Cerpen : Love You Mr. Stylish!
Qisya Qaireen Azzalea. Namanya ada erti. Wajahnya secantik nama. Dilahirkan pada 24 Januari. Dia mudah jatuh cinta. Tetapi tidak mudah mengaku pernah jatuh cinta pada kaum Adam selain dari Rayqal Adam.
~>♥♥♥<~
Azzalea mengambil tempat duduk. Matanya tertancap pada seseorang. Remaja lelaki yang pernah menjadi lawannya tiba sekali lagi menjadi lawan. Rayyan Adam. Kini lebih tampan dari dulu. Dia di hadapannya kini. "Azzalea? Qisya Qaireen Azzalea right?" Tegur Rayyan.
"Yes Rayyan. I am Azzalea. You're so... stylish!" Puji Azzalea. Buat pertama kalinya, dia memuji Rayyan.
"Dah fall in love with me ke?" Shit! Mungkin pernah tapi tak lagi.
"Rayyan, I fall in love with Rayqal Adam, your twin. Mana Adam?" Mata Azzalea melilau.
"Kecil hati hamba mendengar kata-kata puan hamba. Tuanku Adam sudah punya girlfriend lain." Azzalea tersenyum hambar.
"Who?"
"Tengku Ariana Zahra. Kerabat diraja. Same like you." Daa! Ini ke perbualan antara lawan? Nampak macam mesra.
"Rayyan, boleh tunjukkan mana library?" Rayyan menganguk. "Rayyan, ada jawatan?"
"Mesti. Ketua Pengawas, ketua rumah sukan, ketua rumah Merah, pengerusi Pengakap, pengerusi Alam Sekitar dan Rekreasi, ketua bola sepak and ketua kelas." Rayyan mengangkat kening. Gila! "Lea, boleh tak guna kata nama macam 'dulu'?" Azzalea menganguk. "Lea dapat jawatan apa?"
"Ketua Pustakawan, penolong ketua rumah sukan, penolong ketua rumah merah, pengerusi Pandu Puteri Renjer, naib pengerusi Alam Sekitar dan Rekreasi, ketua bola jaring and penolong ketua kelas."
"Jadi pembantu nampak!"
"Please do not stared me like that, Rayyan." Rayyan jongket bahu.
Adam melihat dari jauh. Adiknya berjalan beriringan bersama bekas teman wanitanya? Adam melangkah mendekati mereka berdua. "Hi, Azzalea." Adam merangkul pinggang Azzalea.
"Adam, lepaskanlah!" Azzalea cuba melepaskan diri. Jelas menunjukkan reaksi tidak suka. Adam melepaskan rangkulannya.
"Bukan dulu you suka ke I buat macam tu?" Rayyan menahan marah. Dia memang cemburu. Dari tahun 3 dia menyukai Azzalea hingga sekarang. Cuma Azzalea tak pernah tahu.
"Hey, tu masa kita tingkatan 2! Now we are standard 5!" Tegas kata-kata Azzalea. Rayyan di sebelahnya hanya diam. Ikut nanti mahu gaduh dengan kembarnya lima bulan lima malam!
"Mana I punya Qisya Qaireen Azzalea?" Azzalea hanya merentap tangan Rayyan.
"Rayyan sorry. Lea..." Rayyan menganguk. Tindakan drastik mestilah tak sengaja. "Rayyan, boleh tak kita jangan jadi musuh lagi?" Rayyan menganguk.
Azzalea ketawa mengingatkan semula senarai yang dibuatnya untuk mengenakan Rayyan.
To-Do List Imposing Rayyan
1. Letak garam dalam air dia.
~Comfirm masa jumpa cikgu Afina dia tersembur air
~Kesannya dia mesti dilucut jawatan atau popularitinya jatuh merudum!
2. Muntah depan dia.
~Minum milo, jolok anak tekak dan muntah.
~Dia kena muntah sekali atau plan tak berjaya!
3. Suruh dia tolong susun buku kat perpustakaan.
~Biar dia penat dan takkan jadi calon atlet sekolah.
4. Letak ubat tidur dalam jus dia.
~Mesti dia akan tertidur masa kelas cikgu Dania!
~Mesti kena denda berjemur kat padang!
5. Sorokkan buku-buku teks dia.
~Mesti dia akan didenda semua masa!
~Jawatannya 85% akan dilucutkan!
"Sampai hati Lea buat sampai macam tu!" Suara Rayyan pura-pura merajuk. Azzalea memandang Rayyan. Wajah Rayyan dihadapkan ke mukanya.
