerit. "Megat Amran!!!"
"I'm here Nasha." Megat Amran melaporkan diri. Melaporkan diri? Masuk lokap ke apa?
"Apa Amm letak dalam makanan tu?"
"Ubat tidur tiga biji." Selamba Megat Amran menjawab. Kaki dah breakfast jadi... lari!!!
Nasha dan Megat Amran berkejaran! Mengalahkan budak kecil. "Ehemm ehemm..." Deheman Amir memberhentikan aktiviti kejar mengejar itu. Sofia berdialog dalam hati. Dah sah-sah si Amm ni suka kat Nasha. Unless...
"Nasha, sini sekejap." Sofia memanggil Nasha lalu dipimpin ke kolam ikan koi. "Nasha boleh janji sesuatu dengan kakak?"
"Insyaallah." Sofia menggeleng.
"Kakak nak yes."
"Yes!" Nasha membuat suara ala Chipmunks. Sofia ketawa kecil. Jari kelingking saling bertaut.
"Kakak nak, Nasha cuba menang sesuatu. Boleh?" Nasha menganguk.
"Menang hati Amm." Ayat itu jelas mengejutkan Nasha. Dia bukan saja sudah kata 'yes', dia juga dah taut jari dengan Sofia!
"Nasha akan usahakan." Sambil lewa jawapan Nasha.
"Sofia, let's go. Strawberry waiting for you!" Sofia berlari anak ke arah Amir.
~>♥♥♥<~
Nasha mendail nombor Tengku Irman.
Nasha : Hello Im.
Tengku Irman : Hello Nasha. Why call ni?
Nasha : Just anggap Nasha setiausaha rakan niaga.
Panggilan dimatikan. Hati Nasha puas. Ini baru langkah pertama. Semuanya untuk janji Sofia.
~>♥♥♥<~
Nasha bangun awal. Rancangannya mahu memasak sesuatu. Nasi goreng cili padi dengan ayam goreng panas jelah. Getus hati Nasha. Langkah dimulakan.
"Okey siap!" Dua patah perkataan keluar setelah setengah jam di dapur. Nasha menarik nafas lega. Dihidangkan kedua-dua hidangan simple itu di atas meja. "Sedapnya bau! Nasha masak apa?"
Buat pertama kali, Nasha menyambut Megat Amran dengan senyuman semanis madu. "Nasi goreng cili padi dengan ayam goreng. Salah ke?" Megat Amran hanya diam. Sesudu nasi masuk ke mulutnya dan...
Sesudu lagi dan habis satu pingan. "Sedapnya!"
"Nasha nak cuti boleh harini? Nak beli tiket."
"Tiket?"
"Pergi Korea dengan Bali. Honeymoon." Ahakss! Tersedak Megat Amran. Segelas air menyelesaikan tugasnya. Megat Amran hanya diam tak memberi respon.