Ms Right;
About Affies Diary Follow Older Post Newer Post


Prolog
Bermulalah perkenalan bersama Hanie...

Nur Hanie Syafia melangkah masuk ke delam kelas 3 Aktif. Puan Siti Akifa mendekati Hanie. "Semua, ini kawan baru kita. Kenalkan diri kamu." Hanie tersenyum.

"Assalammualaikum semua. Nama saya Nur Hanie Syafia. Panggil Hanie. Selamat berkenalan." Pendek pengenalan itu.

"Apa-apa soalan?" Semua diam. "Hanie, ini ketua kelas kita, Adam Aiman. Dan ini pula penolong kita, Qiazara Betrisyia. Welcome to 3 Aktif! Kamu boleh duduk di sebelah Delisya Deannz." Delisya melambai. 

Seketika kemudian, loceng berbunyi. "Hanie, sudi tak rehat dengan TBA? Kami kumpulan terkenal di Amansara." Hanie menganguk. "TBA, let's go!" Terkejut Hanie. 15 orang murid mendekati mereka berdua. Mereka ke kantin.

"Awak pasti terkejut. Kami, 16 murid semuanya berkawan baik. TBA bermaksud The Blinky A. Adam ialah ketua dan Zaraa ialah penolong. Ni Firash Mikhael, setiausaha kami. Saya pula naib setiausaha merangkap pembantu dia. Selamat berkenalan." Delisya memperkenalkan orang-orang penting The Blinky A.

"Saya ketua AJK, Daniel Haikal. Call me Dani. Ni pembantu saya, Nur Elina. Awak boleh panggil dia Elina. Dan ni setiausaha kami berdua, Aliea Alysya. Boleh panggil dia Aliea, Lya or Shasha." Dani memperkenalkan pembantunya.

"Selamat berkenalan semua." Senyuman Hanie memekar. 

"Hanie, ni sijil awak. Kami lantik awak sebagai AJK 2 iaitu pembantu Nazrin. Walaupun kita baru kenal tak sampai satu jam, kami dapat lihat awak ada aura yang ada pada kami." Qiazara menghulurkan sehelai kertas. Sijil betul lah! Nazrin hanya melihat. 

Ketika sesi perkenalan, Nazrin mengelak dan langsung tak tersenyum pada Hanie. Izzat pelik. Begitu juga yang lain. Nazrin seolah-olah menjauhkan diri dari Hanie. Ada sejarah ke? "Hanie, jangan ambil hati. Nazrin memang macam itu. By the way, dia masih sedih atas kematian pembantunya merangkap kembarnya sendiri. Wajah awak sama seperti Aisha." Hanie hanya menganguk mendengar penjelasan Alisya.

"Saya faham." 

~>♥♥♥<~

Hanie memeriksa tayar basikalnya. Lain macam je. Tolonglah jangan! Nak senja dah ni! "Ya Allah! Pancit! Macam mana boleh jadi macam ni?" Dia berdialog sendirian. 

Nazrin melihat dari jauh. Nak tolong ke tak nak. Tolong jelah! "Awak kenapa ni?" Soal Nazrin.

"Tayar saya pancit." Wajah Hanie cemas. "Terpaksa tolaklah kalau macam ni."

"Hurm... sekejap." Nazrin mengeluarkan Galaxy Neo miliknya. "Kejap lagi TBA datang. Biar saya periksa basikal awak." 

~>♥♥♥<~

"Tu mereka!" Jerit Qiazara. Mereka berlima-belas mendekati Nazrin dan Hanie yang tersadai di tepi jalan.

"Hanie, awak okay?" Delisya melihat keadaan Hanie. Okay lagi, alhamdullillah.

"Okay. Kalau Nazrin tak tolong tadi tak tahulah apa jadi." Delisya menghulurkan satu beg plastik merah kecil.

"Makanlah dulu sementara kami tengok basikal awak. Ayah awak tak datang ambil ke?"

"Saya tak ada ayah. Ibu saya tengah kerja. Saya selalu tinggal sorang-sorang kat rumah. Nasib ada Kak Nab dan Kak Fat." Riak wajah yang cemas bertukar sedih.

"Sorry, saya tak tahu." Hanie tersenyum dan menggeleng. Dalam diam, Nazrin menjeling Hanie. Info dari pakciknya menjengah di kepala. Kalau tenung seseorang 8.20 saat, nanti akan jatuh cinta. Sejak jumpa Hanie, Nazrin dah jatuh cinta!

~>♥♥♥<~

Hanie mulai serasi dengan The Blinky A. Tiada lagi saya-awak tetapi bertukar kau-aku. Lebih formal. "Hari ni rumah aku." Kata Amir. Mereka sedang berbincang tentang study group petang ini. Memandangkan mereka ada ustaz di rumah masing-masing, mereka tak bersekolah agama. Masa tak mengizinkan.