"Janganlah merajuk." Rayyan tersenyum melihat senyuman menggoda Azzalea. Tapi satu rahsia mesti dia bongkarkan...
~>♥♥♥<~
Keadaan bising di perpustakaan. Dengan ketuanya sekali bising. "Diam!!! Atau saya akan denda berjemur dekat padang!" Tegas kata-kata Rayyan. Azzalea saja yang tak diam. "Lea, diamlah." Azzalea diam.
Satu perpustakaan memandang mereka berdua. "So sweet!" Serentak mereka berkata.
Azzalea sudah blushing. "Diam! Atau saya akan beritahu Cikgu Raina kamu semua bising!" Cikgu Raina sanggul terlebih tinggi? Seramnya...
Plukk! Adam masuk ke dalam perpustakaan. Majoriti remaja perempuan secara rasmi mula berbisik-bisik dan memuji-muji kekacakan Adam. "Where's Qisya Qaireen Azzalea?" Soal Adam. Azzalea berdiri dan memeluk tubuh.
"I do not need you for help me. So, if you want to read book, sit at one place or you can get out from library." Mata Azzalea membulat. Mana ada orang lain selain Azzalea mampu bercakap sebegitu? Azzalea berdiri dan melangkah masuk ke bilik pengawas pusat sumber. Bak kata Azzalea sendiri, just wasting time with Adam.
Rayyan seperti biasa mengekori Azzalea. Itulah amanah yang ditugaskan. Amanah apakah itu? Baca sampai habis!
Adam masuk ke bilik pengawas pusat sumber. Azzalea sedang meletakkan cop pada buku sambil dibantu Rayyan. Rayyan memang sudah ditugaskan dari awal dia masuk ke sekolah ini hingga habis belajar di sini dia perlu menjaga perpustakaan. Adam duduk di kerusi sebelah Azzalea. Dia lalu melentokkan kepala ke atas bahu Azzalea. "Adam, get out! Boleh tak berhenti kacau Lea? Nak makan penampar?" Kepala Adam ditolak. Azzalea bangun dan duduk di kerusi kosong di sebelah Rayyan. Rayyan hanya membisu.
"Rayyan, kau bercinta dengan girlfriend aku?" Rayyan menggeleng. Tapi lain ceritanya dengan Azzalea.
"Yes, I fall in love with him! Ada masalah?" Shit! Ayat sembilan patah tapi lava dalam hati bertambah! Macam pantun.
Adam berdiri mendekati Rayyan. "How dare you! Kau dah tahukan dia girlfriend aku? Yang kau pergi kacau lagi kenapa?" Rayyan diam.
"Hey, cermin diri dulu! Bukan Rayyan yang kacau, Adam yang kacau!" Sampuk Azzalea. Kepala dipicit. Pening kepalanya. Rasa mahu pengsan.
"Lea okay? Macam nak pengsan je." Rayyan nampak macam take care je dengan Azzalea. Adam merengus marah. Dia mencekak kolar baju Rayyan.
Azzalea terkejut. Dia cuba menolong Rayyan tapi dirinya terdorong ke tepi kerana ditolak Adam. "Adam, lepaskan dia!" Azzalea merayu. Adam memandang Azzalea. Wajah itu masih sama sebelum Azzalea pindah dari Sekolah Elit Diamond ke Sekolah Amansara dan kini dia kembali semula.
Rayyan sudah sesak nafas. Tapi tak cuba untuk melepaskan diri. Wajahnya sudah biru. Azzalea sudah menangis. Adam dengan 'baik hati' melepaskan Rayyan. Tangan Azzalea diraih. Azzalea menarik tangannya. Tetapi kuasanya fizikalnya sudah di tahap rendah. Dah tak terdaya. "Lepaskan! Rayyan..." Rayyan menarik Azzalea. Dengan sekuat tenaga, Azzalea menarik tangannya sehingga dia kini berada dalam pelukan Rayyan. Tubuh sasa Rayyan ditolak. "So..sorry." Dia tahu Rayyan tidak suka. Rayyan hanya menganguk.
Adam sudah meletop. Menahan marah melihat Azzalea tersenyum pada Rayyan. Adam sendiri rindu akan senyuman yang boleh membuat mana-mana lelaki gila. Memang menggoda habis! Rayyan sendiri tunduk pada Azzalea. Tetapi bukan sebab senyuman tetapi amanah.
Azzalea memandang Adam. Senyuman masih terlekat pada bibir. "Adam, Adam tak kesian ke kat Rayyan? Rayyan adik Adam sendiri, Rayyan kembar Adam." Adam sudah rasa lemah melihat senyuman Azzalea. Rayyan di tepi Azzalea tercungap-cungap menarik nafas.
Adam mendekati Azzalea. Azzalea cuba menjauhkan diri tetapi sudah tiada jalan kerana dia sudah bersandar di dinding. Adam tersenyum. "Lea, Lea rindu Adam kan?" Tak lepas apa yang kau buat! Azzalea menggeleng. Tak ada maknanya nak rindu kau, buat sengsara adalah!
Rayyan menarik Adam. "Adam, berhentilah kacau Lea. Dia tak sukakan? Tak payahlah kacau dia lagi." Azzalea menarik nafas lega. Harapnya Adam berhenti mengacau dia macam kacang hantu.
~>♥♥♥<~
Lima tahun kemudian...
Azzalea menarik beg tariknya. Cermin mata jenama Prada dibuka. "Hai, Rayyan!" Sapa Azzalea. Rayyan kelihatan sungguh bergaya!
"Hai Lea. Best belajar dekat Australia?" Azzalea menganguk. Rayyan membuka pintu kereta Honda kelabunya untuk Azzalea. Dia perlu membawa Azzalea pulang.
Tiba di rumah banglo besar yang punya tasik itu, seseorang menyentuh bahu Azzalea. "Adam, what are you doing here?" Nada tergagap-gagap masih ada. Kenapa lelaki yang merosakkan hidupnya muncul menjadi watak dalam drama hidupnya semula?
Adam tersengih. "I looking for you honey." Adam merangkul pinggang Azzalea.
"Adam, lepaslah." Adam tidak melepaskan Azzalea. Dia menongkat dagu di bahu Azzalea. Sengaja mahu buat Rayyan cemburu. Dia sudah tahu segalanya.
Azzalea ialah tunang dari kecil untuk Rayyan. Amanah yang diamanatkan untuk Rayyan adalah menjaga Azzalea sebaik mungkin. Tapi Adam tahu, Azzalea hanya jatuh cinta padanya. Bukan pada Rayyan. "Rayyan, help me please." Rayyan diam mendengar permintaan Azzalea. Mata hazel Azzalea yang amat di rindui. Cantik.
''Adam lepaskanlah. Report Ummi baru tahu." Ugut Rayyan. Adam tetap tak melepaskan Azzalea.
Adam berbisik pada Azzalea. "Love you Miss Cute." Kalau kau cinta kat aku, tak adanya kau buat aku macam tu dulu.
"Lepaskan!" Nasib mereka bukan di lapangan terbang. Senanglah Azzalea mahu menjerit sesuka hati. Rayyan menarik tangan Azzalea dan sekelip mata Azzalea terlepas dari pelukan Adam.
Seorang wanita awal 50-an mendekati mereka. "Ummi!" Azzalea memeluk umi.
"Akhirnya berkumpul jugak tiga orang anak ummi ni." Anak? Mereka sepupulah.
"Ummi, tadi Abang Adam kacau Qisya." Abang? Depan Engku Nadia memang diwajibkan untuk Azzalea memanggil Adam dengan panggilan 'abang'. Azzalea sendiri jengkel.
"Adam kacau Qisya? Rayyan, ingat atau tidak?" Bukan Adam kena marah, Rayyan pulak yang kena.
"Ingat Ummi. Tadi Adam siap peluk-peluk si Lea ni." Ambik kau Adam. Kejap lagi mesti kena marah.
"Peluk? Adam, kamu tahukan yang Qisya bukan mahram kamu?" Adam tunduk. Dia menganguk. "Qisya, Adam, Rayyan, ikut ummi. Hari ni ummi masak tomyam ekor, telur dadar, nasi goreng, nasi minyak, ayam masak merah, ikan bawal goreng dengan ice blanded untuk dessert." Terliur habis.
"Gemuklah Lea lepas ni." Azzalea menjeling Rayyan. Rayyan buat tak tahu. Adam mengerling. "Ummi, yang fasal permilihan assistant untuk Rayyan siapa dapat?"
"Qisya Qaireen Azzalea." Double Q. Qisya Qaireen. Nice name. Adam sudah monyok.
"Ummi, bukan Adam jadi bos Lea ke?" Engku Nadia menggeleng. Azzalea sudah malas mahu berborak. Dia mahu makan semua yang terhidang di depan mata!
Azzalea menyenduk nasi minyak. Ayam masak merah diletakkan di tepi. Ulam di ambil dan dicicah dengan tempoyak. "Sedapnya! Dah lama tak makan tempoyak!" Engku Nadia tersenyum.