Semua menganguk tanda setuju. "Hari ni aku bawakan ayam tadoori istimewa aku." Ujar Delisya. Air liur semua meleleh. Setiap kali study group, Delisya pasti akan membawa makanan yang sedap-sedap! Kalau hari cuti, setiap pagi mereka dijamu nasi lemak ayam, sotong dan banyak lagi lauk. Itulah kehebatan Delisya!

"Mesti sedap!" Puji Izzat. Delisya tersenyum dalam ketap bibir. 

~>♥♥♥<~

Selesai mengulang kaji dan membuat kerja sekolah, ahli-ahli TBA duduk di pangkin rumah Amir. Alisya dan Maisya menolong Delisya menghidangkan ayam tadoori dan cupcake bertulis TBA yang dibawa Delisya. 

Mereka makan dengan berselera. Ada yang tambah tiga kali dan yang pasti itu budak lelaki. "Hanie, cuba tutup mata." Hanie memejamkan matanya. "Bukaklah." Mata dibuka. Ada sebuah kotak di hadapannya.

"Selamat hari lahir Nur Hanie Syafia!" Hanie terharu. Tidak sangka kawan-kawan baik barunya sanggup membuat kejutan untuknya.

"Thanks guys. Aku akan ingat sampai bila-bila!" 

~>♥♥♥<~

The Blinky A tersenyum. Mereka ke air terjun. Tetapi seorang pun tak pergi mandi air terjun lagi! Tersenyum lebar sangat! "Manisnya durian ni!" La, makan durian rupanya!

Selesai mandi manda, mereka mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah. Nak berjalan lagi lah tu! Lepas tu nak date dengan pasangan masing-masing! Hihihihi...

"Okey, catat pasangan dating dulu." Gurau Firash. Delisya di sebelahnya diam. Tak berhati nak date. Delisya mencuri tengok buku nota Firash.

~Firash & Shafiah
~Izzat & Alisya
~Nazrin & Hanie
~Amir & Aliea
~Dani & Elina
~Adam & Zaraa
~Sufi & Maisya
~Syakira & Danish

"Delisya tak nak pergi mana-mana?" Delisya menggeleng. 

"Tak nak. Kalau nak cari, cari dekat tempat buku or medan selera." Semua menganguk. Delisya sering menjauhkan diri setiap kali tiba masa dating. Tetapi Delisya tak pernah merungut. 

~>♥♥♥<~

Episod kehilangan Delisya bermula...

"Jumpa tak?" Elina menggeleng. Semua panik. Rasa kesal membiarkan Delisya seorang diri menguasai diri. Mungkin Delisya merajuk. "Cuba call." Elina menganguk. Nombor Delisya didail.

Elina : Kau kat mana?

Delisya : Carilah. Korang boleh kutip klu. Novel remaja, AMSS, 79. Kena cepat, aku dalam bahaya!

Panggilan dimatikan. "Dia kata kalau nak jumpa dia, kena kutip klu. Tadi dengar dia menjerit dalam telefon. Dia cakap dia dalam bahaya." Semua berkerut. Aduh!

"Apa klunya?" Soal Firash. Cemas suaranya. Kalau Delisya diapa-apakan, mesti dia kena marah. Delisya adik dua pupu dia kot. Tak fasal-fasal mak long marah!

"Novel remaja, AMSS, 79." Firash mengurut dagu. Dia teringat sesuatu. Tempat buku! Langkah diatur. 

"Novel remaja..." Tertulis di situ novel remaja. Tekaan pertamanya dijangkakan tepat. AMSS... apa maksudnya? 

"Aduh, ni XXS bukan S!" Terdengar satu rungutan. 

"Aku Mahu Saiz S!" Alisya terjerit kecil. Sudah lama dia cari buku tu! Buku yang di depan diambil.

"Buka mukasurat 79!" Arah Adam. Ada nota...

Dompet, NHS.

"Nur Hanie Syafia." Terdengar Nazrin menyebut nama Hanie. Dompet? Hanie memeriksa dompetnya. Nota kedua. 

Jangan pandang belakang

Serentak itu, semua memandang ke belakang. Tak ada pun. "Aku cakap jangan pandang korang pandang jugak." Terdengar suara dari belah kanan. Delisya tersenyum.

"Eee, buat risau je! Kau pergi mana?" Soal Firash.

"Jumpa The Mistik Girls sekejap tadi. Senior kita tu cakap, bagi korang suspen sikit." Ni mesti cadangan Desharina!

f
Bonjour!


Hello , guests . Welcome. Happy reading! . Short welcome message okay ^^