"Makanlah banyak-banyak sikit. Kalau gemuk pun tak apa. Adam tetap suka." Usik Adam. Azzalea memberhentikan suapannya. Muka sudah blushing.
"Adam gurau jelah." Azzalea menyapu pipi Adam dengan tangannya. Habis kotor muka kacak Adam! "Lea!" Adam membalas semula. Dia menarik hidung Azzalea.
"Eeee! Kotorlah Abang Adam!" Rayyan hanya melihat. Di sudut hatinya, dia teramat cemburu pada kembarnya. Mereka terlalu rapat. Macam isi dan kuku. Macam capati dengan dal. Macam dinding dengan cat.
"Lea! Kenapa Rayyan yang kena? Macam budak-budak." Rayyan baru perasan wajahnya 'dicat' pelbagai kuah. Azzalea ketawa.
"Tak baik main dengan makanan!" Engku Nadia menepuk meja makan. Habis terus adegan cat mengecat. Tahu takut...
~>♥♥♥<~
"Abang Adam! Abang Rayyan! Cepatlah!" Azzalea sudah 'berkokok'. Rayyan dan Adam mendekati Azzalea. "Tiga pusingan. Satu...dua...tiga!" Adam dan Rayyan memecut. Azzalea sengaja berlari santai. Bila mereka berdua berhenti baru dia memecut. "Bye!" Ucap Azzalea selepas berjaya memotong Rayyan dan Adam yang tercungap-cungap mengambil nafas.
Azzalea memandang ke belakang. Erk? Mana si kembar? Pandangan dihalakan semula ke hadapan. Dah kena potong rupanya. Azzalea membiarkan saja. Mesti ada taktik untuk ke hadapan semula. "Abang Adam, Abang Rayyan!" Azzalea buat-buat jatuh. Wajahnya dibuat-buat menahan sakit. Rayyan dan Adam berpusing semula.
"Okay tak?" Serentak mereka bertanya. Mereka memapah Azzalea. Azzalea memecut. Padam muka! Dah kena tipu! Terpinga-pinga si kembar itu. 30 saat kemudian baru sedar kena tipu. Azzalea berada di belakang mereka. Sudah pusingan kedua? "Qisya Qaireen Azzalea!" Jeritan mereka mengejutkan Azzalea yang sedang berlari. Kisah apa dia? KFC sudah dalam genggaman. Pecut!
~>♥♥♥<~
"Lea dah menang!" Azzalea mengeyit mata. Wajah seiras itu dipandang.
"Yelah, kami belanja KFC." Rayyan sudah mengalah. Azzalea memang hebat berlakon. Dia sendiri pernah ditipu beribu kali.
"Drama Queen! Double Q!" Adam dah mula mengarut dah... Azzalea ketawa. Rayyan mencubit Adam. Adam menganguk dan berlalu pergi. Yeah, dah pergi!
"Lea, Rayyan nak tanya boleh tak?" Azzalea menganguk. "Azzalea pernah ada perasaan dekat Rayyan?" Azzalea ketawa.
"Your my brother and someone special for me." Alamak! Senyuman menggoda lagi? Memang tak boleh elak.
Adam datang dengan membawa tiga botol air mineral. "Ummi nak jumpa Rayyan sorang." Kata Adam yang dah sah-sah menipu. Rayyan menganguk. Dia berlari. Adam merangkul pinggang Azzalea.
"Abang Adam, lepaslah." Adam menggeleng.
"Kita dekat luar rumah tak payahlah nak panggil Abang." Tegur Adam.
"Nanti ummi marah." Perlahan suara Azzalea. "Umm..." Adam menekup mulut Azzalea.
"Dah pandai mengadukan? Sekali lagi Lea jerit, pisau kat tangan Adam ni akan tepat kena dekat Lea." Azzalea diam. Dia sudah pernah menghadapi situasi ini. Pisau itu hampir-hampir terkena dirinya.
Adam cepat-cepat memasukkan semula pisau itu ke dalam poketnya setelah terlihat Rayyan. "Adam, kau tipukan? Lea, drama dah start. Adam, jom join sekali." Adam menganguk.
"Ariana Rose! Yeay!" Azzalea berlari anak. Adam dan Rayyan berbalas jelingan. "Hoi, cepatlah sikit!"
~>♥♥♥<~
"Alah, ummi. Bagilah Lea ikut." Engku Nadia menggeleng.
"Qisya tinggal dengan Adam. Muktamad!" Rayyan memandang Azzalea. Habislah...
Azzalea masuk ke biliknya. Tapi terasa ada orang menghalang pintu di tutup. "Adam, out from my room!" Azzalea menolak Adam. Adam tersengih.
"Tak nak." Azzalea sudah menggigil. Kenapa abang sepupunya tak faham bahasa? Adam mendekati Azzalea. "You're mine, Azzalea."
"Adam, kau keluar sekarang! Tolonglah keluar." Azzalea sudah menangis. Adam meletakkan jari terlunjuknya pada bibir Azzalea. Azzalea melompat dari katilnya. Dia berlari ke arah pintu. Pintu dibuka. Dia berlari keluar dari bilik itu. Adam mengejar. Dia terus masuk ke bilik Rayyan dan mengunci pintu. Tolonglah Adam jangan ada kunci pendua bilik Rayyan.
"Lea, buat apa kat sini?" Rayyan ada? Azzalea cepat-cepat pergi pada Rayyan. Wajahnya ketakutan.
"Aaa... dam." Rayyan menggeleng.
"Lea masuk bilik air. Kunci terus. Dia takkan boleh masuk. Pergi cepat!" Azzalea menganguk. Dia meramas tangan berkali-kali. Dia mengintai dari celah lubang.
Seseorang mengetuk pintu. Rayyan membuka. Adam... "Kenapa Adam?"
"Mana Lea?" Rayyan angkat bahu. Adam mencekak kolar baju Rayyan. "Bagitahu aku, mana Lea?" Rayyan menggeleng.
"Kenapa, cari Lea ke?" Azzalea selamba keluar dari bilik air Rayyan. Rayyan menepuk dahi. Apasallah adik sepupu dia ni degil sangat? Jari telunjuk Azzalea bergerak ke atas dan ke bawah tanda menurunkan Rayyan dengan kadar segera. Adam hanya mengikut. Azzalea memeluk tubuhnya.
"Apa lagi, keluarlah." Halau Azzalea selamba. Rayyan meneguk air liur. Azzalea ni nak mati ke apa? Berani mati!
"I will get out if you follow me, Azzalea."
"Tak payah keluar. Rayyan dengan Lea nak pergi perpustakaan." Azzalea menarik tangan Rayyan. "You're my hero, Rayyan." Azzalea mengeyit matanya.
~>♥♥♥<~
"Ridiculous, ummi! Qisya anggap Rayyan macam abang sendiri!" Suara Azzalea bergema.
"Tapi itu amanat terakhir ibu Rayyan dan ibu Qisya!" Secara saintifik, Engku Nadia ialah Mak Lang kepada Rayyan, Adam dan Azzalea.
"No way! Rayyan tetap Qisya anggap abang sendiri!" Rayyan diam.
"Apa yang Lea maksudkan special someone hari tu?" Soal Rayyan.
"Orang paling take care dan sentiasa bersabar dengan karenah Lea. That's why I said you're my special someone." Mulut Rayyan terkunci. Abang?
~>♥♥♥<~
"Saya terima nikahnya Qisya Qaireen Azzalea dengan mas kahwinnya RM 5000 tunai." Azzalea menyalami tangan Rayyan. Mukanya dibuat-buat ceria.
~>♥♥♥<~
Rayyan melentokkan kepalanya ke bahu Azzalea. "Kenapa?" Rayyan menggeleng. Nak manja-manja sikit pun tak boleh. "Mana Adam?"
"Entah." Adam muncul lalu duduk di sebelah Azzalea. "Azzalea, do you love me?" Soal Rayyan tiba-tiba.
"No. I love Adam, only." Bunyi macam melawak macam serius. Shit! Rayyan melangkah ke dapur.
"Ummi..." Engku Nadia mengangkat kening. "Azzalea cakap dia cinta kat Adam seorang je. Not me. Kenapa ibu dan Mak Ngah wasiatkan 'benda' tu?" Engku Nadia tersenyum.
"She just kidding Rayyan. Cuba kamu jual mahal dengan Qisya. Macam drama Love You Mr. Arrogant yang kamu dengan Qisya suka tengok." Rayyan diam. Belum cuba belum tahu.
~>♥♥♥<~
Rayyan menyapu roti dengan kaya. Azzalea yang turun tak dipedulikan. "Mana roti Lea?"
"Buatlah sendiri." Selalunya Rayyan pasti akan menyapu roti untuk Azzalea. Tetapi kali ini tidak.
~>♥♥♥<~
Azzalea menunggu di depan pintu kereta. Rayyan membuka tingkap. "Rayyan, kenapa tak bukakan pintu?" Rengek Azzalea.
"Tak ada tangan nak buat sendiri?" Shit! Azzalea membuka pintu kereta.
~>♥♥♥<~
Rayyan masuk ke dalam pejabatnya setelah menunjukkan tempat Azzalea. "Rayyan tak nak jumpa sesiapa hari ni. Batalkan segala appointment." Azzalea hanya menganguk. "And... pergi buatkan kopi. Kak Faz, tunjukkan Lea mana pantry." Fazura menganguk. Tangan Azzalea ditarik.
"Nama kakak Fazura. Panggil Kak Faz okay?" Azzalea tersenyum. "Kak Faz panggil Lea, Qaireen boleh?" Azzalea menganguk. Tangan disua.
"Boleh. Qaireen wife Rayyan. Kami cousin." Kak Faz menganguk. Tangan Azzalea disambut.
"Bertuah Qaireen! Rayyan baik. Cuma dia kaki perempuan." Azzalea terkejut. Kaki perempuan? Tak mungkinlah.
Setelah menghantar kopi Rayyan, Azzalea memulakan tugasnya. Tiba-tiba seorang wanita datang. "Rayyan ada?"
"Sorry cik, Encik Rayyan tidak mahu jumpa sesiapa hari ni." Wanita itu terus menolak pintu pejabat Rayyan. Azzalea yang risau dimarahi ikut masuk.
"Rayyan, tadi perempuan ni tak bagi I masuk. I miss you honey..." Rayyan selamba merangkul mesra pinggang wanita itu. Azzalea terdiam. Dia sedih. Rayyan sanggup menduakannya.
"Kau keluarlah. Tapi, kalau kau sanggup, kau stay jelah." Rayyan mengelus rambut wanita itu. Azzalea terus keluar. Sudah tidak sanggup melihat situasi itu lagi. Dia terus keluar dari bangunan itu.
"Lea..." Adam muncul. Azzalea terus menangis semahu-mahunya di dada bidang Adam.
~>♥♥♥<~
"Sampai hati dia buat macam tu?" Adam menggeleng berkali-kali. Ek eleh tiga orang ni! Sama je! Tiga kali lima jawapannya tetap 15! "Biarlah dia. Lea masih ada Adam." Azzalea menganguk. Giliran dia buat Rayyan cemburu. Nantikan Rayyan Adam!
~>♥♥♥<~
Adam baring di riba Azzalea. Azzalea hanya membiarkan Adam. Rayyan memandang penuh rasa benci. "Ummi!!!" Engku Nadia mendekati mereka.
"Astagfirullah halazim! Qisya, Adam!" Adam segara bangun. Rayyan tak semena-mena menampar Azzalea.
"Aku jaga kau, aku lindung kau, ni kau bagi kat aku Azzalea?" Azzalea merenung Rayyan. Apa aku dah buat?
"Ummi rasa, lebih baik Qisya dan Rayyan tinggal dekat rumah lagi satu." Engku Nadia mengeluarkan cadangan.
~>♥♥♥<~
"Bilik Lea kat situ." Tunjuk Rayyan. Azzalea hanya menganguk. Dia perlu merehatkan diri. "Jangan masuk bilik aku kalau tak tahulah nasib kau." Azzalea menganguk. Sudah mengantuk. Amat mengantuk. Dia terus masuk ke biliknya.
Rayyan tersenyum. Akhirnya! Pintu Azzalea dibuka. Dah tidur. Baguslah. Beg baju dibuka. Semua baju digantung. Tak adalah Azzalea penat nanti. "Sweet dream!"
~>♥♥♥<~
"Kenapa kau tak bagitahu Engku terus?" Wajah Syafrina Syakirah jelas tak setuju dengan rakan baiknya.
"Kalau aku bagitahu ummi, aku dah dikira tak kenang budi. Kau bayangkan, aku asyik kena kacau dengan Adam. Dia yang selamatkan. Masa aku kena culik dulu pun dia yang tak tidur cari aku." Syaf tak membalas. Matanya tertancap pada seseorang.
"Wey, kau nampak tak yang suami kau tengah dengan perempuan lain?" Mata Azzalea melihat ke arah yang ditunjukkan Syaf. Dia hanya menggeleng.
"Aku masih ada Adam dan aku tak pernah jatuh cinta pada dia." Syaf hanya menggeleng. "Okay Adam dah sampai. Aku pergi dulu." Daaa... dua-dua sama je.
~>♥♥♥<~
Wajah Azzalea merah. Rayyan meletakkan tangannya pada dahi Azzalea. Demam. "Just stay at home. Melarat nanti." Azzalea hanya menganguk.
~>♥♥♥<~
"Adam..." Adam terus menolak wanita di hadapannya. Azzalea memandang tidak percaya. Adam hendak berkata-kata tetapi dipintas Azzalea. "Semua lelaki sama je!"
~>♥♥♥<~
Azzalea dusuk di dalam biliknya seharian. Rayyan yang risau. "Kenapa ni?" Azzalea membisu. Matanya melirik Rayyan dengan penuh benci.
"Keluar!!!" Rayyan menekup mulut Azzalea.
"Yang meracau malam-malam ni dah kenapa? Tidur!" Kan dah kena marah. Tahu takut.
~>♥♥♥<~
"Lea, cepatlah sikit!" Azzalea keluar dengan mengenakan blouse labuh hingga ke lutut bersama selur slack. Red and black. Beautiful! "Ni cantik-cantik nak pergi rumah Ummi ke, nak goda Adam?" Perli Rayyan. Sudah hangus dibuat adik sepupunya.
"Tak nak ikutlah..." Azzalea berjauh hati.
"Tinggal dengan hantu." Azzalea memang ada 'alahan' dengan perkataan yang bermula dengan h dan berakhir dengan u.
~>♥♥♥<~
"Assalammualaikum Ummi, Abang Adam..." Sapa Azzalea. Engku Nadia tersenyum dan menjawab salam.
"Subhanaallah cantiknya anak ummi ni. Macam bidadari." Puji Engku Nadia.
"Haah, bidadari meracau tengah malam. Sampai orang pun tak boleh tidur. Kena jaga dia. Itu belum tambah dia asyik menangis. Orang tanya dia menjerit. Melalak macam orang tak waras." Azzalea mencubit lengan Rayyan. Rayyan mengusap lengannya. "Ummi tengok Lea ni. Cubit orang." Adu Rayyan macam budak-budak.
"Kamu bertiga ni, dari kecil sampai sekarang sama je. Rayyan suka gaduh dengan Qisya. Qisya rapat dengan Adam. Adam selalu kacau Qisya. Rayyan mesti datang nak selamatkan." Sifat biasa mereka. Terlalu rapat. Hingga bergaduh tak sampai tiga saat sudah berbaik.
"Rayyan memang selalu jadi hero. Asyik Adam yang jadi orang jahat." Dah memang kau jahat Adam...
"Ummi, Lea pening kepalalah. Boleh tak Lea tidur dengan ummi hari ni?" Engku Nadia menganguk. Kasihan melihat wajah Azzalea yang keletihan.
~>♥♥♥<~
Rayyan mundar-mandir di hadapan Engku Nadia. Azzalea kata tadi keluar ke Jusco sebentar. Adam pula ke pejabat. "Ummi, macam mana ni? Adam tak jawab."
"Kita tunggu lagi 24 jam baru buat laporan polis." Kata Engku Nadia.
~>♥♥♥<~
Wajah Azzalea pucat. Bagai tiada darah mengalir di wajahnya. Adam pula masih pengsan. Wanita di hadapan mereka sudah tidur. Ada peluang mahu melepaskan diri. "Adam... bangun." Adam tetap tidak membuka matanya. "Adam..."
Adam separa sedar. Dia nampak Azzalea diikat di tiang. Dia memandang ke arah wanita yang menculik mereka berdua tadi. Tengku Ariana Zahra? "Ariana lepaskan adik aku!" Jerit Adam. Ariana tersedar.
"Sekali lagi kau jerit, pisau ni akan kena tepat dekat dia."
"Adam, boleh tak jangan tambah ribut masa taufan?" Marah Azzalea. Adam menjeling Azzalea. "Jolok mata tu nanti, baru tahu!"
"Senyap! Kalau tak sorang-sorang aku bunuh!" Ugut Ariana.
"Apa motif kau sebenarnya? Kau nak bunuh aku tak apa, tapi jangan kau sentuh adik aku!" Ariana senyum sinis. Itu rupanya kelemahan Adam. Dia perlahan-lahan mendekati Azzalea.
"Adam, kau pun pernah ugut nak bunuh dia kan? Apa salahnya kalau aku bunuh dia sekarang?" Pisau di tangannya bermain-main di leher Azzalea. Azzalea cuba untuk tak takut. Sudah tiga kali dia hadapi, tapi sentiasa selamat dengan adanya Rayyan. Tapi, di mana Rayyan?
"Ariana, kau memang tak boleh nampak aku bahagia betul tak? Aku memang ada hubungan dengan Adam. Dia abang aku! Bukan sesiapa!" Ariana ketawa.
"Tak payah nak tipu. Adam sepupu kau. Bukan abang kau. Kau panggil dia abang sebab nak rabunkan mata aku." Rambut Azzalea yang lurus beralun ditarik Ariana. Adam hanya mampu melihat. Tetapi tetap mencari cara melepaskan diri. "Adam oh Adam, aku nak kau pilih. Aku bunuh adik kau atau kau nak tengok dia kena seksa dulu?"
"Kau bunuh jelah aku. Habis cerita." Azzalea ni mental ke apa? Tiba-tiba sampuk. Berani mati betul.
"Kau ni comfirm ke tidak? Berani mati. Adam pun tak macam tu." Pelik Ariana.
"Aku memang nak mati. Adam asyik kacau aku je. Naik bosan aku. Lepas tu 24 jam asyik nak menggatal je." Ariana ketawa. Adam tahu itu taktik Azzalea mahu melengahkan masa. Dapatlah dia mencapai pen di tepinya untuk melepaskan diri.
"Ariana kau tahu tak, Adam pernah menangis sebab aku rampas aiskrim dia masa darjah 4." Adam merah muka. Kalau ye pun nak lengah masa, tak payah lah nak mengumpat bagai!
"Manja betul dia. Tak sangka aku!" Ariana ketawa mengekek. Dia rasa seronok berborak dengan Azzalea.
"Dia pernah pakai dress aku masa tingkatan 1 sebab dia takut baju dia kotor masa guna cat!" Ariana menggeleng.
"Yes dapat." Adam mencapai pen itu.
"Adam kalau kau lepaskan diri, aku bunuh Azzalea!" Pisau diletakkan pada leher Azzalea bagai mahu menyembelih.
"Kau suruhlah aku buat apa sekalipun supaya kau tak bunuh adik aku. Tolonglah Ariana." Ariana tersenyum. Sudah lama dia menunggu ayat itu.
"Aku cuma nak Rayyan ceraikan Azzalea." Azzalea menggeleng tak mahu. Ariana tersengih. Tak nak? "Azzalea, kau ikut kalau tak pisau ni memang kena dekat Adam." Azzalea ketawa.
"Aku kisah apa. Kau bunuhlah dia." Selamba Azzalea berkata. Terbantut terus niat Ariana. "Okey, aku ikut. Asalkan abang kembar aku dengan umi aku selamat." Lega Adam.
"Hero dah sampai. Kalau kau lari Azzalea, sorang-sorang ahli keluarga kau aku bunuh." Ariana membuka ikatan pada Azzalea. Azzalea keluar dari rumah usang itu. Rayyan, ummi...
"Lea mana Adam?" Azzalea ketawa. Segala skrip muncul. Semuanya dihafal.
"Jangan dekat, kalau tak nak tengok Adam kena bunuh. Cuma ikut permintaan Lea." Azzalea bagai dirasuk hantu. Nasib baik belum guna bahasa kasar.
"Don't play with me, Azzalea!"
"Ariana, bu..."
"Okay, okay. Rayyan ikut." Kan dah tunduk.
"Ce..." Perkataan tergantung. Azzalea terus berlari masuk ke dalam rumah usang itu semula. Tangan Adam ditarik. "Adam, Ariana tak tahukan?" Adam menggeleng.
"Ni dah komplot ke apa?" Bisik Rayyan. Risau jugak tengok abang dia kena acu pistol. Mana pulak si Azzalea ni dapat pistol?
"Aduh, sakitlah pandai!" Azzalea menjeling Adam. Aku cili jugak nanti. Seperti dalam skrip...
Adam bergelut dengan Azzalea. Ariana yang cuma memerhati mendekati mereka. Adam ditolak ke arah Rayyan. Azzalea jadi tawanan. "Hiargghhh!" Azzalea menumbuk perut Ariana. Ariana terus pengsan.
~>♥♥♥<~
"Lea, Lea tak pernah pun ucap 'sayang' ke apa ke dekat Rayyan." Nada Rayyan kedengaran merajuk. Azzalea mengaku memang tak pernah.
"Manjanya dia. Siapa suruh Rayyan asyik bawa perempuan je balik rumah." Rayyan tersengih.
"Tu orang upahanlah." Perlahan suara Rayyan tetapi tetap dapat didengari Azzalea. Azzalea memukul bahu Rayyan manja.
"I love you Rayyan." Rayyan buat-buat tak dengar.
"I love you siapa?"
"I love you Rayyan Adam! Forever and ever! Love you Mr. Stylish! So much!" Jerit Azzalea.
~TAMAT~